Bab 5

2.2K 42 0
                                    

SEMENJAK malam itu, kelibat Alfan langsung tidak menyapa pandangan Dyla. Dia sedikit bersyukur lelaki itu tidak lagi mengganggunya. Lebih sebulan selepas peristiwa kereta mereka berlanggaran itu, baru kini Dyla terasa aman.

Soal duit poket yang dia terpaksa korbankan untuk deposit kereta Alfan, dipinjam daripada Adilah dan Saadah. Cukuplah untuk ketiga-tiga mereka makan dan menampung hidup.

Tetapi kini Dyla buntu. Elaun sudah masuk dalam akaun banknya. Dia berhutang, dan dia perlu bayar. Masalahnya, nombor akaun lelaki itu pun dia tidak tahu! Hendak cari, dia takut. Takut kalau waktu ini lelaki itu sudah tidak mengacaunya lagi... jadi bila dia mula cari, lelaki itu tidak mahu pergi jauh pula. Dia sudah berasa amat tenteram dengan hidupnya kini yang telah kembali normal.

Kelas akan bermula sejam lagi. Telefon Dyla tiba-tiba berbunyi menandakan WhatsApp baru masuk.

Alfan: Dylalala.

Dyla: Dah kenapa?

Alfan: What are you doing?

Dyla: Membaca for the next class. Awak?

Alfan: Working. My dad tak kasi chance langsung nak pergi berseronok.

Dyla: Kerja dengan ayah?

Alfan: Yup yup.

Dyla: Kerja baik-baik.

Alfan: I will. By the way, macam mana yang kes hutang hari tu?

Dyla: Oh tu. Orang dah sedia duit. Tapi orang lupa nak minta nombor akaun dia.

Alfan: Awak ada nombor dia tak? Call, lah.

Dyla: Actually, dah lama juga dia tak datang kampus. Rasa amanlah sikit. Takut nanti kalau dah mula contact dia, dia asyik datang lagi. Sesak nafas ni!

Alfan: Dah tu? Awak ada jalan lain?

Dyla: Tak tahulah... Haih.

Alfan: Dyla, my dad datang. WhatsApp you later. Bye!

Dyla: TTYL.

Dyla simpan kembali telefon bimbitnya. Dia lega dapat bercerita dengan Alfan. Kenapalah Alfan yang ini punya perangai tidak sama dengan Alfan yang dia langgar itu. 'Sepatutnya aku langgar aje dia. Lenyek-lenyek dia biar tak bangun. Keras atas katil hospital aje. Tak delah kacau aku.'

"Menungkan apa?" sergah Shah dari belakang.

"Hui. Salam mana cik abang oi?" Dyla tarik kerusi di sisi, tetapi Shah memilih untuk duduk di hadapannya.

"Assalamualaikum." Shah sengih. Dyla tolak kembali kerusi. Pipi terasa hangat.

"Waalaikumussalam."

"Tak de kelas ke?" tanya Shah. Buku dikeluarkan dari beg.

"Ada. Kejap lagi. Awak dah habis kelas ke?"

"Dah. Ni tengah tunggu kawan. Dia orang kata nak ajak makan ramai-ramai. Tapi sekor pun tak datang lagi." Shah toleh sekeliling.

"Tadi keluar kelas tak sama ke?"

"Tak. Orang keluar awal sikit tadi. Pergi bilik doktor. Nak hantar repot."

"Shah!" Seorang gadis berkaca mata dengan selendang terlilit di kepala mendekati.

"Mimi dah booked tempat untuk dinner malam ni. Tapi dia suruh kita pergi recheck balik. Takut kalau dia orang tak masukkan dalam list ke," kata Julia.

"Oh ya ke? Tadi kata nak lunch ramai-ramai?" Shah pandang Julia. Gadis itu terus tarik kerusi di sisi Shah.

Entah kenapa, telinga Dyla terasa berasap. 'Cemburukah aku?'

Dendam CintaWhere stories live. Discover now