STK-1

5K 106 2
                                    

Auni Syafirah memandang dirinya di cermin . Ah , dia bakal berkahwin harini . Umurnya baru sahaja mencecah 10 tahun ! Gurau , 19 . Suaminya pula dengar cerita baru 23 tahun .

" Weh Auni ! " Aina , sahabat Auni menepuk bahu Auni .

" Ermm .. Asal ? "

" Isyyyyhh .. Aku rasa serba salah lah nak cakap . Nanti mesti kau taknak kahwin ! "

Auni mengerutkan dahinya . Dah kenapa Aina ni ?

" Cakap je lah ! "

" Tadi aku ada ternampak bakal suami kau dekat bawah . Ermm , dia tak ada langsung ciri-ciri yang kau nak wehh .. "

" Apa kau ni ! Apa maksud kau ? " Auni membetul awning tudung nya .

" Suami kau , dia gelap wey ! Pendek dia macam budak darjah enam wey . Nak dipadankan dengan kau yang tinggi ni , memang jauh weh ! Dah lah buncit , lemak dia bertingkat-tingkat . Senang cerita , buruk lah . Aku bukan nak buruk kan bakal suami kau , tapi .. Aku cuma nak kau bahagia . Apa-apa pun , kau kata haritu kau terima dia seadanya kan ? Jadi , selamat pengantin baru ! " Aina tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya .

Auni tercengang . Dia bagaikan tak percaya ! Tak mungkin ! Tak mungkin !

" Mak , adik taknak kawinnnn !!!!! " Menjerit Auni dibuatnya . Tiba-tiba , pintu di buka dari luar .

" Kenapa Auni ni menjerit-jerit ! " Marah Puan Hayati , ibu kepada Auni . Auni memandang ibu nya dengan pandangan sayu .

" Mak , adik taknak kahwin boleh tak ? Tolong adik lari , mak ! " Merengek-rengek Auni . Memang lah dia terima bakal suami nya seadanya , tapi ciri-ciri yang Aina cakapkan tadi buat dia takut . Hahaha

Puan Hayati menyekeh kepala anaknya .

" Adik jangan buat hal , ya ! Mak luku karang ! Adik nak jumpa Along dulu ke ? " Soal Puan Hayati .

" Ala mak , tolong lah ! Baik adik kahwin dengan Abang Afiq ! " Auni masih lagi merengek . Sungguh , dia tak sanggup .

" Hisy , adik ni ! Abang Afiq dah kahwin kan ! Dah , cepat ! Semua dah tunggu dekat bawah ! "

" Muhammad Haikal Zhafran bin Dato' Haji Iskandar . "

" Saya . "

" Aku nikahkan dikau dengan anakku , Nur Auni Syafirah binti Mohamad Naimullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM200.00 , dibayar tunai . "

" Aku terima nikahnya Nur Auni Syafirah binti Mohamad Naimullah dengan mas kahwinnya sebanyak RM200.00 , dibayar tunai . "

Alhamdulillah . Zhafran berjaya melafazkan ayat itu dengan lancar walaupun debaran didalam hatinya kuat .

" Sah ? "

Sah ! Itu kata para hadirin . Ececeh !

Sepanjang majlis , Auni hanya menundukkan wajahnya . Terasa takut nak naikkan wajahnya memandang lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya itu .

Auni tersentak apabila tangannya di pegang oleh seseorang . Terus dia mendongak . Tergamam sekejap Auni .

' Handsomenyaa !! ' Jerit hati kecil Auni . Tapi dia pelik juga , ciri-ciri yang Aina cakap tu beribu ribu kali berbeza dengan yang dihadapannya .

" Stop pandang aku , aku jolok biji mata tu karang ! " Zhafran menyarungkan cincin ke jari Auni , dan kemudian Auni pula menyarung cincin ke jari Zhafran .

Auni memandang Zhafran yang sedang berborak dengan tetamu . Harap muka ja handsome , tapi bila bercakap macam tak ada perasaan !

" Hai baby ! "

Serious , tak kesah ! Where stories live. Discover now