Bab 2

3.3K 142 3
                                    

   AKU melihat wajahku dari cermin kecil di tanganku. Tudung di kepalaku dibetulkan.

"Okey tak, Susan?" soalku.

Susan mengangkat kedua-dua ibu jarinya. "All the best, Sherina. Pastikan dia sedar kewujudan you. Cepatlah. Dia dah pergi ke kaunter tu."

Aku mengangguk sebelum bangun melangkah ke kaunter. Sengaja aku berpura-pura mencari sesuatu dalam beg aku sehingga aku secara 'tidak sengaja' melanggar bahunya.

"Eh. Sorry, sorry," ujarku, namun mataku masih lagi mencari sesuatu dalam beg tangan. Eleh, bukannya nak cari barang sangat pun. Saja nak gimmick konon-konon macam terlanggar dia, padahal aku memang nak langgar pun. Kalau boleh, nak peluk sekali. Hahaha... Okey, itu dah lebih.

"Eh, you lagi?" soal lelaki itu sambil tersenyum manis memandang aku.

Hisy.. Dia ni jangan nak senyum-senyum boleh tak? Aku yang sakit buah pinggang tengok senyuman manis tahap diabetes kronik dia tu.

"Awak?" soalku yang pura-pura terkejut.

"Ya, saya. Tak sangka sekali lagi kita berjumpa dalam situasi yang sama. Awak memang suka langgar bahu saya, ek?" Lelaki itu ketawa.

Aduh... Awak janganlah ketawa depan saya. Saya rasa macam nak menangis tengok awak ketawa macam tu. Awak tersangatlah handsome, tahu tak? Awak nak bunuh saya ke? Kata-kata itu hanya bermain dalam fikiranku saja. Gila ke nak cakap depan-depan? Mahu dia gelakkan aku sampai tahun depan.

"Sorry. Saya nak cari barang tadi. Tak perasan pula awak depan saya," jawabku sambil tersengih. Aduh, gugup pula nak berdepan dengan dia ni.

"Awak pun lunch kat sini?" soal lelaki itu ramah.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Kawal cun, Sherina. Kawal cun.

"Oh... Kalau macam tu, saya belanja awak sekalilah."

"Eh. Tak apalah. Buat susah-susah aje. Lagipun saya dengan kawan saya," balasku.

"Tak apalah. Sesekali nak belanja orang. Apa salahnya? Manalah tahu, lain kali saya pula dalam kesusahan perlukan bantuan orang lain," jawab lelaki itu.

Awak! Kenapa awak baik sangat? Awak buat saya jatuh hati dengan awak, tahu tak?

"Eh, betul ke ni? Serba salah pula saya."

Lelaki itu hanya tersenyum lalu membuat bayaran untuk kami.

"Kalau awak serba salah, awak boleh belanja saya, tapi selepas awak dah jadi peguam yang berjaya."

Jawapan lelaki itu membuatkan dahi aku bertambah berkerut.

"Macam mana awak tahu saya ni bakal peguam?" soalku pelik.

Lelaki itu tersenyum lalu mengeluarkan kad dari dompetnya.

"Awak terjatuhkan kad pelajar awak semalam, masa di airport," jawab lelaki itu lalu menghulurkan kad pelajar aku.

Mataku membulat. Patutlah aku cari tak jumpa. Rupanya dia yang pegang. Itulah padahnya kalau tak simpan betul-betul. Dah ada tali, aku pergi tanggalkan sebab malu nak sangkut kat leher tiap kali pergi kelas. Kan sendiri yang hilangkan. Kad di tangan lelaki itu segera aku ambil.

"By the way, nice name. Tengku Maria Sherina." Lelaki itu menyebut nama panjangku.

Aduh, nak pengsan pula bila dia sebut nama aku macam tu. Rasa macam tengah tengok dia lafaz akad nikah pula sekarang ni.

Jadikan Aku Co-Pilotmu (TERBITAN MAC/APRIL 2018 - Intens)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang