DI hari minggu yang membosankan ini, aktivitiku sebagai pelajar tahun satu diploma undang-undang adalah bermalas-malasan di katil sambil melayari laman Instagram. Satu per satu gambar, aku lihat.
Tiba-tiba mataku terhenti pada satu gambar. Serta-merta aku menghentak-hentakkan kakiku atas katil. Hisy! Kenapalah dia orang ni bernasib baik sangat? Aku ni yang berharap agar sekurang-kurangnya adalah sesiapa yang sudi jadi kekasih pun tak dapat. Dia orang senang-senang saja kena kahwin atas aturan keluarga. Dengan pilot pula tu.
Hisy. Geramnya! Mama aku ni pun satu. Paksalah aku kahwin dengan mana-mana pilot, aku tak kisah. Dengan rela hati aku terima nikahnya, tahu tak? Gambar perkahwinan kawan aku yang gilang-gemilang itu aku lihat sekali lagi. Dahlah kahwin tak jemput, buat sakit jiwa saja aku tengok. Telefon bimbitku segera dicampak sebelum aku melangkah ke tingkap bilik sewaku yang bersaiz comel ini.
Sudah hampir enam bulan aku menjadi pelajar di bumi kenyalang ini. Pendapat aku tentang tempat ini adalah orang-orang di sini terlebih peramah dan sangat baik. Jujur aku cakap mereka teramatlah baik. Aku suka. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di sini.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ya Allah! Aku dah janji dengan Susan nak bincang pasal tugasan kami. Aduh, macam manalah aku boleh terlupa pasal hal ni. Aku segera menukar pakaian dan mencapai beg tanganku. Wajahku hanya disapukan dengan sedikit bedak asas dan dicalit dengan gincu serta celak. Okey, siap.
Seperti biasa, kalau aku tak kelam-kabut, memang bukan Tengku Maria Sherinalah orangnya. Hehehe...
Alah, kita masih muda, kan? Apa salahnya kalau kita kudakan tenaga kita selagi mampu.
Ketika aku masuk ke dalam restoran Old Town, kelihatan wajah masam Susan memandangku seperti hendak menelan aku hidup-hidup. Aku hanya tersengih ketika mengambil tempat di hadapannya. Susan melihat jam tangannya. Ah, nak perli akulah tu.
"Aduh... You sudah lambat setengah jam, tahu tak?" soal Susan yang berasal dari Sabah.
Jangan pelik kalau aku kata Susan ni memang cakap loghat semenanjung sama macam aku sebab dia berasal dari bandar. Jadi, tak hairanlah kalau dia sendiri tak gunakan loghat tempat kelahiran dia tu.
"Sorrylah, Susan. Bukan saya sengaja. You pun tahu setiap Ahad kita punya jadual macam mana, kan?"
"Habis tu, you tidur, you tak fikirkan saya kat sini tunggu you? Kalau nak tidur, cakaplah awal-awal. Saya pun boleh balik tidur sama macam you." Jawapan Susan itu sudah dapat aku agak.
Enam bulan mengenalinya sudah membuatkan aku serba sedikit mengenali gadis sebaya aku itu. Memang kami mempunyai pemikiran dan gaya hidup yang sama. Yalah. Budak lepas SPM, kan? Takkanlah nak pergi kemas rumah atau memasak pula. Lepaklah selagi boleh, asalkan kami masih berada di landasan yang benar.
"Okay, okay. Sorry. Don't worry, hari ni saya belanja you, okey? Pilih aje nak makan apa."
Itulah taktikku nak pujuk si Susan ni. Seperti biasa, tak sampai 10 minit merajuk, dia dah tersenyum gembira.
"Amboi, baru balik dari KL, ya?" soal Susan seperti dapat mengagak.
Aku hanya mengerutkan dahi. "Macam mana you tahu?"
"Kalau you belanja saya tu, maksudnya you baru balik dari KLlah. Poket masih apa tu orang KL selalu cakap? Poket masih lebat?" soal Susan mengundang tawaku.
"Banyaklah you punya lebat. Dahlah. Cepat sikit makan, then kita boleh discuss pasal assignment Business Study kita ni. Adui. Sir Harith ni pun, kita ni law student. Buat apalah nak buat assignment pasal business planlah apalah. Bukannya kita nak jadi usahawan."Aku sudah mula membebel.
Susan hanya tersengih sambil membelek menu di hadapannya.
"Hei, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Restoran ni dekat aje dengan kolej kita. Kalau terserempak dengan sir kat sini, habislah markah you kena potong," tegur Susan.
Aku segera memandang sekeliling. Takut juga kalau-kalau terserempak dengan pensyarah kami yang peramah, tapi tegas itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada wajah seorang lelaki yang sedang berbual di penjuru restoran itu. Oh My Allah! Itukan abang pilot semalam! Aku memandang Susan dengan wajah teruja. Tangan Susan aku genggam dengan kuat membuatkan Susan memandang aku dengan wajah pelik.
"Susan! Saya sudah jumpa saya punya soulmate! Dia ada kat sini."Aku terjerit kecil, namun suaraku masih perlahan.
Mata Susan turut membulat. Wajahnya sudah berubah teruja. "Mana? Mana?" soal Susan lalu memandang sekeliling.
"Tu." Aku menunjuk ke arah lelaki yang sedang ketawa bersama seorang kawannya.
Mata Susan bertambah bulat. "Oh my, mana you cari lelaki handsome macam tu? You pass pada saya sajalah. Next time kalau jumpa lagi, baru you simpan untuk you," ujar Susan.
Aku hanya menjeling tajam wajah Susan. Besar kecil saja aku nampak dia ni. Ada ke patut dia suruh aku pass lelaki bukan main handsome macam tu pada dia. Gila ke? Memang taklah.
"Sorry. Itu saya punya. You pergi cari di airport kalau nak yang handsome macam tu."
"Hah?! Jangan cakap itu... Pilot!" Susan sudah terlebih teruja bila tahu tentang kerjaya lelaki itu.
Mulut Susan segera aku tekup dengan tangan. Beberapa mata mula memandang ke arah kami.
"Sorry. Sorry." Aku meminta maaf daripada mereka yang memandang.
"You ni... Janganlah excited sangat. Kalau dia dengar macam mana?"
Susan hanya tersengih.
"Tapi, bagus juga kan kalau dia perasan you dekat sini?" soal Susan sambil mengangkat sebelah keningnya bersama senyuman nakal.
Aku terdiam seketika. Betul juga kata-kata Susan tu. Hehehe...
Nampaknya aku mesti buat rancangan gila untuk menarik perhatian si abang pilot tu.
"Susan, ada apa-apa cadangan tak macam mana nak tackle abang pilot tu?" soalku perlahan.
Susan mengangguk sambil mengenyitkan matanya.
"Sini. Saya beritahu you rancangan baik punya," ujar Susan lalu membisikkan sesuatu kepadaku.
Yeah. Idea yang bernas.
"Bagus. Saya sayang youlah, Susan. Otak you memang bagus."
"Biasalah... Nak jadi peguam, otak mestilah hebat," jawab Susan yang membangga diri.
Aku hanya mencebik. Cakapsikit dah perasan. Tapi, aku mesti laksanakan rancangan gila dia tu. Peluangdepan mata jangan dibiar berlalu macam tu saja. Zaman moden ini sudah tiadalagi istilah perigi mencari timba. Zaman sekarang memang perempuan yang kenamemulakan langkah dulu kalau tak nak melepas. Hehehe...
KAMU SEDANG MEMBACA
Jadikan Aku Co-Pilotmu (TERBITAN MAC/APRIL 2018 - Intens)
RomanceAKU nak kahwin dengan pilot! Satu ayat yang kedengaran seperti impian kakak tiri Cinderella yang terlalu mengharapkan seorang putera raja untuk menjadikan dirinya suri hati terluncur dari mulut seorang bakal peguam. "Geramnya! Mama aku ni pun sat...