AKU berjalan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan penuh gaya. Bak kata mama, kalau nak mengurat abang pilot kenalah ada gaya. So, hari ini dengan bergayanya aku melangkah dengan penuh keyakinan.
Nak tergelak aku bila tengok beberapa orang flight attendant memandang ke arahku seperti aku ni orang kenamaan. Aku pun apa lagi, kalau orang pandang macam tu, lagilah aku teruskan gaya berkarisma aku. Bagi aku, gaya aku sekarang ni biasa-biasa saja. Aku hanya pakai kemeja hitam dan seluar jean dengan but hitam dan tudung bercorak Burberry dan beg Chanel.
Ehem. Tak ori pun. Cuma, maklumlah mata aku ni memang agak tajam sikit bab membeli barang. Kalau barang yang aku beli, semuanya aku akan pilih yang kualitinya paling bagus terutamanya barangan tak ori seperti beg aku ni. Orang semua rasa beg tu nampak original, tapi sebenarnya harganya cumalah seratus ringgit. Hehehe.
. Bak kata pensyarah aku, kita boleh beli segalanya dalam dunia, tapi bukan kelas, kerana kelas dan gaya seseorang itu adalah hasil daripada aura dirinya sendiri.
Aku mengaku walaupun aku mempunyai gelaran 'Tengku' di pangkal namaku, tapi aku tak semewah orang lain yang mempunyai gelaran sama seperti aku. Nama itu hanyalah bonus pada aku untuk mendapatkan kerja ataupun peluang belajar. Jangan percayalah kalau dalam novel tu cakap semua 'Tengku' tu kaya dan mewah.
Itu semua dusta. Buktinya, aku masih juga mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk menyara hidup dan pelajaran aku selama ini. Mujurlah ayah aku meninggal di tempat kerja. Kalau tak, silap-silap aku langsung tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTS yang yurannya... hmm... Tak payah ceritalah.
Cermin mata hitamku diletakkan di atas kepala. Aku hanya tersenyum kepada pegawai imigresen yang sedang melihat passportku. Dia bagai tergamam seketika sebelum membalas senyumanku.
"Terima kasih," ucapku seraya mengambil passportku.
"Sama-sama kasih," jawabnya sambil tersenyum meleret.
Aku melangkah meninggalkannya yang masih tersenyum. Maaflah abang, bukan saya ni sombong, tapi abang bukanlah lelaki yang saya cari. Hahaha. Kejam tak kalau aku cakap macam tu pada abang tadi tu? Dah memang itu kenyataannya. Aku takkan pandang mana-mana orang yang bekerja di darat. Hah? Peliknya ayat aku.
Ya. Aku hanya akan pandang pilot ataupun flight attandent. Nak tahu kenapa? Sebab jujur aku kata, dia orang sangat menarik dengan gaya dia orang. So, maaflah semua lelaki yang bekerja di darat. Aku memang takkan memilih kalian. Hmm... Baru aku sedar, aku sangat cerewet dalam memilih teman lelaki. Patutlah aku single sampai sekarang.
AKU duduk di bangku berdekatan. Jam tangan kulihat. Lagi beberapa minit aku akan masuk ke perut pesawat. Aku teruja untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tapi, dalam masa yang sama, aku bosan kerana aku pasti akan ditinggalkan sendirian lagi di hotel. Apalah nasib diriku ini. Memang agaknya aku lahir sebagai orang yang terbuang dan disisihkan.Ah... Lantaklah. Buat apa aku nak pening kepala memikirkan orang lain. Baik aku hiburkan diri sendiri.
Babe, aku balik KL hari ini. Esok lepak jom?
Pesanan ringkas kuhantar kepada sahabatku yang kini melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti Islam di Nilai.
Waa... Kau dah balik ke, sayang? Mestilah aku nak lepak dengan kau.
Aku tersengih sendirian. Aku dan sahabatku ini memang sangat rapat sehingga aku selalu mengusiknya mengatakan bahawa dia lesbian partnerku sedangkan kami berdua masing-masing memang pantang nampak lelaki handsome. Kami boleh berbincang pasal lelaki hampir satu hari kalau ada yang berjaya menarik perhatian kami. Tiba-tiba aku teringatkan Harriz. Jariku segera membalas pesanan ringkas tersebut.
Aku dah jumpa soulmate aku weh!
Tak sampai seminit, telefon bimbitku bergetar.
Adui. Kali ni siapa pula? Setahu aku, gelaran soulmate tu kau hanya gunakan untuk si Tengku kat sekolah kita dulu.
Aku tersenyum sendirian. Ya. Teringat pula aku pada Tengku Aezril yang pernah aku minati zaman sekolah dulu. Tak dapat aku lupakan bagaimana aku merendahkan egoku dengan menghantar nota cinta padanya hampir setiap minggu sehingga satu sekolah mula mencari siapakah gerangan yang menghantar nota misteri itu kepada Aezril yang merupakan anak kepada seorang guru di sekolahku. Kenapa aku sukakan Aezril? Sebab yang pertama, dia mempunyai gelaran yang sama dengan aku. Kedua, sebab dia seorang yang mempunyai gaya dan karisma. Senang kata bahasa budak sekolah aku dulu. Poyo. Hahaha.Bagi aku, dia orang cuma cemburu dengan gaya yang dimiliki oleh Aezril yang merupakan anak orang kaya. Tapi sayangnya, dia lebih memilih Suria, anak kepada salah seorang ternama di Malaysia ini. Apalah nasib aku. Kalaulah aku anak orang kaya, pasti Aezril akan pandang aku. Tak apalah, semua tu kisah silam aku. Yang pasti, sekarang ni apa yang penting, aku harus memilih seorang lelaki yang berkerjaya dan boleh memberikan aku kesenangan.
Itulah misi hidup aku sekarang. Aku nekad untuk tidak memandang lelaki sebaya aku kerana semestinya masa depan mereka masih belum tentu lagi. Jadi, jalan yang paling selamat adalah aku akan memilih lelaki yang sudah berkerjaya yang semestinya mempunyai perbezaan umur enam sehingga sepuluh tahun denganku. Ya. Itulah langkah yang paling selamat.
BEBERAPA minit kemudian, kedengaran pengumuman agar semua penumpang bersedia untuk masuk ke perut pesawat. Selamat tinggal, Kuching.Tak sabar rasanya nak sampai Kuala Lumpur. Ya Allah, aku sangat berharap agar Kau temukan aku dengan Harriz sekali lagi. Amin.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jadikan Aku Co-Pilotmu (TERBITAN MAC/APRIL 2018 - Intens)
RomanceAKU nak kahwin dengan pilot! Satu ayat yang kedengaran seperti impian kakak tiri Cinderella yang terlalu mengharapkan seorang putera raja untuk menjadikan dirinya suri hati terluncur dari mulut seorang bakal peguam. "Geramnya! Mama aku ni pun sat...