Dengan keadaan yang kekok,Syazz berundur setapak kebelakang dengan automatik setelah Harris memakaikannya cermin mata.Jantungnya berdegup dengan kencang setelah melihat Harris dengan lebih jelas dengan bantuan cermin-matanya.Tidak terlintas di fikirannya yang orang yang menyoalnya itu seorang yang agak tampan.Tapi itu semua tidak penting baginya,perasaannya lebih penting.
"Maafkan saya...Tapi,Encik tak perlulah buat macam ni..Kenapa tak terus berikan cermin mata ni kepada saya..Saya boleh pakai sendirilah." Balas Syazz dengan geram .
"Haha..Dah Cik kata yang Cik tak hilang apa-apa.So,saya saje buat macam tu,sebab saya nak tahu yang Cik tipu saya atau tak.."Harris membalas sambil ketawa kecil.
Syazz berasa malu untuk mengaku bahawa dia kehilangan cermin matanya. Jadi Dia menipu Harris untuk mengelak dari berdepan dengannya.Dia berasa sangat malu dan hanya mendiamkan diri .
Pada waktu itu juga,muncul suara yang kebiasaan didengar oleh Syazz datang mencelah.
"Syazz,Dah lambat nih,jom lah kita pergi..Puas saya dan Zu cari awak tau."Kata Fazira.
"Betul cakap Fa tu,cepatlah Syazzira,nanti bas tu pergi baru tau.."Zulaika pula mencelah.Syazz memandang dua orang sahabatnya.Dia merasa sangat gembira kerana Dia dapat melepaskan diri dari Harris.
"Saya pergi dulu ye Encik..Maaf pasal tadi..K.bye."Syazz bergegas menuju ke arah sahabatnya sehingga dia tidak menyedari bahawa gelang ditangannya terjatuh ke lantai akibat longgar.Harris cuba untuk menanyakan nama Syazz tadi, tapi tidak sempat.Dia juga cuba untuk memberitahu Syazz bahawa gelang Syazz jatuh tapi Syazz sudah tiada di situ.
"Siapa nama Cik tadi??Aku dengar yang kawan Dia panggil dia Syazz?? Huhh..Dia ni jenis yang careless ke??..Tadi cermin mata,sekarang gelang pulak..Tak pernah lagi Aku jumpa orang macam dia nih.. "Kata Harris dengan nada mengeluh.
Bas tiba tepat pada waktunya, Mereka mula bergegas masuk dan mencari tempat duduk yang kosong.Dalam perjalanan ke destinasi,Fa dan Zu mula mencari topik perbualan.Mereka tiba-tiba teringatkan tentang lelaki yang bersama dengan Syazz dan mula menyoal Syazz.
"Syazz,tadi saya nampak awak dengan lelaki.Siapa dia?"Tanya Fa diikuti dengan zu yang juga ingin tahu tentang lelaki tadi.
"Hahh..ermm..Saya tak kenal pon dia babe.Entah mamat dari mana Entah."balas Syazz sambil mengeluarkan buku dari begnya itu.Tiba-tiba dia mula menyedari bahawa sesuatu miliknya sudah hilang.
"Ouhh...Yeke,tapi kan mamat tu boleh tahan la babe..kan fa??..hahaha"Balas Zu sambil ketawa.
"Hahaha..betul tuh"Sambung Fa.
Mereka berdua ketawa bersama namun, Syazz mula mengerutkan dahinya.Dia mencari-cari gelang tangan kesayangannya itu.Ketawa yang riang bertukar menjadi semakin hilang apabila Fa dan Zu melihat Syazz dalam keadaan yang resah.Mereka kehairanan."Are you okay babe??..Tanya Fa dan Zu serentak.
"Saya rasa gelang tangan pemberian arwah atuk saya dah hilang..Habislah saya..."Syazz mula menjadi sedih.
"Sabar la babe, kitorang akan tolong awak untuk cari gelang tangan tu jugak esok..Jangan la risau sangat,Kitorang kan ade.Senyum lah sikit.."Kata-kata semangat dari Zu dan Fa sentiasa berjaya menenangkan hati Syazz.
YOU ARE READING
Antara Cinta Dan Sayang..
Romance"Dengan hanya satu gurauan dapat mengubah segalanya ".Seperti ,Syazzira yang pada mulanya hanya berniat untuk bergurau dengan rakannya.Dia menyatakan bahawa dia sukakan salah seorang senior di dalam gambar yang telah dihantar ke dalam group whatsapp...