-Restoran-
Sewaktu dua beradik itu sedang makan..
Tiba-tiba...*Bunyi sendawa
Syazz terkejut mendengar bunyi sendawa yang agak kuat keluar dari mulut Syakir itu.Dia mula menegur sikap Syakir yang agak memalukan itu lalu menghulurkan tisu kepada Syakir."Syakir, kuat betul kau sendawa yer..Nah tisu ,lap mulut tu" Tegur Syazz.
Syakir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih kerana malu ditegur
oleh kakaknya.Walaupun umurnya sudah 17 tahun namun perangainya masih lagi tidak matang."Alhamdulillah..Kenyang betul la.. Thanks akak sebab belanja Syakir makan.."Ujar Syakir yang baru sahaja selesai makan sambil tersenyum ke arah Syazz.
Syakir mengelap mulutnya dengan tisu yang telah Syazz berikan kepadanya.Syazz gembira melihat kerenah adiknya yang baru sahaja selesai makan.
Disebabkan Syakir selesai makan awal,dia kemudiannya bercadang untuk menunggu Syazz sambil bermain game untuk hilangkan rasa bosan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya itu dari poket seluarnya lalu mula bermain game dalam telefonnya sambil menunggu Syazz selesai makan.Tak lama kemudiannya, Syazz akhirnya selesai makan,tapi dia mahu ke tandas terlebih dahulu.Dia berhasrat ingin meninggalkan begnya itu dengan Syakir.Jadi dia tidak perlu risau kerana begnya ada pada Syakir."Syakir,Akak nak pergi ke tandas sekejap..Tolong jagakan beg akak boleh?"
"Ouhh..Okay"Balas Syakir sambil bermain game di dalam telefonnya itu.Kemudian,Syakir mengalihkan matanya ke arah beg Syazz yang ada di atas meja.Dia pada mulanya hanya ingin membiarkan beg itu terus di atas meja. Akan tetapi, dia mengubah fikirannya apabila melihat orang yang lalu lalang asyik memerhatikan beg Syazz.Syakir dengan segeranya berhenti bermain game lalu dia mengambil beg Syazz lalu memegangnya dengan erat.Harris yang pada waktu itu sedang menunggu Sharman membayar makanan mereka tanpa sengajanya telah bertentang mata dengan Syakir sewaktu dia menoleh ke arah Syakir .Syakir yang pada mulanya tidak perasan dengan kewujudan Harris yang sedang melihatnya itu dengan tiba-tiba menjadi agak malu apabila Harris tersenyum apabila melihatnya memegang beg Syazz dengan eratnya.Sharman yang sedang menunggu gilirannya di kaunter pembayaran telah terlihat kelibat Syazz. Syazz yang pada waktu itu baru sahaja keluar dari tandas tidak sedar bahawa Sharman sedang melihatnya.Timbul rasa ingin tahu di dalam diri Sharman tentang siapa perempuan itu dan adakah dia kenal Harris?..Tapi Sharman melupakan hasratnya itu dia lalu terus berpaling dari Syazz.
Apabila Sharman datang ke arah Harris, mereka terus pergi meninggalkan restoran tersebut dan pada masa yang sama,Syazz juga menuju ke arah Syakir setelah selesai membuat pembayaran di kaunter lalu dia telah terlihat Harris keluar dari restoran itu.Entah kenapa dia rasa begitu lega apabila melihat Harris tidak perasan akan kewujudannya.Syakir dengan selambanya melipat lengan bajunya yang panjang itu hingga ke siku lalu dia telah terlihat jam yang ada di dinding restoran menunjukkan sudah hampir pukul 3 petang .Dia hampir terlupa yang dia telah berjanji dengan rakannya untuk berlatih bermain bola sepak di padang sekolah.Tanpa berlengah lagi,dia mengajak Syazz segera pulang ke rumah.Dia menarik tangan Syazz dan memaksa Syazz keluar dari restoran itu dengan segera.
Syazz hairan melihat Syakir lalu dia mula menanyakan masalah Syakir.Tapi Syakir hanya berdiam diri sahaja sambil melihat jam tangannya itu.Tanpa berlengah lagi,Syazz memulakan perjalanan balik ke rumahnya. Di dalam perjalanan,
Syakir menyuruh Syazz agar berhenti seketika di Kedai Kek.Syazz hanya melayan kerenah adiknya itu lalu dia meletakkan parking di tepi Kedai Kek itu.Dengan tiba-tiba, Syakir terus meminta duit dengan Syazz."Akak..Boleh tak Syakir nak duit sikit..Nak beli Donut..Hehe"
"Aikk..kan tadi kata kenyang dah?Ni nak makan lagi pulak?..hmm..Yelah,Nah duit,cukup tak?"
"Hehe..Cukup dah Ni..Thank you akak..Syakir pergi kejap ehh "
Beberapa minit kemudiannya, Syakir datang membawa Donut yang pelbagai jenis.Mereka kemudiannya kembali meneruskan perjalanan balik ke rumah dan sampai tepat pukul 3:30 petang.
~4:00 p.m ~Suasana kembali menjadi sunyi setelah Syakir keluar dari rumah dan hanya tinggal Syazz bersendirian. Dia kemudiannya memasuki ruang dapur..Dia mula meneguk segelas air untuk hilangkan rasa dahaganya.Tiba-tiba dia teringatkan tentang kad Harris yang ada di dalam begnya.Dia hampir terlupa akan niatnya untuk menghubungi orang yang mungkin ada kaitan dengan gelang tangannya itu.Dia terus beredar dari dapur dan mula menaiki anak tangga menuju ke arah biliknya.
Pintu biliknya dibuka dan langkah kakinya terus bergerak ke arah begnya yang terletak di atas mejanya itu.Dia mula menyelongkar beg miliknya lalu mengeluarkan kad yang ada di dalam beg dompetnya itu.Dia mula mengeluarkan telefon pintarnya itu lalu dia terus mendail nombor telefon pada kad itu dengan telitinya.
"013-*******...Okay, cuma kena tekan dail je..Fuhh berdebar la pulak "
*TOT..TOT..TOT
Tiba-tiba...
"Assalamualaikum..Siapa ni?..Macam mana boleh dapat nombor telefon saya?"
Suara lelaki mula kedengaran..
YOU ARE READING
Antara Cinta Dan Sayang..
Dragoste"Dengan hanya satu gurauan dapat mengubah segalanya ".Seperti ,Syazzira yang pada mulanya hanya berniat untuk bergurau dengan rakannya.Dia menyatakan bahawa dia sukakan salah seorang senior di dalam gambar yang telah dihantar ke dalam group whatsapp...