Bab 10

37 15 0
                                    

Tingkah lakunya diperhatikan dengan teliti oleh Harris.Perasaan ingin tahu dalam dirinya semakin membuak-buak..

"Kenapa ni ?"

Syazz hanya berdiam diri sahaja apabila Harris menyoalnya kembali.Dia mulai berbisik di dalam hati sambil memandang ke arah lantai dengan bersahaja.
"Macam mana aku nak bagi tahu dia yang aku ternampak dia dan aku lari dari dia..Kalau aku tahu mesti aku dah minta awal-awal..Whateverlah..baik aku tak payah bagitahu dia.."

"Nothing...saje."

"Ohh..yeke?..Hmm..okay."

Walaupun dia seakan sudah mengerti tentang apa yang difikirkan Syazz, dia masih tidak pasti akan tekaannya.

Dia secara tiba-tiba teringat akan sesuatu yang penting.
Tangannya mula tercari-cari gelang tangan yang disimpan di dalam poket seluarnya.Dahinya mula berkerut,nampaknya gelang tangan Syazz tertinggal di dalam keretanya. Tangan kanannya dikeluarkan secara perlahan-lahan.Mata Harris terkebil-kebil sambil merenung tepat ke muka Syazz, dia mulai tersengeh ke arah Syazz dan sikapnya itu membuatkan Syazz bertambah tidak puas hati dengan sikap Harris yang suka bermain-main dengannya . Syazz mulai memaksa Harris untuk mengeluarkan gelang tangan miliknya namun, Harris tetap berdiam diri sahaja.
"Boleh tak awak terus bagi jer gelang saya tu?..Jangan main-main dengan saya okay?..
Cepatlah,mana gelang saya tu?? "

Harris mulai berjalan melintasi  Syazz tidak lama selepas Syazz habis membebel..Dia turut memanggil Syazz untuk turut pergi bersamanya.
"Jom ikut saya.."

Syazz keliru apabila melihat tingkah laku Harris itu. Dia segera memalingkan mukanya ke arah Harris.Suaranya kedengaran semakin lantang apabila dia mulai berasa geram dengan tingkah laku Harris itu.
"Hye!! ikut awak pergi mana ni?"

Harris segera menghentikan langkah kakinya dari terus berjalan. Dia menghalakan mukanya tepat ke arah Syazz.
"Ikut saya pergi kawin.,nak?.."
Balas Harris dengan nada yang bersahaja.
Syazz terkedu.jantungnya seperti hendak berhenti.
Muka Syazz hampir bertukar menjadi merah kerana dia begitu geram dengan sikap Harris itu.Dia seperti naik angin.
"Awak ni dah kenapa?kita baru je kenal kan?..Saya tanya ni!!mana gelang saya???"

"Relax,relax..saya nak bagi la ni,cumanya..Saya tertinggal awak punya gelang dalam kereta. Jangan la marah..Sabar kay.. "
Sikap Harris berubah serta merta. Dia mula menjawab pertanyaan Syazz sambil tersenyum sehinggakan nampak lesung pipitnya yang menawan itu. Melihat sahaja senyuman Harris itu,Syazz hampir jatuh hati dengan Harris.Dia mula menggeleng-geleng kepalanya.
"Fuhh...hampir melting aku tengok mamat ni..Sabar Syazz.. "

Harris aneh melihat perangai Syazz yang berbisik secara sembunyi-sembunyi.
"Hello??..dengar tak ape yang saya cakap ni?..Awak tengah cakap dengan sape..Jom la ikut saya.."

"Ermm..tak ada sape pun la..Ye,saya datang la nih."

Mereka berjalan sehinggalah tiba di tempat yang ingin mereka tuju.Sebuah kereta mewah berwarna hitam yang diletakkan di tempat letak kereta itu membuatkan Syazz kagum dengan pemilik kereta tersebut.Syazz hanya mampu menelan air liur sahaja jika mahu difikirkan tentang harga kereta tersebut. Harris ketawa kecil apabila melihat telatah Syazz itu.

"Wow..cantiknya kereta..ni kereta awak ke??Nampak mahal.."

"Haha..kereta ni saya pinjam jer dengan kawan.."

Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now