Bab 9

48 15 1
                                    

*knock..knock!!

Seperti biasa,tepat pada pukul 8 pagi,pintu bilik Harris akan diketuk oleh Faiz iaitu abang sulung Harris sebelum dia pergi kerja.Tanpa berlengah lagi,Faiz dengan segeranya membuka tombol pintu bilik adiknya itu.Tidak seperti hari yang biasa,Faiz hairan apabila pintu bilik Harris tidak berkunci.
Nampaknya,Harris bangun awal hari ini tidak seperti hari-hari yang lain.Bunyi air di dalam tandas kedengaran menyebabkan Faiz tahu di mana keberadaan Harris.
"Harris!!.Hye..kau dah siap ke belum?Aku dah nak pergi kerja dah ni..Ayah suruh kita pergi sekali.."
Harris yang sedang leka mandi terkejut apabila suara abangnya itu jelas kedengaran.
"Kau pergi la dulu..Aku dah janji nak pergi dulu dengan Sharman..Nanti dia datang jemput ke rumah.."Balas Harris sewaktu dia berada di dalam bilik air.

Faiz hanya terdiam.Dia menoleh ke arah katil Harris sebelum keluar dari bilik adiknya itu dan dia mula tertanya-tanya sejak bila Harris bangun awal.Selalunya,Faiz yang kena kejutkan Harris.

Pakaiannya yang segak sudah cukup menjadikan Harris kelihatan lebih tampan tambahan pula mukanya yang kacak menyerlahkan lagi auranya.Harris menunggu Sharman sambil berbual-bual dengan ibunya di ruang tamu sambil membincangkan tentang kepulangan Azzlan yang bakal tiba di Malaysia minggu hadapan.Bunyi kereta mulai kedengaran dari luar membuatkan Harris terus meminta izin dari ibunya untuk pergi bersama Sharman.
"Harris pergi dulu ye mak,kalau ada apa²,call je Harris..OK "

"Yelah,Hati-hati ye nak.."

"Bro!..Sekarang baru kau datang?.Jom kita pergi cepat..Dah lambat dah ni.."
Sharman yang baru sahaja tiba untuk menjemput Harris hairan melihat Harris yang kelihatan begitu bersemangat tidak seperti selalu.

                  Di Taman 🌸

[ 12:10 a.m ]

Mata Syazz pada waktu itu sedang tertumpu ke arah anak kecil yang riang disamping ibunya.Wajah budak itu seakan kacukan anak korea dengan melayu membuatkan hati Syazz terpaut dengan kecomelannya.
"Hakim..jangan lari,nanti jatuh!!"..
Kerenah anak kecil yang baru berusia empat tahun itu merisaukan ibunya..Anak kecil itu berlari ke arah yang sama dimana Syazz berada.Kaki kecilnya itu tiba-tiba tersadung terkena batu lalu tanpa sengaja anak kecil itu terus berpaut pada kaki Syazz  secara tiba-tiba.
"Auchhhh...."
Syazz yang juga terkejut dengan situasi tersebut dengan segera memeluk tubuh kecil itu dari terjatuh.

"HAKIM??..Ohh..tidak....."
Ibu kepada anak kecil itu segera  menuju ke arah Syazz untuk mendapatkan anak kesayangannya itu apabila melihat kelibat anaknya yang hampir jatuh itu.Mukanya hampir pucat dibuatnya.

"Huaaaa..nak ibu..mana ibu.."
Anak kecil yang terkejut dengan situasi tersebut menangis tanpa henti dan memanggil ibunya menyebabkan Syazz buntu.Syazz cuba untuk menenangkan budak itu dengan coklat yang disimpan di dalam begnya.Anak kecil yang bermata sepet itu terus terdiam apabila coklat berada di depan matanya.Akhirnya, budak itu kembali tersenyum riang.
Syazz mengusap rambut anak kecil itu dengan lemah-lembutnya sambil tersenyum.
"Nasib baik aku simpan coklat yang Syakir bagi kat aku tadi..kalau tidak,hmm.."Bisik hati kecil Syazz.

"Ibu!!..Ibu datanglah..Horray!!"
Anak kecil itu mula memeluk ibunya apabila ibunya sampai.
"Terima Kasih Cik..Nasib baik ada Cik,kalau tak mesti Hakim dah jatuh "

"Tak perlu ucap terima kasih,Saya ikhlas tolong.Anak puan comel sangat..Saya suka tengok dia" Ibu anak kecil itu hanya tersenyum ke arah Syazz dengan ramahnya.
Sambil memakan coklat pemberian Syazz,anak kecil itu turut melambai-lambai ke arah Syazz tanda ucapan selamat tinggal.Ibu kepada anak kecil itu turut melambai kearah Syazz membuatkan Syazz terharu.

Dari jauh,kelihatan kelibat Harris yang sedang mencari-cari gadis yang berbaju merah tidak jauh dari keberadaan Syazz. Kebetulannya,Harris tanpa sengaja telah ternampak kelibat seorang gadis melambai-lambai ke arah kanak-kanak yang dipimpin oleh ibunya yang juga melambai-lambai ke arah gadis itu dari arah jauh seperti mengucapkan selamat tinggal.
Harris mula mendekati Syazz dari arah belakang tanpa pengetahuan Syazz.Harris agak ragu-ragu untuk menegur Syazz kerana dia takut tersalah orang.Tapi,jika nak diikutkan dengan warna tudung dan baju yang Syazz katakan,memang itu adalah Syazz.

Jantungnya mula berdebar-debar.Entah kenapa dia gemuruh apabila berdepan dengan perempuan di hadapannya itu.Dia tetap memberanikan dirinya itu untuk menegur perempuan di hadapannya itu.

"Assalamualaikum, ni Cik Syazzira ke?"
..
"Adakah orang yang aku nantikan ada dibelakang aku? "

Syazz terus berpaling ke arah suara itu dengan muka yang tersenyum keriangan apabila teringatkan tentang dia akan mendapatkan gelang kesayangannya itu kembali. Namun,senyumannya yang ceria berubah apabila melihat Harris di hadapannya.

"Waalaikumsalam..ermm..Jadi,
Awak ke orangnya??.Jadi, selama ni awak yang simpan gelang tangan saya?? "

"Ye,betul tu..Sayalah orangnya.."

"What?.Seriously?.. Tak sangka awak orangnya.."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now