~Cafe Indah~
Harris memasuki sebuah cafe yang tidak jauh dari bandar berdekatan.Sharman mengikuti Harris dari belakang sambil bermain telefon pintarnya itu.
*Kring!!...
Bunyi loceng kedengaran apabila pintu cafe itu dibuka oleh Harris. Harris terpaku seketika apabila loceng berbunyi dan dia mula melihat sekeliling cafe itu.Cafe Indah itu menarik perhatiannya dengan suasana yang agak menarik.Tidak hairanlah ramai yang datang ke cafe tersebut.Sharman yang sedang berjalan ke arah Harris sambil leka bermain telefon pintarnya itu dengan tidak sengaja telah terlanggar belakang Harris secara mengejut.
*kedebuk..!!💢
"Auchh..Sharman??..Apesal dengan kau ni hah?..Langgar aku dari belakang.. Sakitlah!! "
Sharman hanya memandang Harris dengan muka yang tidak bersalah lalu menyalahkan Harris atas apa yang telah berlaku.
"Mana la aku perasan kau..Aku cuma ikut kau dari belakang je ..Salah kau jugak sebab berhenti tiba² kat sini.."
Harris mula mengerutkan dahinya tanda tidak berpuas hati dengan perangai Sharman.
Tapi dia cuba menahan kemarahannya itu.Dia cuba untuk tidak membesarkan isu yang kecil itu.
"Berhenti la gaduh..Aku penat la ,Baik cari meja kosong daripada duduk je berdiri kat sini"
Selepas perbalahan antara dua orang sahabat itu reda,seorang lelaki yang berpakaian kemas datang kearah mereka.Rupa-rupanya orang itu ialah pengurus di cafe Indah itu.Dia mengalu-alukan kedatangan Harris dan Sharman masuk dengan senyuman yang agak lebar."Selamat datang ke Cafe Indah,
Encik berdua boleh duduk di meja kosong yang ada di tepi tingkap jika encik mahukan pemandangan di kawasan ini.Pelayan saya akan mengambil order encik berdua nanti"Harris membalas dengan senyuman di mukanya tanda berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Pengurus itu.Pengurus cafe Indah itu kemudiannya beredar selepas Harris dan Sharman pergi ke arah meja kosong yang disebutkan oleh Pengurus cafe Indah sebentar tadi. Ketika Harris dan Sharman baru sahaja selesai duduk,Datang pula seorang pelayan lelaki.Setelah selesai mengambil order, Sharman kembali bermain telefon pintarnya manakala Harris menyambung menikmati pemandangan di luar tingkap.
15 minit kemudiannya ..🍰
"Wahh..kek strawberi tu nampak sedap la..kena baca bismillah dulu sebelum makan. "
Belum sempat lagi Harris membaca doa makan,telefon pintarnya pula yang berdering.Terpaksalah Harris menangguh dahulu niatnya untuk makan.Dia melihat nombor yang tidak dikenali menelefonnya. Dia agak ragu-ragu untuk menjawab panggilan tersebut.Namun,dia tetap menjawab panggilan yang tidak dikenali itu.
Muka Harris mula bertukar menjadi serious selepas menjawab panggilan yang tidak dikenali itu dan ia membuatkan Sharman yang duduk didepannya hairan melihat perubahan riak wajah Harris yang berubah secara tiba-tiba itu.Harris terus bangun lalu keluar dari cafe tanpa memberitahu Sharman.Sharman langsung tidak mempedulikan tingkah laku Harris itu lalu kembali menjamu selera bersendirian.
Perbualan antara
Syazz& Harris..Jantung Syazz pada waktu itu berdegup semakin laju.Tapi dia cuba untuk menjawab panggilan dengan tenang.
"Ouhh..Waalaikumsalam..
Sa..saya..Syazzira,Saya dapat nombor telefon encik dari seorang nenek yang bekerja di perpustakaan berdekatan dengan Bandar Maju.Nak tanya,
Ermm..ni Muhammad Harris Amran ke?"
***Apabila dengar sahaja nama "Syazzira" ..Harris mula teringatkan tentang gelang tangan yang ada padanya itu. Dia sangat pasti orang yang menelefonnya itu adalah pemilik gelang tangan yang dia sedang cari .
"Ye,itu nama saya..Sebenarnya,
Sayalah orang yang menyuruh nenek itu memberikan kad nama saya kepada cik.Saya memang sedang menunggu panggilan dari cik..bila boleh kita berjumpa supaya saya dapat pulangkan balik gelang tangan cik yang hilang ni? "***
Syazz menghembuskan nafas lega apabila Harris menyatakan gelang tangan yang hilang kini dijumpai.Namun,dia hairan kenapa gelang tangannya ada pada lelaki misteri itu.Dia ingin pastikan bahawa gelang tangannya itu benar-benar ada pada Harris apabila berjumpa dengannya kelak.Jika tidak,dia memang akan naik angin kalau Harris menipunya.
"Ouhh..kalau macam tu,esok kita jumpa di taman Melati dekat dengan muzium lama..Encik tahu tak tempat tu?..Saya tunggu encik dalam pukul 11 pagi "..
***
Entah kenapa,Harris menjadi tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Syazz. Sebenarnya, dia ingin berkenalan dengan Syazz apabila berjumpa dengannya nanti.Dia fikir,pasti mudah untuk mencari Syazz jika tahu warna baju yang akan dipakai oleh Syazz esok..
"Okay..saya biasa lalu lalang di kawasan tu,jadi saya akan datang ke sana dengan membawa gelang tangan milik cik.Esok cik pakai baju warna ape??..Mudah untuk saya cari cik kalau saya tahu cik pakai baju ape kan?..
***
Syazz mula runsing apabila Harris mula menanyakan soal warna baju yang ingin dipakainya esok.Dia melihat ke arah almari pakaiannya.Ini bermakna dia perlu menyelongkar almarinya dan mencari baju merah yang sesuai untuk dipakai esok.
"Saya mungkin akan pakai baju warna merah..Kalau tak ada apa² lagi,saya mahu berundur dahulu.Saya ada hal yang belum saya selesaikan.
k.bye,Assalamualaikum.. ""Waalaikumsalam..ehh..dia letak dah??.."
Harris kemudiannya kembali masuk ke dalam cafe seperti biasa.Namun,perangainya yang mencurigakan tadi itu membuatkan Sharman ingin tahu dengan siapa Harris bercakap sebentar tadi..
YOU ARE READING
Antara Cinta Dan Sayang..
Romance"Dengan hanya satu gurauan dapat mengubah segalanya ".Seperti ,Syazzira yang pada mulanya hanya berniat untuk bergurau dengan rakannya.Dia menyatakan bahawa dia sukakan salah seorang senior di dalam gambar yang telah dihantar ke dalam group whatsapp...