Bab 11

44 2 0
                                    

Di Hospital: 💊
Seorang wanita tua yang berumur 50-an itu memberitahu Azzlan tentang bahagian tubuhnya yang sering sakit-sakit.
Sebagai doktor,dia cuba untuk memahami setiap masalah yang berlaku pada pesakitnya.

"Kalau makcik rasa ada simptom  pening or rasa nak muntah lagi lepas ni ,Datang jumpa saya lagi esok okay?.."

"Terima kasih doktor.. "

Setelah itu,seorang jururawat lelaki mula datang menghampirinya.
"Azzlan?..Bersiap cepat..Kita ada pesakit yang perlu dibedah ni"

Azzlan seakan sudah mengerti lalu dia mulai bersiap sedia  untuk berjumpa dengan pesakit yang ingin dibedahnya nanti. 

Azz mula menuju ke arah katil Aleeya. Dia mengambil dokumen milik pesakitnya itu lalu memanggil nama pesakitnya itu sambil melihat nama pesakitnya.

"Cik Aleeya ??..Cik dah ready?"

Aleeya menarik nafas panjang apabila ditegur oleh Azz.Dia seakan sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Azzlan.
Balasnya dengan suara yang perlahan.
"Hmm..dah doktor"

"Bagus,kalau macam tu kita bergerak sekarang ye?..
Jururawat ??.. Mari tolong saya sekejap "
Aleeya dimasukkan ke dalam bilik bedah.Azzlan iaitu sebagai doktor yang baharu sahaja bertugas di Hospital Tengku Iskandar itu turut menyertai pembedahan jantung sebagai pembantu doktor pakar.Sebagai seorang doktor, dia cuba untuk tenangkan pesakitnya.

💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉
5 Jam Kemudiannya:

Jari jemari Aleeya  mula bergerak-gerak. Hal ini membuatkan Anizan cemas dan dia terus memanggil doktor. Doktor telah memastikan bahawa Aleeya berada dalam keadaan yang normal. Anizan menghembus nafas lega.Beberapa minit kemudian,Aleeya mulai sedar sepenuhnya. Sudah agak lama dia menunggu Aleeya untuk sedar.Namun,perasaannya agak terluka apabila Aleeya hanya memikirkan tentang Haridh.Nama Haridh seringkali disebut membuatkan dia hanya mampu mengeluh .

"Haridh....Haridh.. "
Aleeya memanggil nama Haridh berulangkali.Dan dia terus tersedar dari separa sedarnya.

"Awak dah sedar dah?"

"Ohh.Nizan? I ingatkan...."
Perasaan kecewanya mula menyebulungi diri apabila orang yang dihadapannya itu bukanlah orang yang dia nantikan .Dia hanya mampu mengeluh.

"Are you okay ?..Ingatkan Haridh ke ?"Anizan agak terkesan dengan sikap Aleeya. Namun,dia mencuba sebaik mungkin untuk menggembirakan hati Aleeya.

"Mana dia ?.."Dia cuba menanyakan tentang Haridh kembali dengan nada yang suram. 

"Sorry la..Tapi dia dah cakap yang dia taknak jumpa awak lagi dah ..Hmm "

"I want to be alone... Please Nizan"Air matanya mula bergenang. Dia cuba menahan sebak di hadapan Anizan.

Anizan berat hati untuk keluar dari bilik Aleeya.Namun,dia sanggup keluar demi Aleeya. Keluar sahaja dia dari bilik itu,Tangisan yang teresak-esak jelas kedengaran. Anizan beredar dari situ dengan hati yang sayu apabila memikirkan tentang Aleeya.

"Kenapa dia harus terluka kerana Haridh?..Aku sanggup buat apa sahaja demi dia.. Hmm"
Bisik Anizan di dalam hatinya.

                        ***
Syazz melangkah masuk ke dalam hospital dengan keadaan yang kelam kabut setelah dia mendapat panggilan daripada Fa tentang keadaan Zu yang terlibat dalam kemalangan.

"Macam mana la Zu boleh accident nih...Hmm..Bilik 301?."
Dalam perjalanan dia yang tergesa-gesa, Dia terlanggar Azzlan apabia dia mahu membelok ke kanan lorong berdekatan .

*Kedebuk!!

"Aduhh..."Kepalanya terhantuk terkena Azzlan.Azzlan terkejut dengan situasi tersebut.

"Sorry cik,saya.....Ehh Syazz?.
Kata-katanya mula terhenti apabila dia menyedari bahawa wanita di hadapannya itu seseorang yang dia kenali.

"Abang Azzlan??.."Syazz ketika itu sedang menundukkan kepala terus menaikkan mukanya apabila namanya disebut oleh Azzlan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Azzlan yang sedang terpaku di hadapannya.

"Hahahaha,Syazz rupanya.Syazz ingat lagi tak pada abang Azz?"

"Hahaha..Syazz sendiri pun tak sangka dapat jumpa abang Azz.Of Course la Syazz masih ingat lagi kat abang."

"Abang ingat tak dapat jumpa Syazz lagi.Kalau dah jodoh jumpa jugak kan? Hahaha "

"Abang ni memang suka buat lawak.Hahaha,Tapi...Bila Abang Azz balik Malaysia ?"

"Ohh..Abang sebenarnya dah balik sini lama dah"

"Abang jadi doktor dekat sini ke?"

"Yup."

"Wahhh..Syazz kagum dengan abang "

"Jangan cakap macam tu..Malu la abang.Hahaha..Btw,Syazz pulak buat ape kat sini?."

"kebetulan, kawan Syazz accident tadi. Tu yang Syazz  datang sini ni"

"Owhh..macam tu.Btw,.Abang nak pinjam telefon Syazz sekejap boleh ?"

"Boleh jer. Tapi abang nak buat ape?"

Azzlan mula mendail nombor telefonnya menggunakan telefon pintar milik Syazz.Syazz hairan apabila tiba-tiba sahaja terdapat bunyi di dalam poket seluar Azzlan. Azzlan dengan selambanya mengeluarkan telefonnya sambil tersenyum.

"Abang dah ada nombor telefon Syazz..So,Syazz save la nombor abang ni pulak nanti yer. "
Dia terus menaip nama "Cute S" sambil tersenyum pada kenalan nombor milik Syazz lalu menyimpan nombor itu dengan menggunakan panggilan tersebut.

"Abang Azz tahu tak jalan nak ke bilik kawan Syazz?..Nombor biliknya ialah 130."

"Kalau macam tu,jom abang hantarkan  Syazz ke sana. "

"Okaylah,Tq ye abang Azz. "

Mereka berbual dengan rancaknya sepanjang perjalanan mereka ke bilik Zu.Setibanya mereka di hadapan pintu bilik,Azzlan terus membuka pintu bilik itu untuk Syazz. Perbuatannya itu membuatkan Syazz berasa segan dengan tindakan Azzlan itu.Fa dan Zu yang sedang berada di dalam bilik itu saling berpandangan apabila melihat pintu bilik dibuka oleh seorang doktor dan jelas kelihatan Syazz sedang rancak berbual dengan seorang doktor yang kacak di pintu depan bilik itu .

"Terima kasih ye doktor Azzlan "

"Aikkk?..tiba-tiba je panggil abang macam tu.Hahaha..
Panggil je la Abang Azz. "

Fa terasa ingin tahu dan dia datang mencelah perbualan Syazz dengan Azzlan.

"Syazz?.Rancak betul berbual dengan doktor sampai tak ingat dunia ye."Tegur Fa dari arah belakang Syazz.

Syazz dengan segera memalingkan mukanya ke arah suara Fa.
"Ehh..Fa?..Hahaha..Macam Mana dengan Zu?"

"Ehh..Ehh..ehhh..Baru sekarang nak tanya ke? "Perli Fa.

"Hehehe.."Syazz tersipu-sipu malu.

Azzlan yang melihat situasi tersebut berasa kekok.
"Syazz,Abang pergi dulu ye..Apa-apa hal,call je okay"

"Nak pergi dah?..Apa-apa hal Syazz call abang.Tq sekali lagi. "
Azzlan tersenyum ke arah Syazz dan dia terus beredar dari situ kerana tidak mahu menggangu Syazz untuk berbual dengan rakannya.

"Hye..Sape doktor tu?.Awak kenal ke?"Fa mula bertanyakan tentang Azzlan sambil tersengeh setelah Azzlan beredar.

"Adalah..Hahaha"
Syazz terus menuju ke arah Zu yang sedang terlantar sakit itu sambil tersengeh-sengeh. Fa hanya mampu mengeluh apabila Syazz menjawab pertanyaannya dengan selambanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now