Bab 4

78 18 0
                                    

"Harris..bukak lah pintu bilik kamu nih..Kenapa kamu kunci bilik kamu ni..Mama suruh turun, makan sarapan.Aku nak pergi kerja dah ni,Cepatlah turun.!."Ujar Firaz iaitu anak sulung dalam keluarga itu sambil mengetuk² pintu bilik Harris.

"Yelah..Nanti aku turunlah makan sarapan..Kau pergilah kerja dulu..."Balasnya dalam keadaan yang masih mamai .Dia mengalihkan pandangannya ke arah jam loceng miliknya.Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi.Dia segera bangkit dari bilik tidurnya yang mewah itu dan segera mandi dan bersiap untuk turun sarapan pagi.

"Harris?..Kenapa lambat sangat bangun hari ni?..Ni mesti lepas kita solat subuh berjemaah bersama,kamu terus tidur kan?"
Soal ayah Harris yang baru sahaja selesai bersarapan bersama ibunya.

" Harris terlelap tanpa sengaja la Ayah..Nak buat camna kan?Haha..So,Ape yang Mama masak pagi ni?" Ujar Harris .

Sebelum sempat ayah Harris membebel...Ibu Harris mencelah dengan tiba-tiba.
"Sudah² la tu,ish kalau nak diikutkan dengan perangai anak beranak ni kan,sampai bila pon tak habis..Harris,duduklah makan sekali dengan mama.Ni mama ada masakkan nasi goreng special punyer."

"Okey ma..Perut dah berbunyi ni, Moh kita makan.. Hahaha "Ujar Harris dengan gembiranya..

-Di perpustakaan-

Puas dicarinya merata-rata dan telah diperiksa oleh mereka di seluruh tempat.Di setiap sudut tempat itu diberi perhatian dengan harapan yang tinggi agar dapat menjumpai gelang tangan yang telah dihilangkan oleh Syazz beberapa hari yang lalu.Fa dan Zu turut membantu dalam mencari gelang tangan itu.Namun,usaha mereka hanya sia-sia kerana gelang itu sebenarnya pada Harris tanpa pengetahuan mereka.

"Syazz, macam mana ni ,kami cari awak punya gelang sejak dari tadi lagi tapi tetap tak jumpa..Mungkin gelang tu tak jatuh kat sini.. Kat tempat lain mungkin?? "Fazira cuba meyakinkan Syazz untuk mencari gelang itu  di tempat lain.

Tanpa berlengah lagi,Syazz mula beredar dari tempat perpustakaan itu dengan perasaan kecewanya.Zulaika dan Fazira turut beredar sama.Mereka bersama-sama menunggu untuk memasuki lif.Pada masa yang sama, seorang warga emas yang berkerja sebagai tukang cuci di situ mula mendekati Syazz..

"Assalamualaikum nak.."

Syazz berpaling kearah wanita tua itu dengan serta merta.

"Waalaikumsalam..Ermm..Nenek kenal saya?"Syazz kehairanan..

"Nak ada hilang sesuatu barang tak ?"Wanita tua itu menyoal Syazz..

Syazz merasakan bahawa wanita tua itu mengetahui sesuatu. "Ya,Saya memang kesini untuk mencari barang saya yang hilang. "..

Wanita tua itu tersenyum lalu berkata"Adakah barang nak yang hilang tu gelang tangan?..

Fazira dan Zulaika dengan automatiknya berpaling ke arah Syazz..

"Syazz,Saya rasa nenek tu tau gelang tangan awak kat mana "Ujar Zulaika.

"Ye.. Betul tu"Celah Fazira pula..

"Saya pon rasa macam tu jugak..hmmm.."Bisik Syazz .

Syazz mula menceritakan tentang masalahnya itu kepada wanita tua itu dengan harapan gelangnya itu dapat ditemui.Wanita tua itu hanya memberikan Syazz sekeping kad nama beserta nombor telefon.Syazz melihat nama yang tertera pada kad itu tanpa berlengah lagi.

"Siapa Muhammad Harris Amran nenek??...dan kenapa Dia bagi nombor dia pada saya?..

Wanita tua itu hanya menyuruhnya untuk telefon lelaki itu lalu dia terus beredar tanpa berkata apa-apa.Dia kelihatan seperti tergesa-gesa.Syazz dan dua orang sahabatnya itu tidak faham akan situasi tersebut .Namun,Mereka berasa amat lega kerana akhirnya mereka mendapat maklumat berkaitan dengan gelang tangan Syazz itu.

Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now