Bab 5

83 17 0
                                    

Sewaktu Syazz sedang bersiap di depan cermin ,dia mulai teringat akan kad yang wanita tua itu telah berikan kepadanya.Dia berniat ingin menelefon nombor telefon pada kad itu lalu dia terus mengalih pandangannya ke arah katilnya itu iaitu tempat di mana handbagnya itu berada.

"Mana ni..ermm.."
Dia menyelongkar handbag merah kesayangannya itu lalu mencari beg dompet miliknya dan dia segera mengeluarkan kad nama yang disimpan di dalam beg dompet itu .

Pada waktu itu,Syazz berseorangan...Suasana sunyi membuatkan dia berasa tidak selesa.Belum sempat lagi Syazz mendail nombor telefon itu..Bunyi yang aneh kedengaran..

Tombol pintu biliknya mula bergerak-gerak..Bunyi pintu terbukak perlahan-lahan dengan tiba-tiba juga membuatkan Syazz berasa tidak senang hati...

"Siapa yang cuba nak masuk dalam bilik aku nih?
Aduhh..Perompak ke??..Ke makhluk halus..Ahh..khayalan aku je kot.. "keluh Syazz di dalam hati.

*10 minit sebelum kejadian

"Assalamualaikum..ermm..
kenapa tak ada orang jawab salam aku ni.. Mana semua orang?.."

Syakir pada waktu itu baru sahaja balik dari sekolah.Dia mula hairan kerana tiada satu pun orang menjawab salamnya.Dia membuka pintu utama rumahnya tanpa berlengah lagi apabila mendapati pintu tidak berkunci.
Dia memanggil nama ahli keluarganya dari bahagian ruang tamu namun tidak ada yang balas..

*krannggg.!!!..

Bunyi yang agak kuat itu membuatkan Syakir terperangjat.Dia dengan automatiknya mengambil hiasan kayu besbol yang digantung sebagai hiasan di ruang tamu untuk dijadikan sebagai senjata jika ada perompak yang memasuki rumahnya itu.Walaupun dia baru berumur 17 tahun,Namun dia berani bertindak seperti orang dewasa.

Dia bergerak menuju ke ruang dapur,namun ianya hanya sia-sia kerana tiada sesiapa disitu.Hanya ada kelibat seekor kucing berbulu lebat berkeliaran di dapur itu dengan pinggan yang sudah pecah di atas lantai.

Syakir yakin bahawa kucing itulah penyebab kepada bunyi yang kuat itu.Syakir menghalau kucing itu keluar dari pintu dapur.Setelah selesai membersihkan kawasan dapur itu,Dia berpendapat mungkin ada orang di bilik tingkat atas.Jadi,dia menaiki anak tangga dengan langkah yang agak perlahan.Dia keletihan setelah seminggu dia berlatih di kem bermain bola sepak.

Pada waktu itu juga,Syakir terdengar sesuatu dari bilik Syazz.Dia ingin tahu adakah bunyi itu dari kakaknya atau dari orang lain.. Dia dengan berhati-hatinya menggerak-gerakkan tombol pintu itu.. Lalu membuka pintu itu dengan perlahan-lahan.

Pada masa yang sama:

Syazz memberanikan dirinya itu untuk melihat siapa yang mengganggunya.Dia mula berpaling dengan perlahan-lahan ke belakang dan mendapati....Ada kepala adiknya menjenguk keluar dari celah pintu biliknya..Kelakuan Syakir itu mengejutkan Syazz sekaligus menaikkan kemarahan Syazz.

"Ahhhhhhhhh....terkejut Aku dibuatnya..Kau rupanya Syakir..kau ni dah kenapa?..lain kali sebelum masuk ketuk la pintu tu dulu..tu pon nak kena ajar ke hah?"

Bukan Syazz seorang sahaja yang terkejut pada waktu itu.Malah,Syakir turut terkejut apabila kakaknya menjerit dengan tiba-tiba.Telinganya menahan sakit mendengar suara Syazz yang lantang itu.

"Yelah..Sorry sebab tak ketuk pintu dulu sebelum masuk.Tapi akak ni dah kenapa hah?Sakit telinga Syakir dengar akak menjerit macam nampak hantu.Syakir ingat tak ada orang kat rumah.So,Syakir nak tahu sape dalam bilik akak."

Jauh di dalam sudut hati Syazz ,dia tidak berniat untuk memarahi adiknya itu.Namun, disebabkan oleh kelakuan adiknya itulah Syazz dengan automatiknya meninggikan suaranya kepada Syakir.

*Grugggggg..

Dengan tiba-tiba,bunyi perut Syakir kedengaran.Syazz hanya melihat riak wajah Syakir yang tiba-tiba sahaja berubah.

"Akak,Syakir lapar la..Tak ada makanan pon kat dapur.Mak dengan ayah pergi mana ? Bila diorang nak balik ..Akak?"

Syazz yang pada mulanya ingin mendail nombor itu memutuskan untuk menangguh dahulu cadangannya untuk menelefon Harris.Dia meletakkan kembali kad nama itu ke dalam beg dompetnya Setelah melihat riak wajah adiknya yang kelaparan.

Mula-mula,Syazz menjelaskan kepada adiknya itu bahawa mak telah pergi melawat kawannya selama 5 hari di hospital kerana kawannya itu ditempatkan di hospital yang agak jauh dari kawasan bandar.Ayah pula telah pergi ke luar negeri atas urusan kerja tapi tak tahu bila boleh balik.Syazz juga menyatakan dia bertanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga sementara mak dan ayah tiada jadi dia mengarahkan adiknya agar mendengar katanya itu sementara mak dan ayah tiada di rumah.

Walaupun Syakir mendengar kata-kata Syazz tapi dia mulai bosan apabila Syazz mula bercakap banyak.Syazz dengan segera menyuruh adiknya itu pergi bersiap lalu mengajaknya pergi ke sebuah restoran berdekatan.

Dengar sahaja perkataan "Restoran "..Syakir yang pada mulanya hampir mengantuk mendengar kata-kata kakaknya itu dengan sepantas kilatnya bersiap kerana perutnya dari tadi lagi sudah berbunyi.Dia tidak sabar-sabar lagi hendak makan.Pelbagai jenis makanan sedang berlegar-legar di mindanya itu.

Syazz hanya tersenyum melihat reaksi adiknya sehinggakan dia terlupa tentang kad nama Harris itu.Dalam perjalanan,Syakir tiba-tiba sahaja menyuruhnya supaya berhentikan kereta itu di kawasan restoran yang ada di tepi jalan raya itu."Restoran Abang Kie" adalah nama restoran yang ditunjukkan oleh Syakir.Katanya,makanan di tempat itu sungguh sedap dan ramai orang yang memuji tukang masak di restoran itu.

"Akak..jom makan kat sini nak?Syakir dah lapar dah ni."

Syazz hanya mengikut kata-kata adiknya itu dan lalu meletakkan parking berhampiran dengan restoran itu.Tanpa dia sedar, Harris dan kawannya sebenarnya ada di dalam restoran tersebut.Harris yang kebetulannya hanya mengikut sahabatnya itu juga tidak menyedari akan kehadiran Syazz..

Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now