Bab 3

99 18 0
                                    

"Selamat Hari Jadi Putri Syazzira Awyna"Ucap Datuk Haji Bakar yang berumur 63 itu.

"Wahh..Saya ingatkan atuk lupa hari ni hari jadi Saya."

"Hari ini kan ulang tahun cucu Atuk yang ke-18..Jadi,ni hadiah dari Atuk buat Syazz. "

"Ape ni atuk?..Gelang tangan lah..Cantiknya atuk,ada nama Saya pulak tuh..Terima kasih atuk."Kata Syazz dengan gembiranya.

"Gelang tangan ni atuk tempah khas untuk Syazz dan hanya ada satu je dalam dunia ni. Jangan hilangkan tau,janji dengan atuk ye?"Balas Datuk Haji Bakar.

"Baiklah atuk..Syazz janji."

Setelah seminggu selepas itu,Berita tentang kematian Datuk Haji Bakar akibat kemalangan jalan raya menjadi memori yang paling pahit buat Syazz.

"Kringgg..Kringgg..Kringggg!!"

Jam loceng di sebelah katilnya berdering dengan sangat kuat sehinggakan dia terjaga dari lenanya itu dengan air matanya mengalir membasahi pipinya.

"Atukkkk...Jangan pergi.."Jerit Syazz dengan mengejut setelah terjaga dari mimpinya.

"Kini,sudah 3 tahun Atuk pergi  meninggalkan aku..Gelang tangan pemberiannya adalah satu-satunya hadiah yang paling berharga buat aku..Aku mesti cepat cari Gelang tu.."ujar Syazz sambil mengesat air matanya itu.

Pada malam itu juga ,bermula perbualan diantara Harris dan ayahnya.....

"Ada nama kat gelang ni lah..Ooo..nama dia Syazzira  rupanya..Patutlah kawan dia panggil dia Syazz.Tapi camna aku nak bagi balik gelang ni kat dia?"Bisik hati kecilnya sambil merenung nama pada gelang itu.

"Apa yang kamu menungkan tu Harris sampai tak perasan Ayah?? "Tegur Datuk Sri Ahmad Abdullah .

"Ouhh..Tak ada apa² lah ,Tapi bila ayah balik?Macam mana kerja kat office,okay?"Balas Harris setelah menyedari kehadiran ayahnya itu.

"Dekat office semua okay,tapi Ayah je yang tak okay.Ayah pon nak bersara.Bilalah kamu ni nak ambil alih Syarikat HT.Foods Ayah tu?Yang sulung kerjanya sudah sebagai peguam,Yang kedua pula sedang belajar di luar negara nak jadi doktor   kononnya.Kamu sajelah harapan ayah."Ujar Datuk Sri Ahmad Abdullah sambil mengeluh.

"Ouhh..yeke?Tapi kan bila abang Azzlan nak balik?Abang Firaz kata yang dia akan balik dari Australia bulan ni jugak kan?"Harris dengan sengaja mengubah topik perbualan.

"Cepat betul ubah topik..Ishh³..
Mungkin betul yang dia nak balik bulan ni jugak..Tapi kan,
Abang kamu yang sorang tu pon sama je dengan abng sulung kamu Yang Firaz tu,berkeras sangat nak jadi peguamlah, doktorlah....bla..bla..bla..."

Bebelan Ayah Harris itu membuatkan dia rasa rimas dan dengan senyap² dia mula keluar dari kawasan kolam renang itu tanpa disedari oleh ayahnya.  

"Nasib baik aku dapat lepas dari ayah aku suka sangat membebel  ..Fuhh.."Ujar Harris ketika sedang menaiki anak tangga .

"Harris!!!!...Kemana pulak lah budak ni pergi.. Lari pulak Dia..Nak kena nih "Jerit Ayah Harris dari luar .

*Terkejut*..Harris mula menaiki anak tangga dengan sepantas kilat..Kelibat dua anak beranak itu disaksikan oleh Puan Sri Lina yang pada waktu itu sedang keluar dari dapur .Kejadian itu sangat melucukan buatnya sehinggakan Dia mula ketawa terbahak².

Antara Cinta Dan Sayang..Where stories live. Discover now