"Apa yang kau tenungkan tu Harris?Dari tadi lagi aku tengok kau ni semacam jer..Kau ni ada problem ke??"
Sharman iaitu rakan karib Harris mula berasa aneh dengan sikap Harris yang asyik mengelamun sejak dari tadi lagi.
Harris hanya berdiam diri sahaja.Dia malas untuk memikirkan soal syarikat ayahnya itu.Dia tidak mahu menggantikan tempat ayahnya di dalam syarikat. Dia cuma ingin menjadi seorang Doktor seperti abangnya yang sedang menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi di luar negara.Harris dengan sengajanya tidak mengendahkan Sharman lalu dengan selambanya dia mula bermain game Candy Crush.Dia cuma tidak mahu Sharman risau akan masalah yang dihadapinya.Sharman menyoal berulang-ulang kali tentang masalah yang dihadapi kerana tidak puas hati dengan Sikap Harris itu. Namun,Sharman tidak dihiraukan sama sekali oleh Harris.Sikap poyo Harris itu kadang kalanya menyakitkan hati Sharman.Sharman merenung Harris dengan mata yang tajam.Dia tahu yang Harris tidak suka dipandang sebegitu.
"Cehhh.. Mr.Poyo konon.. "
Kata-kata Sharman itu membuatkan Harris serba salah dengan sikapnya itu.Dia sedar yang dia salah.Matanya yang pada mulanya tertumpu kepada telefon,mula beralih ke arah sahabatnya itu.
"Aku okay jelah.Jangan la risau.Cuma aku perlu masa untuk bersendirian.. hahahh..Tak ada apa-apa lah.."
Akhirnya Harris mula bercakap setelah seharian berdiam diri sahaja.Dengan selambanya dia kembali menyambung bermain game Candy Crush di dalam telefon pintarnya itu. Sharman hanya membisu seketika.Dia seakan sudah tahu Harris mempunyai sesuatu yang ingin dia sorokkan tapi Sharman malas untuk melayan kerenah Harris lagi.
Sementara itu, pelayan datang ke arah meja makan mereka dengan membawa makanan yang dipesan .
"Bro,sudah² la tu main game..Jom la kita makan sekali.."
Sharman mengajak Harris untuk makan bersama.Harris terus menutup Iphone miliknya setelah makanan sampai.Sharman dan Harris menikmati makanan itu dengan seleranya sehinggakan mereka terlupa akan perbalahan antara mereka tadi.
Sementara itu...
Kereta milik Syazz mula memasuki kawasan letak kereta yang berhampiran dengan restoran.Di dalam kereta,Syakir asyik mendesak Syazz agar cepat mencari parking kereta kerana takut tiada meja kosong nanti di restoran jika lambat.Syazz langsung tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Syakir kerana dia terlalu fokus dengan meletakkan parking kosong yang baru dijumpainya.
Syakir dengan segeranya keluar dari kereta apabila Syazz mematikan kereta tersebut.Syazz tidak puas hati dengan tingkah laku adiknya yang membiarkan pintu kereta terbuka setelah keluar dari kereta lalu dia menyuruh adiknya itu memastikan pintu kereta ditutup dengan rapat. Syakir kemudiannya segera masuk ke dalam restoran tersebut dan mencari meja kosong. Kebetulannya,Harris terlihat kelibat Syakir itu dan Syakir juga terpandang ke arah Harris.Dia hanya tersenyum malu dan Harris membalas senyuman Syakir tanpa segan silu.Syakir kembali mencari meja kosong yang tidak jauh dari tempat Harris."Mana lagi tempat duduk yang kosong..Hah!!..ada pon..Akak!!Cepat la datang sini."
Langkah Syakir terhenti di sebuah meja makan yang kosong.Tanpa berlengah lagi, Syakir terus duduk sambil menunggu Syazz datang.Syazz yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran kaku dan matanya mula terbeliak apabila dia ternampak Harris.Harris pada waktu itu sedang menikmati makanan dan dia tidak tahu akan kewujudan Syazz.Syazz masih ingat akan kejadian di perpustakaan itu dan dia malu untuk berdepan dengan Syazz.
"Ahhh...Macam mana la Aku boleh terserempak dengan lelaki tu lagi??"
Syazz dengan berhati-hatinya cuba untuk melangkah masuk ke restoran tersebut dengan menudukkan pandangannya supaya mukanya tidak dilhat oleh Harris.Sharman yang sedang asyik makan,bingung apabila terlihat sikap Syazz yang melihat ke arah Harris lalu terus menudukkan pandangannya.Dia hanya tersenyum apabila melihat kerenah Syazz yang menarik perhatiannya itu.Harris yang tidak tahu apa-apa berhenti daripada menyentuh makanan seketika apabila melihat sahabatnya itu tersenyum dengan tiba-tiba dan ia membuatkannya rasa tidak selesa.
"Wehh...Kau ni kena rasuk dengan hantu ke?Tiba-tiba jer senyum.."Tanya Harris yang kehairanan melihat tingkah laku sahabatnya.
"Mana adalah..Aku cuma nampak ada seorang perempuan ni kan,perangai dia pelik la bila dia nampak kau..Mungkin dia fikir kau tu yang hantu..hahahaha" balas Sharman
sambil menahan ketawa.Bukan sahaja Sharman yang menyedari akan tingkah laku Syazz yang agak pelik itu tapi,Syakir turut melihat Syazz sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Syazz akhirnya tiba di meja makan tempat Syakir berada.Dia menarik nafas lega lalu duduk bertentangan dengan kedudukan Harris.Jauh di sudut hati Syazz,sebenarnya dia sendiri tidak faham akan tingkah lakunya sendiri.Dia tidak mengerti mengapa dia perlu mengelak dari Harris sedangkan dia sendiri tidak kenal siapa lelaki itu.
YOU ARE READING
Antara Cinta Dan Sayang..
Roman d'amour"Dengan hanya satu gurauan dapat mengubah segalanya ".Seperti ,Syazzira yang pada mulanya hanya berniat untuk bergurau dengan rakannya.Dia menyatakan bahawa dia sukakan salah seorang senior di dalam gambar yang telah dihantar ke dalam group whatsapp...