Bab 2

19.5K 820 55
                                    

Fun fact tentang Ana:

• 8 Mei 2000
• Mix Arabian-Melayu (Ayah Ana orang Arab)
• Anak terakhir daripada 2 adik beradik
• Confident, golfer, suka mengambil gambar, suka kelihatan kemas, seorang yang suka physical contact

♡•♡•♡

"Weyh, weyh, weyh!!!" Panggil Ana dengan teruja. "Ada dua budak baru masuk kelas aku! "

Dia baru sahaja sampai di kantin bersama dengan Ezact. Girls yang lain sudah pun berada di meja berbentuk bulat yang biasa mereka guna, makanan pun sudah ada atas meja.

"Aku pun." Tambah Lynn.

Yang lain juga kata yang mereka menerima murid baru kecuali Eve.

"Bagus! Buat semak je kelas aku kalau ada budak baru masuk." Kata Eve.

"Eeee rugi tau!" Kata Fa Ra selepas menghirup air minumannya. "Diaorang tu dah la hensem!"

"Baik pulak tu..." Kata Lynn, pipinya kembali merah mengingati peristiwa pagi tadi. "Budak baru yang masuk kelas aku puji aku cantik."

"Hey, you are beautiful." Kata Zahra sambil memeluk Lynn dari tepi.

"Tapi..."

"Tapi apa?" Tanya Lili.

"Mesti dia main-main. Manada lelaki yang tertarik dengan aku."

"Ish kau ni." Marah Ezact. "Be confident la. Ada je laki nak kat kau, tapi kau tu malu sangat."

"Sebab tu kau kena jadi confident macam aku!" Kata-kata Ana menyebabkan mereka semua memandang Ana dengan muka 'are you serious?'.

Zahra memukul bahu Ana.

"What? Betol apa! Adam dan Daniel dah tertarik dengan kecantikan aku!"

"Atau sebab kau asyik annoying kan diaorang dengan perangai gedik kau." Kata Ezact dengan perlahan lalu dia minum air milo aisnya.

Ana memuncungkan mulutnya. "Ezact jeles la tu!"

"Buat pe aku nak jealous?" Cebik Ezact. "Budak kelas kita perangai macam budak juvana, bertambah lagi juvana la dengan kemasukkan diaorang!"

"Takpe takpe dear." Ana menepuk-nepuk belakang Ezact. "Nanti I introduce ye dekat diaorang."

"Oh panjang umur." Lili melihat ke arah 7 orang jejaka yang baru sampai ke kantin. "Tu budak-budak baru."

"Eh tu bukan Lucas Amsyar ke?" Tanya Eve sambil menunjuk ke arah lelaki berambut perang. "Dia pelakon hot remaja sekarang!"

Fa Ra tersenyum. "Dia masuk kelas akuuuuuu. Jeles tak?"

"Yang pakai hoodie tu Carl Iskandar." Lili menunjuk ke arah pelajar tersebut. "Yang sebelah tu Aidan Shah. Dua-dua budak baru kelas aku."

"Yang pakai glasses tu Alastair Zachary, he's the new kid in my class." Kata Zahra, tersenyum dia apabila teringat muka terkejut Zach.

"Yang rambut serabai sikit tu Farhan Ryan." Tunjuk Lynn. "Dia yang puji aku cantik."

Mata Ezact membesar. "Hensem doh dia!" Ezact menendang kaki Lynn secara main-main. "Try la borak dengan dia!"

"Noooooooo." Lynn menundukkan badannya. "Aku tau akan messed up and then end up malukan diri aku."

Sementara Ezact dan Lynn berbual, yang lain masih lagi meng-usha jejaka-jejaka.

"Diaorang tu sekawan rupa-rupanya..." Kata Lili sambil mengangguk-ngangguk kepalanya dan menghirup air.

"Hensem tu hensem... cuma tak berapa minat la." Kata Eve lalu dia menyuapkan mi gorengnya ke dalam mulut.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now