Fun fact tentang Liliana Amirah:
• 13 April 2000
• Keturunan British belah ibu
• Anak keempat daripada 5 adik beradik
• Comel, Pendek, Takut kucing, Pandai melukis, Clumsy♡•♡•♡
Hari Ahad, hari di mana orang rileks-rileks di rumah.
Itulah apa yang girls dan jejaka lakukan.
Tiiiiing tiiiiing tiiiiiing!
Lynn mengelip mata beberapa kali sebelum mencapai telefon di meja tepi katil. Dia melihat jam yang tertera pada skrin telefon. 6.15 pagi.
Dia menggerakkan tubuh Ana. "Ana bangun, Subuh."
"Mmm."
Lynn menggeliat lalu bangun dari katil. Dia sekali lagi menggerakkan tubuh Ana. "Banguuuuuuuuun. Kau dah la ada training."
"Bangun dah niiiiiii." Ngomel Ana.
Ana adalah seorang golfer. Setiap hari dia ada training golf sekurang-kurangnya selama satu jam.
Ana mengucapkan terima kasih. "Kau masuk la tandas dulu. Aku nak stretching."
Lynn mengangguk lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wudhuk dan mencapai kain telukungnya yang tergantung. Semasa Lynn solat, Ana ke bilik air untuk mandi dan mengambil wudhuk.
Selesai solat Subuh, Lynn mengetuk pintu bilik Eve, Fa Ra dan Zahra. "Oiiii. Dah bangun Subuh ke belum tu?"
"Dah dah dah." Sahut siapa entah. Lynn tidak mengecam suara yang baru bangun tidur itu.
Lynn kembali semula ke bilik, menukar pakaian kepada pakaian yang sesuai untuk melakukan senaman.
Selepas itu, dia mengambil laptop dan turun ke bawah dan masuk ke bilik Ezact dan Lili.
Lili sedang solat Subuh manakala Ezact masih lagi tidur. Dia lompat ke katil Ezact selepas meletakkan laptop di meja sedia ada. "Assalamualaikum kak. Dah Subuh ke belum?"
"Ish Lili tengah solat. Nanti dia dah siap, kejutkan la aku." Ezact menarik selimutnya supaya menutupi tubuh badannya.
"Kau tak jawab lagi salam aku."
"Waalaikumussalam." Jawab Ezact lalu dia menggulingkan diri, tidak mahu layan Lynn.
Lynn menggeleng kepalanya melihat telatah kawannya itu. Dia duduk di katil Lili sementara menunggu Lili habis solat.
"Aku nak tukar baju." Kata Lili sebaik sahaja dia habis berdoa. Dia mencabut telekung lalu mula melipatnya. "So kau tunggu je lah kat luar, ambik yoga mat yang ada. Lagipun, aku kena kejut sleeping beauty kita ni ha." Lili menunjuk ke arah Ezact yang masih lagi dibuai mimpi.
Lynn mengangguk kepalanya lalu bangun dari katil dan mengambil laptop. Dia ke ruang tamu, di mana ada Ryan dan Aidan. Mereka sedang lepak di ruang tamu dengan fon di tangan.
'Huh? Ingatkan diaorang jenis tidur balik...' Bisik hati Lynn. Dia berjalan ke kerusi yang agak jauh dari mereka lalu duduk.
Ryan yang perasan kelibatnya bertanya, "Bua tapa bangun awal-awal? Nak pergi jogging?"
Lynn menggeleng kepalanya, tangannya sibuk mengikat rambut. "Nak buat yoga."
"Yoga?" Tanya Aidan.
"Haah." Kata Lili yang baru sampai di ruang tamu. Dia sudah pun dalam pakaian baju sukan, sesuai untuk melakukan yoga. "Saja nak jaga flexibility dan cari ketenangan."
"Tak tenang ke duduk serumah dengan kitaorang?"
"Ish bukan lah! Awal sangat untuk rasa serabut duduk serumah dengan korang." Cepat-cepat Lili nafikan dakwaan Aidan.
YOU ARE READING
7 Girls, 7 Boys (Completed)
RomanceGirls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama mereka. Dengan SPM hampir dekat, masalah demi masalah muncul. Boleh mereka tidak bercakar ayam? Boleh mereka mempertahankan cinta long last...