Fun fact tentang Carl Iskandar:
• 17 September 2000
• Keturunan Brazilian belah ibu
• Anak bongsu daripada 3 adik beradik
• Bertanggungjawab, Pandai melayan kanak-kanak, Dalam diam suka/mahu dimanjakan, Penakut, Friendly*Bahasa Cina yang digunakan daripada Google Translate jadi mungkin ada yang salah. Kalau tahu yang betulnya, boleh comment elok-elok. Thank you!
♡•♡•♡
"Jarang aku nampak kau pakai cheongsam." Kata Lili sebaik sahaja dia masuk bilik tidur dia dan Lynn.
Cheongsam yang dipakai Lynn bukanlah Cheongsam traditional yang ketat atau mempunyai belahan yang tinggi. Namun Cheongsam yang diubah suai untuk menepati cita rasa dan trend zaman moden.
Dress Cheongsam berwarna merah yang berhenti di lututnya. Bahagian skirtnya kembang sedikit seperti princess.
"Tuan empunya hotel ni Cina. Aku pun ada keturunan Cina, eloklah aku pakai baju tradisional orang Cina." Kata Lynn sambil menempek bedak di mukanya. "Boleh kau panggil Ana? Aku nak suruh dia tolong stail rambut aku."
Lili memanggil Ana.
"Asal- Oh my God!" Ana terus memegang bahu Lynn lalu memusingkan badannya 360 darjah. "You're so beautiful, cute, gorgeous and elegant!"
Lynn gelak. "Biasa-biasa je lah. Can you help me? Boleh buat rambut bun cantik-cantik tak?"
"Untuk kau, semua boleh!" Ana menyuruh Lynn duduk sementara dia mengambil sikat.
"Lili, kau tolong make sure budak lelaki pun siap-siap. Aku tak nak kita semua lambat."
"Alright, aku boleh whatsapp-"
"No, kau kena check. Dekat chat, kata je dah siap. Padahal mesti baru nak mandi. So, can you please check up on them?"
"Okeyhh~" Lili keluar dari bilik tidur mereka untuk ke ruang tamu. Di ruang tamu, hanya Fa Ra sahaja yang ada di situ, sibuk bermain dengan telefonnya.
"Fa Raaaaaaaa!" Ngomel Lili. "Teman aku pergi ketuk bilik budak lelaki jap?"
Fa Ra mengerutkan dahinya. "Untuk apa?"
"Lynn suruh. Nak make sure diaorang pun dah get ready."
Tak sempat Fa Ra hendak membalas, Lili sudah menarik tangannya untuk bangun. Dengan tidak rela, Fa Ra mengikuti Lili ke bilik sebelah: bilik jejaka.
Ting tong! Ting tong!
"Apa lagi- oh. It's you guys." Lucas membuka pintu bilik mereka dengan luas. "Masuk la."
Fa Ra baru mahu melangkah masuk tetapi bajunya ditarik Lili.
"No thanks. Masuk bilik lelaki sama dengan masuk sangkar penuh dengan harimau."
YOU ARE READING
7 Girls, 7 Boys (Completed)
RomanceGirls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama mereka. Dengan SPM hampir dekat, masalah demi masalah muncul. Boleh mereka tidak bercakar ayam? Boleh mereka mempertahankan cinta long last...