Bab 3

16.8K 734 24
                                    

Fun fact tentang Ezact Claire:

• 18 Januari 2000
• Keturunan Australian belah ayah
• Anak ketiga daripada 4 adik beradik
• Ice queen, straightforward dengan kata-katanya, jika dia mahukan sesuatu, dia akan terus melakukan/membeli, sayang akan kucing, tidak suka physical contact dengan orang yang dia tidak rapat, tidak tahan pedas

♡•♡•♡

Sudah sebulan berlalu sejak sekolah bermula. Begitu juga sudah sebulan berlalu sejak jejeka pindah ke sekolah girls.

Hubungan girls dan jejaka biasa-biasa sahajalah. Hanya Ana dan Fa Ra sahajalah yang rapat dengan jejaka dari kelas mereka. Yang lain seperti rakan sekelas biasa... kecuali Lynn dan Ryan.

Hubungan mereka berdua seperti... kuli dan tuan. Ryan selalu minta tolong Lynn untuk meminjam buku nota atau buku latihan Lynn. Apabila Ryan pulangkan, buku nota Lynn dalam keadaan kotor atau rosak. Namun, Lynn tak marah pun.

Ini menyebabkan girls yang lain rasa seperti ada udang di sebalik batu.

Jadi waktu rehat, girls memutuskan untuk menasihati Lynn.

"Lynn, kau tak geram ke dengan perangai si Ryan tu hah?" Tanya Ezact dengan terus terang.

"Itulah. Pinjam buku kau tapi bila bagi balik, dah rosak-rosak sikit." Sambung Lili.

"Alah sekali tu je."

"Sekali? He did it three times dalam masa hampir sebulan, mon dieu!" Kata Zahra.

"Aku yang bukan mangsa pun geram dengar." Kata Eve. "Kau tak rasa ada benda yang tak kena ke?"

"Tak sengaja la tu."

"Kan. Mesti dia suka kau weyh!" Kata Ana.

"Yep! Asyik pinjam buku kau je padahal boleh je pinjam buku orang lain." Sokong Fa Ra.

Lynn menggeleng kepalanya. "Manadalah. Dia kan budak baru, aku just tolong dia je." Lynn melihat ke jari-jemarinya. "Lagipun mana pernah lelaki suka aku."

"Ugh kau ni confident la sikit!" Marah Ana. "He probably likes you."

Lili menggeleng kepalanya. "Apa-apapun, kitaorang dah warn kau pasal dia."

"Kalau dia apa-apakan kau, tahu-tahulah siapa bunuh dia." Ezact menunjuk penumbuk.

Kriiiiiiiiing! Kriiiiiiiiing!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tamat. Mereka berjalan ke kelas bersama. Oleh kerana mahu ke kelas dengan cepat, mereka lalu kawasan tapak perhimpunan.

Semasa lalu di kawasan tapak perhimpunan, mereka terdengar gelak tawa beberapa orang lelaki.

Jejaka-jejaka!

"Apa yang diaorang buat tu?" Tanya Ana.

Lili memasamkan mukanya. "Boleh lagi lepak. Patutnya masuk kelas sekarang." Dia memandang Lynn. "Jom buat kerja."'

Lynn mengangguk kepalanya. Mereka berdua berjalan ke arah mereka, diikuti girls yang lain. Memandangkan jejaka sedang membelakangi girls, jejaka tidak perasan kehadiran mereka.

"Kelakar duh si Lynn tu!" Kata Ryan lalu ketawa.

"Kau ni lebih-lebih pulak." Aidan menyiku badan Ryan. "Tak baik ah."

"Nak buat macam mana? Nampak sangat si Lynn tu ada hati ke Ryan. Gunakan lah dia jadi kuli." Kata Lucas lalu dia minum air cola dari tin.

"Betul." Setuju Is. "Budak perempuan kelas aku semua takde interest ngan aku atau Aidan! Tak best langsung."

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now