Fun fact tentang Kim Fa Ra:
• 24 Oktober 2000
• Mix Korean-Melayu (Ibu Fa Ra orang Korea)
• Anak sulung daripada 2 adik beradik
• Minat Kpop dan Kdrama, Overthink, Bertanggungjawab, Mempunyai lesen motor♡•♡•♡
Sampai sahaja di hotel Zenith, Lynn, ibunya dan mak ciknya ke lobi, tempat di mana mereka akan berkumpul dahulu. Selepas semua sampai, baru mereka akan masuk ke dining hall hotel tersebut.
Di lobi, keluarga Ana dan beberapa keluarga jejaka sudah sampai.
Tetapi Lynn tidak kisah tentang jejaka. Yang dia kisah ialah Ana.
"Ana!"
"Lynn!"
Lynn berlari ke arah Ana lalu memeluknya.
"Oh my God, you look gorgeous babe." Puji Ana.
"Thank you, you look gorgeous too!"
Mereka berjalan ke arah sofa yang tersedia lalu duduk dan mula berborak.
Ana mengeluarkan fonnya lalu menunjukkan perbualan antara dia dan Zahra. "Aku dah whatsapp Zahra. Dia kata 10 minit lagi sampai dengan Lili."
"Lagi tiga orang tu?"
"Ezact tak jawab whatsapp aku." Ana memuncungkan mulutnya. "Eve dan Fa Ra dah nak sampai. Mentang-mentang rumah dekat."
Lynn menoleh ke pintu masuk lalu menarik lengan baju Ana. "Tu dah sampai sorang."
"Eve!" Ana melambaikan tangannya. "Sini, sini!"
Eve yang sedang berjalan bersama ibu bapanya meminta diri lalu berjalan ke arah mereka berdua. "Hello!"
Ana bangun lalu memeluk Evelyn. "Hello!" Dia memusingkan dirinya. "Ada perbezaan tak?" Tanya Ana dengan teruja.
Eve memandang Ana atas bawah lalu senyum. "Pakai heels. Nampak tinggi sikit dari biasa."
Lynn ketawa lalu bangun dari sofa. Dia memeluk Eve dengan meletakkan tangan kanannya di bahu Eve. "Tapi masih lagi pendek dari kitaorang hihi."
"Betul, tak banyak perubahan pun." Eve menjelir lidah, saja hendak bergurau Ana.
"Ish korang ni... dasar tiang lampu." Bisik Ana. Matanya memandang pintu masuk lobi hotel. Dia tersenyum. "Aku complain ke Fa Ra!"
Lynn dan Eve juga memandang pintu masuk lobi. Fa Ra dan keluarganya pun sudah sampai.
"안녕 (annyeong)(hello)." Sapa Fa Ra. Adiknya, A Fik berjalan di tepinya.
"Hello." Sapa Ana sebelum dia memandang A Fik. Dia menundukkan dirinya agar sama tinggi dengan A Fik. "Hensemnya A Fik malam ni. A Fik nak buat apa hencem-hencem gini?"
"Ikut noona la. A Fik tak nak pun ikut tapi omma tak kasi."
"Ceh, menipu!" Fa Ra menolak bahu adiknya. "Adik pakai kemas-kemas macam ni sebab nak ngorat Fasha."
YOU ARE READING
7 Girls, 7 Boys (Completed)
RomanceGirls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama mereka. Dengan SPM hampir dekat, masalah demi masalah muncul. Boleh mereka tidak bercakar ayam? Boleh mereka mempertahankan cinta long last...