Random facts about girls and jejaka:
1. Lynn dan Ana sangat sukakan pink, kebanyakkan barang mereka berwarna pink jadi kadang-kadang tertukar.
2. Ezact tidak pernah makan McDonalds, mamanya tidak membenarkan dia dan adik-beradiknya makan McD.
3. Keluarga girls bukan semua kaya, ada yang daripada keluarga sederhana.♡•♡•♡
"Baiklah, kamu semua tahu tak ada pelajar baru masuk? Meh cikgu ajak dia perkenalkan diri."
Alangkah terkejutnya Lynn dan Ryan apabila pelajar baru yang baru pindah itu merupakan...
"Hai guys! Nama saya Sophea Natrah binti Fariz Haikal. Boleh panggil saya Phea for short." Dia memandang Ryan. "Dulu saya sama sekolah dengan Ryan so kitaorang kenal each other."
Lynn dan Ryan memandang sesama sendiri. Psycho gila perempuan ni sampai pindah sini untuk bersama Ryan!
"Okay Sophea, awak duduk sebelah Lynn ye. Meja kumpulan dia sahaja yang kosong." Suruh cikgu tersebut. "Semua keluarkan kalkulator dan buku, harini kita belajar topik baru."
Sophea menarik kerusi di sebalah Lynn lalu duduk. Dia memandang Lynn lalu menghulurkan tangannya. "May we be best friends."
Tidak mahu nampak kurang ajar, Lynn menyambut tangan Sophea sambil mengangguk kepalanya. "Y-yeah..."
Sepanjang waktu pembelajaran, Lynn tidak dapat fokus. Sophea akan sibuk kacau dia dengan tanya itu dan ini sewaktu cikgu sedang mengajar. Apabila dia menjawab pertanyaan Sophea, dia melaporkan kepada cikgu yang Lynn sedang mengacaunya.
Mujurlah cikgu hanya menegur begitu sahaja dan tidak menghukum Lynn.
Bermula sahaja waktu rehat, terus Lynn blah dari kelas secepat mungkin. Tak mahu dia hadap perangai mengada Sophea. Dia menceritakan perihal Sophea kepada girls.
"Eeeeeeeee melampau la perempuan tu!" Marah Ezact.
"Aku dengar pun dah sakit hati." Sambung Eve.
"Memang sah dia datang sini sebab nak duduk dekat dengan Ryan. Gatal betul..." Kata Fa Ra.
"Kau abuse la kuasa kau sebagai pengawas." Hasut Ana. "Biar dia tahu supaya don't play-play with you."
"Ana! Engkau ni takde idea lain ke?" Marah Lili.
"Em aku tak tahulah. Balik nanti aku fikir lah." Kata Lynn.
"Let me help you! We can devise a devious plan to annoy her or kick her out of school muahahahaha!" Tawar Zahra.
Lynn menggeleng kepalanya sebelum dia bangun dari kerusi. "Aku jumpa junior kejap."
Selepas melambai tangannya, Lynn pergi mencari junior dia untuk memberi juniornya itu buku untuk dipinjamkan.
Dia jumpa junior tersebut di tepi padang bersama rakan-rakannya yang lain.
"Thank you kak Lynn!" Kata junior tersebut apabila Lynn menghulurkan buku rujukan Bahasa Inggeris.
"Your welcome. Jangan lupa jaga elok-elok, Jannah."
"Iyeeeee kak Lynn." Jannah baru sahaja mahu meletakkan buku tersebut dalam begnya apabila dia teringat sesuatu. "Kak Lynn tau tak, ada budak baru pindah ke kelas saya."
"Really? Samalah kita."
"Ish tapi bapak gedik minah poyo tu. Cara dia cakap tu macam um apa eh perkataan tu dalam Bahasa Inggeris? Look down? Ha macam tu."
Lynn mengerutkan dahinya. "Apa nama perempuan tu?"
"Tengku Vivian."
Tersedak Lynn dengan air liur sendiri.
YOU ARE READING
7 Girls, 7 Boys (Completed)
RomanceGirls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama mereka. Dengan SPM hampir dekat, masalah demi masalah muncul. Boleh mereka tidak bercakar ayam? Boleh mereka mempertahankan cinta long last...