Fun fact tentang Daniel Haze:
• 7 November 2000
• Keturunan Spanish belah ayah
• Anak keempat daripada 6 adik beradik
• Cepat perasan/ego tinggi, Suka kacau orang, Pemurah, Kuat jealous♡•♡•♡
Sudah sebulan lebih sejak girls dan jejaka tinggal bersama. Kecederaan pada kaki Ezact sudah sembuh, peperiksaan awal tahun pun sudah lepas.
Girls sedang lepak di ruang tamu manakala jejaka masih berada di masjid memandangkan hari ini hari Jumaat.
"Esok cuti, yeay yeay~!" Sorak Lili dengan gembira.
"Tapi sekejap sangat la seminggu." Ezact memuncungkan mulutnya. "Kedekut betul cikgu ni."
Fa Ra menepuk peha Ezact. "Eh bukan cikgu lah yang decide cuti berapa lama! Kementerian pelajaran yang decide. Sukati kau je salahkan cikgu."
"Kita dah plan nak pergi cuti kat Selangor kan?" Tanya Eve.
Lynn angguk. "Yep. First three days dekat Sepang, then selebih kat Shah Alam."
"Okay!" Zahra bangun dari sofa. "Teman aku pergi shopping petang ni, boleh?"
Ana mengerutkan dahinya. "Selalunya, tu line aku. Kau nak shopping apa?"
"Bae."
"Hah?" Terkejut girls mendengar jawapan Zahra. Sejak bila Zahra ada crush?
"Makanan la, macam tak biasa pulak."
"Ceh! Baik kau ajak orang lain... macam Zach." Cadang Eve.
"Kenapa Zach? Korang kan ada."
"Aduh minah ni pabo ke?" Tanya Fa Ra kepada Ana dengan perlahan.
Ana menjojngketkan bahunya. "Mungkin jugak, sebab tu tak perasan ada orang suka dia."
Dengan tidak sengaja, girls dapat tahu bahawa Zach ada hati dengan Zahra disebabkan Adam terlepas cakap apabila berborak dengan Ana. Ana pun, bagitahulah girls yang lain kecuali Zahra.
"Gi je lah dengan dia. Kan kita kena 'rapatkan' diri dengan jantan-jantan tu." Pujuk Eve.
Fa Ra mengangguk kepalanya. "Betul! Lagipun kau shopping makanan, kau angkut sepuluh beg plastic ha! Mana larat kitaorang perempuan yang lemah tapi ayu ni."
"Eee gediknya kau ni Fa Ra." Kata Ezact. "Bila masa kau perempuan ayu? Kau perempuan acah-acah kpop adalah!"
"Heih memang aku ala-ala kpop eh! Aku kan separuh korea, hish pabo chingu."
"Assalamualaikum!" Jejaka memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Mereka bertujuh berjalan ke ruang tamu.
"Oh korang semua ada sini. Senang nak bagitau sesuatu." Kata Daniel.
"Bagitau apa?" Tanya Lynn, dahi berkerut.
"Sebelum tu..." Zahra menarik baju lengan Zach. "Teman aku pergi shopping, please?"
YOU ARE READING
7 Girls, 7 Boys (Completed)
RomanceGirls + Boys = Hell. Apabila girls ditempatkan di sebuah banglo bersama jejaka, cinta dan benci tumbuh sesama mereka. Dengan SPM hampir dekat, masalah demi masalah muncul. Boleh mereka tidak bercakar ayam? Boleh mereka mempertahankan cinta long last...