Bab 13

12.6K 616 11
                                    

Fun fact tentang Alastair Zachary

• 4 April 2000
• Mix Canada-Melayu
• Anak ketiga daripada 4 adik beradik
• Pandai, Pemalu, Nerdy yang comel, Hardworking, Bercita-cita tinggi

♡•♡•

Keesokan pagi, Fa Ra dan Lili pergi berjogging bersama Lucas dan Aidan selepas menunaikan solat Subuh.

Tetapi bukan mereka berempat sahaja yang bangun awal pada pagi tersebut. Memandangkan hari ini mereka akan check-out dan ke Shah Alam, Ana dan Eve memutuskan untuk berenang di kolam renang hotel sementara Ezact dan Zahra akan berbasikal sekitar kawasan hotel bersama Daniel dan Zach.

"Waaaaa, kosong! Boleh kita conquer, Eve!" Sebaik sahaja mereka tiba di kolam renang, hanya ada beberapa pekerja di situ. Tiada orang lain selain mereka berdua. Mereka mengambil tuala yang disediakan khas untuk berenang lalu meletakkan barang mereka di atas meja yang kosong.

"Bagus la tu, takdelah siapa boleh tengok aku yang tak pandai berenang ni." Eve dan Ana mula memanaskan badan, tak mahu benda yang tidak diingini berlaku seperti kaki cram.

"Meh aku ajarkan kau."

Antara girls, hanya Ana dan Zahra sahaja yang pandai berenang. Yang selebihnya hanya pandai menyelam atau menerapungkan diri atas air.

"Ajar aku float je la, tu senang kan?"

"Boleh la." Mereka berdua berdiri di tepi kolam. "Tapi sebelum tu, jom terjun!"

Ana dan Eve berlari lalu terjun ke dalam kolam... namun apabila Eve naik ke permukaan, Ana sedang berdiri, perutnya dipegang sambil ketawa.

"HAHAHAHAHAA LAWAK LA KAU EVE!"

"Ana, bongok la kau nih!" Marah Eve. "Buat malu aku je terjun sorang-sorang!"

Ana sambung ketawa sebelum dia berhenti lalu mengambil nafas panjang. Dia kemudian lompat ke dalam kolam. Apabila dia naik ke permukaan, dia berenang ke arah Eve.

"Sorry, sorry. Cepat aku ajar. Cuba kau baring, try ringankan diri kau."

"Kejap, kalau tenggelam?" Ragu-ragu juga Eve dengan Ana kerana dia suka mengenakan orang.

"Tak, aku pegang. Janji."

Eve membelakangi Ana lalu menyandarkan dirinya pada badan Ana. Lengan Ana dipegangnya dengan kuat.

"AMIEFOHEBAVIMKVRW!!!" Eve baru sahaja mengangkat kakinya dari lantai, namun dia sudah mula tenggelam dalam air.

Ana menarik Eve supaya dia berdiri. "Eve, elok-elok lah!"

"Dugong mana pulak dalam kolam ni?" Tanya seseorang.

Mereka menoleh ke arah suara tersebut. Is dan Adam!

"Hoi! Kitaorang bukan dugong la!" Marah Ana.

"Kau orang buat apa kat sini?" Tanya Eve.

"Nak basuh baju." Is mencabut bajunya lalu jalan ke tepi kolam dan mencangkung sambil acah-acah basuh baju.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni Eve? Of course la untuk mandi." Jawab Adam.

Satu idea muncul dalam kepala Ana. "Is~" Panggil Ana dengan manja. "Tolong ajar Evie swimming boleh? Dia ni noob sangat la."

"Huh?" Eve memandang ke arah Ana dengan muka pelik. "Kau yang offer nak ajar aku."

"Boleh je." Kata Is. "Tapi kasi aku stretching dulu."

"Ana!" Eve menarik lengan Ana. "Aku nak kau yang ajar aku, bukan Is!"

"Ala Is kan pandai jugak berenang. Bagilah aku ngorat Adam."

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now