Bab 15

13K 615 43
                                    

Random facts about girls and jejaka:

1. Girls dan jejaka pilih roommates dengan bermain 'osom'.

2. Jikalau nampak lipas, Ryan, Is, Lucas dan Aidan akan melompat-lompat/berlari keluar dari bilik yang ada lipas, Adam dan Zach akan buat tak tahu atau menghalau lipas, Daniel akan jerit dahulu.

3. Antara girls, Ana dan Fa Ra akan bangun awal diikuti Lynn dan Eve. Lili akan bangun lewat pada hujung minggu. Ezact pula akan berjaga malam dan tidur lepas subuh manakala Zahra ada waktu tertentu. Kadang-kadang tak tidur langsung, kadang-kadang tidur lewat tapi bangun awal.

♡•♡•

"Ugh, tak puas la cuti seminggu." Rungut Ezact.

Seminggu cuti sudah berlalu. Bermakna mereka semua sudah kembali ke sekolah.

"Engkau memang." Kata Zahra.

Mereka sedang turun tangga bersama memandangkan sesi persekolahan baru sahaja tamat. Eve, Lili, Fa Ra dan Ana berada di tempat lain jadi mereka tidak dapat berjalan bersama.

"Korang balik dulu tau." Kata Lynn. "Aku dengan Lili ada mesyuarat pengawas so kena stayback.

"Korang balik naik apa?" Tanya Zahra.

"Dengan mama dia."

"Kau nak apa-apa tak? Kitaorang plan nak singgah kedai makan dengan jejaka."

Lynn menggeleng kepalanya.

"Oh, alright. Kitaorang balik dulu, bye-bye!" Ezact dan Zahra melambai tangan mereka lalu meninggalkan Lynn. Mereka berjalan bersama-sama ke pagar depan sekolah.

Di situ, girls yang lain termasuk beberapa kawan mereka sedang lepak sambil menunggu penjaga mereka tiba.

"Eyyo!" Tegur Zahra.

"Eyyo Zahra!" Sapa Anis, rakan sekelas Lili. "Lili kata dia stayback. Dia suruh bagitau incase dia lupa nak bagitau pagi tadi."

Sementara Zahra borak dengan Anis, Ezact pergi berborak dengan girls yang lain.

Zahra mengangguk kepalanya. "Tahu-tahu. Dia stay dengan Lynn." Zahra memandang ke arah Aina, rakan sekelas Eve. "Harini tak date, Aina?"

Aina menggeleng kepalanya. "Start minggu ni off dating. STPM kan nak dekat. So aku nak la bf aku tu sedar sikit and pergi study."

"Oh wow STPM huh? Pejam celik turn kita pulak untuk SPM." Kata Zahra.

"Bagus la Na. Kalau tak, tiap-tiap hari ber-sweet-sweet bawah jejantas tu." Anis menunjuk ke arah jejantas di luar pagar sekolah mereka.

"Betul-betul. Jealous aku!" Setuju Zahra.

"Eleh! Kau dengan Zach tu apa pulak?" Usik Anis.

"Aku dengan Zach? Kawan je."

"Eeeee yelah tu." Sampuk Aina. "Kau dengan Zach together." Aina menunjuk ke arah Anis. "Anis pulak dengan Izzu."

"Eeeeeeeeeeeeeew!" Kata Zahra dan Anis serentak.

"Woaaa! Kenapa ew ew ni? Ada lipas ke?" Tanya Zach yang baru sahaja tiba bersama jejaka yang lain. Hanya Zach dan Ryan pergi ke Zahra dan yang lain. Jejaka selebihnya pergi lepak bersama girls yang lain.

"Lipas? Mana-mana?" Ryan mula menginjit kakinya sambil memandang ke lantai.

"Ish kau takut lipas ke? Tak macho ah." Kata Anis kepada Ryan.

"Lynn berani, takkan kau tak berani?" Zahra ketawa sebelum menoleh ke arah Zach. 'Aku dengan Zach? Kawan je... takde pun perasaan suka... kan?'

"So nak gerak tak?" Tanya Zach.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now