PROLOG

2.2K 108 2
                                    

6 Oktober 2006, seorang pelajar wanita telah mati ditikam tepat pada rahim oleh seorang cikgu wanita. Kematian itu amat tragis lagi apabila cikgu wanita itu mati sehingga tulang belakangnya keluar dari mulutnya. Faktor kematian cikgu itu masih tidak diketahui. Kejadian ini dirakam oleh kamera pengawasan yang dipasang berhampiran dengan tempat kejadian. Kejadian ini berlaku di kelas tingkatan 5 kelas pertama di atas meja pelajar ke-31.

Pada 9 Februari 2007 meja pelajar ke-31 telah dialihkan ke stor perabot tetapi pada keesokan harinya meja itu ada di kelas itu semula. Hari demi hari meja itu dipindahkan hasilnya tetap sama. Maka meja itu dibiarkan dalam kelas itu.

Pada 11 September 2007 seorang murid pertukaran telah duduk di meja itu dan pada seminggu kemudian 4 orang rakan kelasnya mati dengan sangat tragis. Murid pertukaran itu mati pada hari lahirnya 5 Julai 2008 akibat kemalangan motosikal.

Pada tanggal 6 Oktober 2013,seorang murid pertukaran untuk tingkatan 4 telah memasuki kelas itu dan meletakkan sebuah buku nota kosong di atas meja itu dan keesokannya buku itu tertulis apa yang berlaku pada kelas itu dengan dakwat hitam yang baunya seperti darah. Murid pertukaran itu mati pada 5 Januari 2016 tarikh di mana pelajar pertukaran baru memasuki kelas itu menjumpai diari dalam meja pelajar ke-31

HarrisWhere stories live. Discover now