BAB 14:PERCUTIAN KELAS 02.5

873 56 1
                                    

Pada petang pertama percutian, Fared dan Azmi diminta oleh Cikgu Kamarul untuk membelikan sekotak rokok di kedai yang tersedia di situ. Azmi mengambil wang daripada Cikgu Kamarul.
Pada masa itu, terdapat sekumpulan budak kecil dalam lingkungan 8-10 tahun lalu di hadapan mereka bertiga. Salah seorang budak kecil itu berlalu dengan muka yang pucat. Fared menegur budak itu"Adik,kenapa dengan muka tu?",tetapi satu jawapan pun tidak diterima daripada budak itu. Budak-budak itu berlalu pergi menuju ke sebuah pokok. Fared mengejar budak itu apabila budak itu lalu dibelakang pokok, Fared mendapati sekumpulan budak itu hilang.

"Fared!!! Jom" panggil Azmi.

Fared dalam keadaan terpinga-pinga itu membuka langkah menuju ke arah Azmi untuk ke kedai. Fared terfikir adakah budak yang dia tegur itu ialah manusia atau makhluk lain? Dalam keadaan buntu tiba-tiba Fared terlanggar seseorang.

"Hoi, buta ka? Mata letak kat lutut ka apa?"

Rupa-rupanya orang yang dilanggarnya itu Iman. Hisyam di sebelahnya sambung cakap Iman.

"Tu lah,ponteng lagi. Kan dah tak nampak orang"

Fared berlalu pergi dari situ mengikut Azmi. Di kedai itu, Fared melihat keadaan sekeliling. Keadaan sungguh bising kerana ramai pengunjung. Azmi yang berada di kaunter telah mendapatkan sekotak rokok. Azmi melihat Fared dari kaunter dengan perasaan tidak puas hati.

"Percutian kelas nak pula datang,sekolah malas pula" kata Azmi dalam hati.

Di rumah percutian, ramai yang berkata tentang Fared yang sudah lama menghilangkan diri dan hari ini baru nampak batang hidungnya. Sehingga ada yang mengatakan dia tak patut wujud.

Kewujudannya pada hari percutian kelas itu membuatkan ramai yang berkata macam-macam. Namun, Fared seperti mengabaikan kata-kata mereka seperti yang berlaku sebelum ini semasa dia berlanggar dengan Iman.

Halim yang pada masa itu bersama dengan Nabila bercakap tentang Fared.

"Saya rasa Fared tu tak patut ada dalam kelas 5-1" kata Halim dengan sedikit perasaan marah.

"Kenapa Awak?"

"Sebab dia terukkan nama kelas dengan ponteng sekolah lah."

"Oh sebab tu ke,tak payah lah nak marah-marah"

Kembali ke tempat Fared, selepas selesai memberi rokok yang dibeli kepada Cikgu Kamarul Azmi dan Fared duduk di tepi tasik di sebelah rumah percutian mereka itu. Semasa sedang duduk itu, Fared tidak pernah membuka mulutnya. Azmi ketika itu sedang mengeluh kepenatan "Fuuuh...". Dia merebahkan dirinya di atas rumput. Fared disebelahnya berdiri katanya nak minum. Semasa berdiri itu,tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke tasik. Nasib baik jatuh di tebing sahaja. Dia mengapung-apungkan dirinya lalu melihat ke arah langit.

"Kan bagus kalau aku hidup bebas,tak ada sesiapa kacau" katanya dalam hati.

Fared pada masa itu ternampak Aiman sedang menenungnya dengan pelik sehingga Azmi memanggil Fared untuk naik. Tanpa berlengah Fared pun naik ke darat semula.

Pada waktu malam semasa melakukan aktiviti ringan,Fared memandang disebalik pokok pada petang tadi terlihat seorang budak yang ditegurnya. Budak itu memandangnya dengan mata yang tajam. Fared yang melihat mata budak itu mengalih pandangannya ke tempat lain. Aiman pada waktu itu sedang membelek-belek telefonnya terlihat Fared dalam keadaan yang pelik. Tiba-tiba Fared bangun dan masuk ke dalam rumah. Katanya nak melepaskan hajat. Dia membuka pintu rumah kumpulannya dan kelihatan tiada sesiapa kerana semua ada di luar. Dia perlahan-lahan melangkah menuju ke tandas. Dia berasa tidak sedap hati.

Aiman melihat kamera tersembunyi di rumah kumpulannya dan terlihat sesuatu di belakang Fared. Tidak lama kemudian Cikgu Aman memanggilnya untuk mengangkat sekotak air dari bas bersama Harris(adik).

Semasa memasuki tandas,dia melihat keadaan sekeliling dan nampaknya tiada apa-apa yang pelik. Dia melabuhkan diri di atas mangkuk tandas duduk. Tiba-tiba pintu diketuk tiga kali setiap lima saat.

"Knock knock knock"

Lampu tandas juga berkelip seiring dengan ketukan yang diterima oleh Fared. Tidak lama kemudian ahli rumah itu masuk ke dalam rumah.

"Hoi! Fared! Kau berak ke buat jamban" kata Hisyam dengan nada mengejek.

Dalam masa itu,Fared sedang berdiri terduduk semula di atas mangkuk tandas duduk. Semasa hendak duduk,tiba-tiba dia berada di luar rumah. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba Fared terlihat salah seorang murid kelasnya(lelaki) berlari menuju ke arah hutan. Fared dengan fikiran yang buntu mengekori kawan kelasnya itu.

Keadaan semakin gelap,dia sudah berada jauh di dalam hutan. Dia berjalan dengan perlahan-lahan dan terlihat salah seorang kawan kelasnya berada di depannya dalam keadaan membelakanginya. Fared menegur, "hei '...' kau buat apa kat dalam hutan ni seorang diri?"

Namun kawan kelasnya itu tidak menjawap pun soalannya. Fared mengangkat tangannya dan menyentuh kawan kelasnya itu. Pandangan dari hadapan, muka kawan kelasnya itu hancur dan tiada bentuk muka. Tiba-tiba Fared terdengar sesuatu dari belakangnya lalu dia memusingkan badannya ke belakang.

" wei '...' jom balik rumah"

Bila dia menoleh ke arah kawan kelasnya, sebuah mesin chainsaw dipegang oleh makhluk yang dikatakan kawan kelasnya itu telah memotong badan Fared. Fared menjerit dengan kuat,namun tiada satu pun suara Fared keluar dari hutan kerana bunyi mesin itu lebih kuat.

Bunyi chainsaw itu telah mengejutkan Aiman dan kemudiannya Aiman,Harris,Zeda dan Farra pergi ke hutan selepas 10 minit bunyi chainsaw itu hilang.

HarrisWhere stories live. Discover now