14 Jun 2016, jam 2330 di dalam rumah kumpulan perempuan 1.
Waktu ini pelajar perempuan masih belum tidur,sibuk dengan bergosip. Pada waktu itu, Janatun duduk di sebelah Nabila yang tengah bersembang dengan Halim menerusi telefonnya.
Hampir 30 minit selepas itu,seorang demi seorang terlena dibuai mimpi dan yang masih terjaga hanya Janatun dan Nabila.
"Bella, aku nak amik powerbank sekejap"
Nabila hanya mengangguk. Janatun menuju ke tempat di mana dia meletakkan begnya. Dalam beberapa langkah Janatun ternampak seseorang di dapur dan dia cuba untuk menjenguk perlahan-lahan.
"Atun!"
Nabila menepuk bahu Janatun dengan kuat. Janatun menoleh ke belakang dan melihat Nabila yang sedang melihatnya dengan senyuman.
"Bella..."
Janatun menoleh semula ke hadapan dan tiada sesiapa di dapur. Selepas itu,mereka mula masuk tidur.
2 jam kemudian...
*tumb* *tumb*
Bunyi pisau kedengaran di dapur... Pada waktu itu hanya Janatun sahaja yang mendengar bunyi itu. Dia cuba untuk mengejut Nabila tetapi tiada satu pun tindak balas daripada Nabila.Janatun memberanikan diri untuk melihatnya seorang diri.
Setelah dia berada di hadapan kawasan dapur, dia terlihat seseorang sedang memegang pisau. Janatun cuba untuk menyalakan lampu dapur sambil melihat suis lampu namun lampu dapur tidak menyala. Dia menoleh ke hadapan semula dan terkejut kerana terpampang wajah kawan kelasnya Wani yang sudah mati 4 bulan yang lalu dengan badan dipenuhi pisau. Tiba-tiba...
"Woi Atun!"
"Huh?!" Janatun tiba-tiba terkejut... dia melihat sekeliling dan dia dapati dia di dalam gua.
Mereka sebenarnya masih terperangkap di dalam gua dan sekarang mereka tengah berehat setelah 2 jam perjalanan mereka mencari jalan keluar. Pemandu arah mengatakan lagi 4 ratus meter sebelum mereka jumpa pintu keluar.
"Selepas ini,kita kena menggelongsor. Laluan gelongsor itu sangat bahaya. Silap langkah boleh mendatangkan bahaya. Lagi pun gelongsor itu tinggi jadi kena hati-hati. Kalau kita ada atlet boleh turun dulu untuk sambut yang lain" jelas pemandu arah.
Mereka memulakan perjalanan mereka semula. Hampir 2 kilometer dari pintu masuk gua utama mereka lalui dan mereka mengambil masa yang lama untuk berehat. Bekalan makanan dan air semakin sikit dan mereka tidak tahu berapa lama mereka boleh bertahan. Suhu badan mereka meningkat dan ada yang tidak mampu untuk berjalan lagi.
"Take 5! Uncle!" Seru pelajar perempuan yang tak larat meneruskan perjalanan.
Beberapa jalan keluar telah tertimbus jadi sebab itu mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menjumpai sungai dalam gua.
Mereka mengambil 1 jam untuk berehat sebenarnya kerana mereka selepas ini perlu mendaki sebelum menggelonggsor.
Adli seperti tak mempu bertahan kerana pendarahan yang agak teruk pada tepi perutnya. Cikgu Aman mencari sesuatu dalam begnya. Tiba-tiba dia terjumpa barang menjahit (bahan pembedahan).
"Adli,tolong bertahan. Hafizul, tolong dapatkan sebotol air mineral penuh"
"Baik cikgu"
Hafizul dengan segera mendapatkan air daripada yang lain.
Namun hasilnya...
"Cikgu...saya dapat separuh sahaja"
"Tak apa"
YOU ARE READING
Harris
HorrorMengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan satu ritual. Namun siapakah Harris yang dimaksudkan pada tajuk novel ini? Adakah dia pembunuh? Hero...