30 minit selepas kejadian yang mengerikan.
Mereka telah berhenti untuk berbincang tentang misi mencari jalan keluar dan menamatkan apa yang berlaku. Menurut Aiman, lembaga itu mengikuti Nabila sejak 5 bulan yang lalu selepas Halim dan Nabila keluar bertemu janji buat pertama kalinya.
"Jadi Nabila yang dengan aku..."-Halim-
"Nabila yang sebenar dan lembaga Anis itu ingin berdamping dengan Nabila" mesej Aiman.
"Berdamping untuk apa?"tanya Iman.
"Tak tau, mungkin Nabila dan Anis ada hubungan keluarga atau kawan" mesej Aiman.
"Weh Man,kau tak penat ker taip dekat telefon tu? Cuba cakap" tanya Hafizul yang sedang duduk bersandar di tiang gua.
"Tak penat taip tapi aku penat nak cakap" mesej Aiman lagi.
"Alasan" kata semua orang yang ada dekat situ.
Mereka mula bergurau dan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Ramai yang mula terlelap kerana kepenatan. Berada di dalam gua adalah satu perkara yang memenatkan dengan keadaan suhu yang tidak menentu.
"Baiklah Aiman, apa yang kita nak buat?" tanya Israk yang seperti tak sabar untuk menghentam lembaga itu.
"Pertama, sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa rapat. Kenal pasti siapa orang yang kita kenal hidup atau mati"mesej Aiman.
"Apa maksud lau kau yang kita kenal hidup atau mati?" tanya Iman.
"Anis akan guna susuk tubuh orang yang kita kenal untuk tarik kita dalam maut... selalunya dia akan guna kawan kita yang dah mati dan orang yang rapat seperti emak atau ayah kita"
"Oh macam itu, pandai juga dia permainkan kita" celah Syaza yang sedang meneguk sebotol air.
Yang lain melihat Syaza yang sedang minum.
"Apa?"tanya Syaza.
"Kau tahu tak yang kami sedang haus" jawap Iman.
Mereka sedang berjimat menggunakan air kerana bila mereka dapat keluar pun mereka tidak tahu.
Selepas 1 jam 30 minit berehat mereka mula menyambung perjalanan. Halim berjalan di sebelah Syafik yang sedang membelek-belek kameranya.Tiba-tiba dia tertunjuk gambar yang dia ambil semasa di puncak perjalanan di kawasan berangin di mana lembaga hitam bersama Nabila.
"Jadi lembaga hitam tu muncul dalam kamera kau eh? Sebab tu dari tadi kau tak nak bagi aku pinjam kamera kau" kata Halim.
Aiman hanya mendengarkan sahaja. Aiman masih tidak memberitahu tentang kamera tersembunyi miliknya yang telah merakam bermacam-macam.
Keadaan dalam gua itu tiba-tiba menjadi sunyi seketika dan kumpulan perempuan yang di hadapan kumpulan lelaki 2 berhenti.
Semua perempuan menjadi kaku seperti terlihat sesuatu. Aiman mengalihkan kameranya ke kamera milik Cikgu Aman di mana Cikgu Aman berada di hadapan perempuan.
Aiman yang lihat apa yang ada di hadapan berasa terkejut dan terkeluar sesuatu perkataan dari mulut Aiman.
"Woi,woi,woi..."
"Apa yang berlaku?" Semua kumpulan lelaki 2 tertanya-tanya.
Hijrah yang berada di belakang perempuan yang lain memusing kebelakang,
"Jalan mati...korang"
Semua lelaki yang tertanya tadi terkejut, baru 10 minit berjalan semula mereka menemui jalan mati. Aiman dan lelaki yang lain bergerak ke hadapan untuk bertanya sesuatu dengan pemandu arah.
"Uncle,apa ni jalan mati" rungut Hisyam
Pemandu arah melihat keadaan sekeliling lalu dia berkata.
"Saya pasti ini jalannya,saya pernah lalu di sini. Betul saya tak tipu""Habis apa yang kita nak buat sekarang ni?" kata Iman dengan perasaan yang sangat kecewa.
Aiman berjalan-jalan di sekeliling kawasan itu. Keadaan sungguh gelap dan ini membuatkan ramai sudah meremang bulu roma. Aiman berada di hadapan dinding gua 20meter di hadapan mereka yang lain menunjuk isyarat supaya dekat dengannya. Aiman meminta yang lain untuk bersandar pada dinding gua tersebut. Dalam 10 saat bersandar, muncul seorang perempuan berbaju kebaya di hadapan mereka. Hanya badan sahaja di hadapan mereka tanpa kepala. Di kawasan itu masih banyak stalagmit yang masih aktif dan telihat hampir 20 kepala perempuan yang tergantung.
"Wei,apa ni wei!!! Aku tak nak mati" kata Syaza.
"Diam lah Syaza" Mazuin bersuara.
2 minit kemudian lembaga itu hilang. Semua berasa lega seketika. Tiba-tiba Farra merasakan ada lubang yang besar di belakangnya.
"Wei! Ada lubang"
"Itu pintu nak keluar dari sini cepat masuk. Masuk kaki dulu baru kepala."kata pemandu arah.
Mereka semua segera memasuki lubang itu dan Mazuin merupakan orang terakhir. Sebelum sempat kepalanya masuk ke dalam lubang itu,lembaga tadi muncul dan memusingkan kepala Mazuin sehingga putus. Mereka yang lain melihat apa yang menimpa salah seorang ahli kelas 5-1 itu. Badan Mazuin menggelongsor ke arah mereka. Kepalanya dipakai lembaga itu sebagai kepalanya.
Mereka mengalirkan air mata walau apa pun yang berlaku kepada yang mati,mereka perlu mengabaikannya dulu.
"Lembaga tu seperti yang terukir pada perjalanan awal kita masuk ke gua" mesej Aiman kepada pemandu arah.
"Betul tu" jawap pemandu arah.
"Saya rasa tak sedap hati nak teruskan perjalanan"mesej Aiman
"Kenapa?" kata pemandu arah.
Mereka sedang berada di kawasan sungai. Aiman perlahan-lahan bergerak ke kawasan kering. Aiman menunjukkan isyarat supaya senyap dan jangan buat pergerakan pelik dan bergerak ke kawasan yang kering dan malapkan lampu.
Aiman tidak dapat memberitahu apa yang terjadi. Cikgu Aman bergerak ke arah Aiman yang sedang duduk.
"Kenapa ni?"bisik Cikgu Aman.
"Saya tak tau sama ada yang saya lihat itu lembaga hitam atau pun benda yang sebenar" kata Aiman dengan senyap-senyap.
"Apa benda?" bisik Cikgu Aman lagi.
"Anjing,rupanya seperti apa yang terukir pada dinding gua yang kita lihat pada awal perjalanan. Kita kena serang lembaga itu sebelum kita diserang"
"Baik lah,apa idea kamu?"
"Dia baring tertidur di atas batu,kalau kita dapat umpan dia masuk dalam sungai kita renjatkan dia guna benda ini"
"Pistol renjatan? Okay cikgu faham"
Cikgu Aman mengarahkan yang lain supaya tidak memasuki sungai. Cikgu Aman dengan beraninya menyalakan lampu dengan sangat terang dan mereka terlihat anjing di atas batu.
Cikgu Aman membaling batu ke arah anjing tersebut, dan seperti yang dirancangkan anjing itu bangun dan berlari menuju ke arah Cikgu Aman. Cikgu Aman berlari di tepi tebing sungai dan kemudiannya dia menyeberang. Namun anjing itu berhenti di seberang sana sahaja.
"Kenapa dia berhenti?" kata Cikgu Aman.
"Dia lembaga hitam,dia tahu rancangan kita" kata Aiman sambil tersenyum.
"Aiman?" Cikgu Aman tertanya-tanya kenapa Aiman tersenyum.
Tiba-tiba Aiman membaling sesuatu ke dalam sungai.
Yang lain tertanya-tanya apa yang Aiman lakukan. Dalam beberapa saat kemudian buih terbentuk pada permukaan sungai itu dan kemudiannya mengeluarkan asap yang sangat banyak.
Cikgu Aman tahu bahan yang Aiman baling itu.
"Semua jangan hidu asap ni!" arah Cikgu Aman.
Mereka cepat-cepat beredar dari situ namun anjing itu tetap mengejar mereka. Aiman membaling sesuatu lagi ke arah anjing itu dan kali ini merupakan mercun. Mercun itu meletup di hadapan anjing itu. Mereka terhenti seketika dan melihat anjing itu dah hilang...
Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu di hadapan mereka...
YOU ARE READING
Harris
HorrorMengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan satu ritual. Namun siapakah Harris yang dimaksudkan pada tajuk novel ini? Adakah dia pembunuh? Hero...