4 Januari 2017, seorang murid baru memasuki kelas kami. Nama dia...
"Nama aku NurHalim. Boleh panggil Halim"
Kami melihat dia, dia mempunyai rupa paras orang bandar,berambut panjang dan berkaca mata.
"Baik lah Halim,kamu duduk di sebelah Aiman" kata guru kelas kami
Aiman seorang yang pendiam,dan kepintaran dia dari sudut sains dan teknologi dan juga pelajar ke-11. Dia susah untuk dibuat kawan.
Kami melihat Halim berjalan ke arah tempat duduk barunya. Kami amat terkejut apabila Aiman bersuara dengan Halim.
"Nama aku Aiman Iqmal,selamat berkenalan"
"Selamat berkenalan Aiman"
Kami menganggap adakah ini satu keajaiban yang Aiman bercakap dengan orang.
Selepas daripada itu,kami memulakan pembelajaran seperti biasa.
*KRINGGGG!!!*
Masa menunjukkan waktu rehat. Kami bercadang nak berkawan dengan Halim.
"Yo, Halim!"
"Yo!"
Kami rasa dia ni seorang yang formal jadi tak ada masalah untuk kami untuk berkawan. Jadi kami pun memperkenalkan diri...
"Aku Israk,selamat berkenalan"
"Aku pulak Hadi"
"Aku Hisyam, selamat berkenalan"
"Selamat berkenalan korang"
Dari segi percakapan dia memang budak bandar.
Tiba-tiba dia bertanya kepada kami..."Kenapa Aiman tu senyap?"
Maka Israk jawap "Dia tu memang macam tu senyap,tapi dia pandai"
Selepas itu kami bersembang minat masing sehingga...
*KRINGGG!!!* Loceng tamat rehat pon berbunyi.
Pada hari itu sangatlah meriah dengan kedatangan Halim sehingga lah esoknya...
"Halim! Apa kau buat kat meja ni!" Kata Israk.
"Aku nak cari buku teks jer"
Semua rakan kelas memandang ke arah Halim dengan muka ketakutan kecuali Aiman
"Halim kau jangan cari apa-apa benda dekat meja ni"
"Kenapa?"
"Errr... apa-apa pun jangan cari barang dekat meja ni ingat!" Israk tidak tahu nak terangkan...
Dalam kelas kami ini terdapat 31 meja dan meja yang ke-31 ini diasingkan kerana ada sebuah cerita yang tidak dapat dikenal pasti kebenarannya. Walau bagaimana pun kami memutuskan jangan cari barang di meja itu.
Selepas tamat waktu sekolah, semua telah melangkah keluar kecuali Halim. Halim mengambil keputusan untuk lihat apa yang ada di meja itu. Dia belek-belek dalam meja dan terjumpa sebuah...
"Diari? Alah ini ke yang dorang takut sangat nak aku tahu"
Semasa Halim membuka halaman pertama diari itu dia terlihat seekor lembaga melihat dia dari arah pintu belakang. Dengan pantas dia berlari bersama buku itu.
Sesudah sampai di rumah,dia melihat isi kandungan buku itu. Ia tertulis...
"4 Januari 2016, pelajar pertukaran memasuki kelas aku. Aku lihat dia tidaklah seperti orang yang jahat"
Dalam hati Halim "Siapalah yang tulis ni"
Lalu dia membuka muka surat sebelah...
"5 Januari 2016, ***** datang ke meja pelajar ke-31. Aku harap roh jahat pelajar itu tidak mengacau dia..."
"Eh? Roh jahat?" Halim meneruskan membaca...
"...Aku tak sangka dia kembali ke kelas selepas waktu balik. Aku terlihat dia mencari sesuatu di dalam meja ke-31. Aku terlihat roh jahat sedang menunggunya,jadi aku tiada pilihan untuk bagi buku ini kepada dia seperti mana aku buat pada murid tahun yang lalu"
*campak buku*
" Apa ni?! Roh jahat? Aku tak faham lah"
Pada malam itu,hati dia rasa tidak tenteram. Dia tidak mampu tidur dengan nyenyak.
Pada keesokannya,
"Apa?! Hafizamin mati? Kenapa?"
"Aku rasa ini kes Halim tu amik sesuatu kat meja tu lah"
"Kita kena jauh kan diri dari dia"
Setelah Halim mendengar khabar itu dia terkedu... dia rasa baru semalam dia tanya Hafizamin apa yang berlaku dekat kelas kami.
"Macam mana semua ni boleh terjadi? Aku ke yang bunuh dia?" Kata Halim dalam hati
Aiman yang melihat Halim seperti itu rasa seperti tiada apa-apa...
"Roh jahat tak ada hak nak amik nyawa dia hanya bermain dengan psikologi kita sahaja sehingga berlaku sesuatu" kata Aiman.
Walaupun Aiman berkata begitu, dia rasa kecewa dengan apa yang telah dia buat.
YOU ARE READING
Harris
HorrorMengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan satu ritual. Namun siapakah Harris yang dimaksudkan pada tajuk novel ini? Adakah dia pembunuh? Hero...