BAB 8:KEBENARAN 02.5

988 51 6
                                    

12 Februari 2017

Halim melihat Aiman dalam perjalanan untuk keluar daripada kedai. Dia terlihat ada seorang lelaki di pintu kedai tersebut. Tiba-tiba Halim ternampak Aiman berlari keluar daripada situ. Seperti yang dia lihat ada sesuatu yang lelaki itu inginkan daripada Aiman. Perasaan kecuriganya semakin kuat dalam hatinya. Dia rasa ingin mengekori Aiman tetapi Aiman menuju ke pintu keluar dan dia terpaksa lihat apa yang berlaku di tingkat atas.

Dalam perjalanan dia ke tingkat atas dia terlihat Nabila sedang menunggu di belakangnya

"Awak! Apa yang awak buat dekat kedai bawah tadi"

"Saya perhatikan Aiman! Ya, Aiman. Kalau awak nak tau di berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ni"

"Oh ya ke? Ingankan awak nak cari pengganti saya"

"Mana ada. Dah lah jom kita naik tengok apa yang berlaku" lalu Halim menarik hujung lengan baju Nabila.

Semasa di tingkat atas iaitu tingkat 3,mereka terlihat ramai orang berkumpul dan kelihatan polis ada memasuki kedai alatan dapur. Polis itu mengluarkan seseorang yang ditutupi mayatnya dengan plastik hitam. Halim terlihat Israk,Hadi,Iman dan Hisyam lalu dia bertanya kepada mereka.

"Korang apa yang berlaku?"

"Kau nampak mayat tu? Tu mayat Wani. Ada rak pisau jatuh atas dia" kata Hadi dengan nada berbisik

Sementara ramai orang menumpukan perhatian apa yang berlaku di kedai itu, Nabila melihat kawannya,Nasya daripada kelas 5-3 sedang berjalan-jalan di tingkat empat. Pada masa itu, Farra yang turut sama dengan Nasya terlihat lembaga seperti Khairina yang dalam keadaan kayu tercucuk di leher menolak Nasya ke tepi penghadang kaca (realitinya yang dilalunya adalah kawasan licin) jatuh dan penghadang kaca pecah dan dia terjatuh ke bawah. Di bawah(Ground Floor) ada promosi jualan kereta, Nasya terjatuh di atas salah sebuah kereta daripada 3 kereta. Badan dia menembusi bumbung kereta itu dan perutnya pecah selepas menghempap bumbung kereta. Kepalanya patah ke belakang.

12 Februari 2017(sebelum kedatangan Aiman)

Nasya telah datang ke sekolah untuk mengambil barang Janatun yang diminta oleh Janatun sendiri. Sebelum dia per meja gi selepas mengambil barang itu, dia telah mengata tentang  ke 31.

"Kalau aku,tak ingin masuk kelas ni,dah lah ada sumpahan. Meja belakang tu bela saka kot"

Dia telah terima balasan yang berkali ganda.

Setelah kejadian itu, Halim terlihat apa yang berlaku seterusnya di belakangnya.2 kematian telah berlaku membabitkan sumpahan. Dengan apa yang berlaku ini Halim bercadang untuk melakukan penyiasatan tentang apa yang berlaku. Dia meminta Israk,Hadi,Iman dan Hisyam untuk datang ke rumahnya.

Semasa perjalanan pulang,Halim melihat Nabila sedang muram. Halim ingat yang dia nak belikan baju untuk Nabila lalu dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Awak? Kenapa ni?"

"Awak lah,kata nak belikan baju untuk saya"

"Maaf lah.Tak apa saya ada ni untuk awak" sambil Halim menunjukkan tiket taman tema air.

"Wah, sayang awak!" Nabila tersenyum lebar.

Pada waktu itu,Halim menghantar Nabila supaya dia tak nak merisaukannya apa yang Halim akan lakukan.

Sementara di kediaman Halim,

"Terima Kasih,mak cik!"

Israk,Hadi,Hisyam dan Iman sedang menjamu makan malam sementara menunggu Halim pulang.

Jam menunjukkan 9.00 malam, Halim baru pulang daripada rumah Nabila.

"Adik! Kenapa lambat balik?! Kawan kamu menunggu kamu sampai tertidur tahu tak?"

"Adik makan malam dekat rumah Nabila tadi, tertidur dekat sana pula"

Selepas itu, Halim mengejutkan kawan-kawannya untuk berbincang sesuatu.

"Korang,aku nak kita siasat sesuatu"

"Apa yang kau nak siasat Halim"-Israk-

"Aiman, kita akan siasat pasal Aiman"

"Kau tak ada orang lain ke nak siasat,Aiman tu dah lah pendiam"-Iman-

"Sebab dia pendiam lah aku nak siasat. Sejak kematian Maimun, dia dah jarang tegur aku. Mesti ada sembunyikan sesuatu"

"Tapikan kenapa dia nak sembunyikan benda tu bukan kau kawan baik dia ke?"-Hisyam-

"Entahlah, selepas balik dari berkelah Zeda asyik dekat dengan Aiman jer. Korang perasan tak?"

"Perasan lah juga" kata mereka berempat.

"Masa lepas berkelah tu, aku ikut dia. Dan masa tu dia ada bersama dengan Zeda lalu depan rumah lama. Aku nampak Aiman seperti ada bercakap dengan sesuatu dekat depan rumah lama tu"

"Kau cakap elok-elok sikit, dah malam ni. Takut pula aku nak balik sebab rumah aku kena lalu rumah lama tu"-Hadi-

"Tak apa,korang balik esok jer. Aku rasa tak sedap hati korang balik malam-malam ni"

"Jadi apa yang kau nak buat sekarang?"-Israk-

"Kita akan buat kumpulan untuk siasat tentang Aiman dan Zeda"

Pada waktu yang sama, Aiman melihat kamera yang dipasangnya di rakam kelas 5-1. Dia terlihat Harris sedang duduk di meja ke 31 dan di pintu belakang terlihat susuk tubuh perempuan yang mati iaitu Anis sedang melihat Harris. Harris membuka mulut dan katanya tidak dirakam.Dalam beberapa minit kemudian Anis hilang dari kamera.

Kini dua entiti yang berbeza telah tercipta. Halim mencari kebenaran tentang Aiman manakala Aiman mencari kebenaran tentang sumpahan.

"Mati dalam ketentuan,bukan dalam dendam"
-Harris-

HarrisWhere stories live. Discover now