BAB 7:KEBENARAN 02

1K 49 4
                                    

12 Februari 2017,

Satu kematian telah berlaku di pasar raya, mangsa kematian berikut ialah Wani. Dia mati di kedai alatan dapur di tingkat 3. Pada waktu itu,Wani meneman Hijrah membeli alatan dapur. Hijrah yang ada di situ terkejut melihat kawan baiknya mati. Wani telah ditusuk dikawasan yang memaparkan pisau-pisau. Pisau-pisau itu tergantung di rak dan secara tiba-tiba kaki rak itu patah. Wani yang ada di hadapan rak itu tidak dapat lari.

Badan Wani telah ditusuk dengan berdozen pisau yang berlainan mata, ada yang seperti mata pisau biasa,bergerigi dan saiz pisau yang tebal.

Pada masa yang sama, Aiman terlihat Harris di depan pintu dalam keadaan yang sedih. Aiman terkaku apabila Harris memanggil namanya. Aiman menjadi serius dan berlari dari situ. Harris mengangkat tangannya untuk menangkap Aiman tetapi Aiman mengelak.

Di kediaman Aiman,

"Apa yang Harris nak daripada aku? Kenapa dia menangis?"

Tiba-tiba Zeda datang ke rumah Aiman bersama Farah yang kebetulan nak berjumpa dengan Aiman.

"Zeda? Farah? Ada apa datang ni?" kata Cikgu Aman dengan rambut yang serabai seperti baru bangun daripada tidur.

"Kami nak jumpa Aiman" jawap mereka serentak.

"Kalau macam tu, masuklah, cikgu panggil kan Aiman"

Mereka memasuki rumah Aiman dengan tanda tanya. Tidak lama selepas mereka masuk, Aiman keluar dari biliknya. Aiman menulis mesej pada telefonnya.

"Ada apa?"

"Aiman!" Kata mereka berdua serentak

"Eh? Farah kau cakap lah dulu"-Zeda-

"Baiklah, pagi tadi masa aku keluar rumah, aku ternampak Wani dengan Hijrah naik motor dan aku ternampak lembaga seperti Amin menolak motor dorang. Dekat leher lembaga tu terjuntai kabel elektrik" jelas Farah

"Nampaknya kau pun ada 'sixth sense' seperti kitorang"-mesej Aiman

"Eh?! 'Sixth sense'?!"-Farah-

"Baiklah aku pula, Aiman masa kau pasang pepijat dekat kelas 5-2 dengan kelas 5-3 aku nampak Harris memerhatikan kau dari luar dan kali ni dia tak ada bayang"

"Aku tak perasan pun ada sesiapa tengok aku pasang pepijat"-mesej Aiman-

Farah yang dengar perbualan mereka berdua rasa pelik. Tiba-tiba Cikgu Aman menyampuk.

"Harris? Ada ke classmate korang nama Harris?"

Cikgu Aman yang merupakan guru kelas mereka tidak tahu pun yang ahli kelas mereka ada nama Harris.

"Betul tu cikgu, siapa Harris?"

Keadaan semakin merunsingkan apabila Farah juga berkata benda yang sama. Tidak lama selepas itu Aiman teringat akan nota daripada Harris. Aiman mengeluarkan nota itu daripada poketnya. Nota yang pertama itu tertulis, "Kepada Aiman, maafkan aku. Aku harap untuk berjumpa kau sebelum terlambat" dan nota kedua tertulis "Aiman tolong aku, aku minta tolong sangat" dan kedua-dua nota ini tertulis nama Harris.

"Cikgu memandangkan Farah menghadapi benda yang sama seperti kami berdua boleh cikgu bagi dia tentang apa yang berlaku?" kata Zeda selepas lihat Aiman seperti termenungkan nota itu.

"Baiklah Zeda. Farah, ini rahsia antara kita berempat. Jangan bagi tahu sesiapa"

Farah hanya menganggukkan sahaja.

"Baiklah. 6 Oktober 2006 kes pembunuhan telah berlaku di kelas 5-1. Pada waktu itu adalah waktu tamatnya peperiksaan besar. Seorang murid perempuan telah masuk ke kelasnya. Dia melakukan sesuatu seperti pemujaan. Dia telah mengambil sebilah pisau dan menoreh di atas bahagian dada dan darahnya dititiskan di meja yang ke 31 dan meja itu bukan lah meja dia tetapi salah seorang pelajar yang dah lama meninggal. Rasanya namanya Ha... entah cikgu tak ingat. Pada masa itu,seorang cikgu perempuan yang merupakan kekasih cikgu telah memasuki kelas itu. Dia telah terlihat apa yang pelajar itu buat. Secara tiba-tiba, kekasih cikgu itu berubah personaliti. Dia telah merampas pisau daripada pelajar itu lalu menoreh muka dan di mata pelajar itu dengan perlahan-lahan. Pelajar itu menjadi buta dan kekasih cikgu menikam pada rahim pelajar itu dengan 16 tikaman"

"Biar betul cikgu"-Farah-

"Tak lama selepas itu, kekasih cikgu rasa yang dia tak buat perkara itu lalu dia membunuh diri. Sejak hari itu,dikatakan ada sumpahan pada kelas kita itu. Mayat pelajar perempuan itu tertulis perkataan HARRI... pada tempat yang dia toreh pada awalnya. Aiman kata rupa perempuan tu..."

"Kekasih abang angkat aku. Nama abang angkat aku bernama Harris. Dia mati pada awal bulan September 2006 akibat digilis lori ayam" kata Aiman

"Aiman kau bercakap" kata Farah

"Huh?! Eh?!" Aiman bertukar kemerahan.

"Dia akan cakap bila dia dah lalai" jelas Cikgu Aman

"Jadi cikgu,apa yang berlaku selepas itu?"-Farah-

"Kematian terus berlaku di kelas kita sehingga tiada siapa melanggar peraturan. 2 tahun lepas tak silap, ada seorang murid meletakkan sehelai kertas di atas meja ke 31 dan pada esoknya ada tulisan yang tertera di kertas itu. Cikgu tak ingat kertas tu tertulis apa, sebab murid tu bagi tahu cikgu. Dan dia tak mati sebab dia ada buat sesuatu di meja tu sepanjang dia bersekolah"

"Oh, mungkin kita tahu apa yang kita boleh buat bila kita jumpa dia kan?"-Farah-

"Tak,dia sudah mati pada awal tahun tadi dan sebenarnya pemujaan yang dilakukan itu tidak sempurna dan tergantung"-Cikgu Aman-

"Begitu kah....cikgu? Siapa nama pelajar perempuan tadi tu?-Farah-

"Nama dia ANIS" kata Aiman dan Cikgu Aman dengan serentak

Sejak hari itu, Farah menjadi rakan untuk menyelesaikan misi.

HarrisWhere stories live. Discover now