BAB 22: GILA 01

479 28 2
                                    

Seminggu selepas kejadian Ayu mati tergantung,pelajar-pelajar kelas 5-1 mula rasa resah dengan apa yang sudah terjadi. Zeda dan Farra sudah hilang dan hanya Aiman sahaja sedari. Dari situ Aiman tidak mahu memberitahu kepada semua orang apa yang telah berlaku kepada dirinya.

Halim kelihatan sangat tertekan. Dia nekad untuk menamatkan segala-galanya dan ingin menyelamatkan cinta sejatinya,Nabila. Sebelum ini,Halim tidak mengaku yang dia masih mengingati Nabila namun dia ingin merahsiakan seperti mana Aiman merahsiakan kehilangan Zeda dan Farra pada waktu itu.

***

Jam berdetik dan menunjukkan 10 pagi, Cikgu Aman menunjukkan riak wajah yang tak pernah dilihat oleh orang lain termasuk Aiman. Wajahnya merenung tajam tepat pada muka Halim. Seperti ada perasaan yang tidak puas hati.

Dengan perlahan-lahan Cikgu Aman bangun dan menuju ke arah Halim.

"Halim..."

"Ya,ada apa cikgu?"

Tanpa berkata apa-apa, Cikgu Aman menampar Halim sekuat hati. Tiada penjelasan kenapa Cikgu Aman menampar Halim. Namun, Cikgu Aman berbisik di telinga Halim.

"Disebabkan kau,kami lebih merana dan disebabkan kau, dia dah mula mengacau kita semua"

Bisikan itu dilemparkan dengan nada yang perlahan dan penuh erti yang membuatkan Halim terkedu.

Mereka yang lain hanya melihat apa yang berlaku.

Aiman bangun dari tempat duduknya,lalu Aiman meminta izin untuk keluar. Namun Cikgu Aman tidak mendengar kata-kata Aiman itu. Aiman berlalu keluar...

***

Ketika Aiman keluar dari makmal, Aiman terlihat sesuatu disebalik pagar sekolah. Terdapat bayangan dia dan ahli rombongan ke gua. Semuanya dalam keadaan pengsan di dalam air sungai yang cetek. Namun di dalam bayangan itu cuma Zeda dan Farra sahaja yang terjaga. Aiman mendekati dirinya ke dinding namun bayangan itu semakin pudar. Lama-kelaman bayang itu hilang.

"Hoi,keluar lah"

Aiman memanggil supaya bayang itu menjelma semula. Namun usahanya itu sia-sia sahaja.

***

Selepas habis waktu sekolah, Cikgu Aman memanggil Halim ke dalam makmal. Pada ketika itu, Halim seperti tahu apa yang Cikgu Aman inginkan.

Cikgu Aman mendekati Halim, lalu melepaskan satu tumbukan di perut Halim.

"Kau sepatutnya tak perlu datang ke sekolah ini"

Satu lagi tumbukan dilepaskan

"Kalau kau dengar peraturan kami, benda ini tak jadi"

Cikgu Aman menumbuk muka Halim sehingga berdarah.

"Sepatutnya kau yang mati"

Sekali tumbukan, Halim rebah ke tanah.

Muka Halim berlumuran darah. Cikgu Aman tidak dapat mengawal dirinya lagi. Disebabkan Halim dipindahkan ke kelas 5-1, segalanya berubah menjadi teruk.

Cikgu Aman menangis tak berhenti selepas apa yang dilakukannya.

"Maafkan saya,saya tak patut buat macam ini"

Cikgu Aman melafazkan kata-kata maaf kepada Halim. Dia tahu ini salahnya selepas menumbuk Halim sehingga dia dalam keadaan yang teruk.

"Maafkan saya,juga cikgu. Kalau saya tak kacau tempat duduk itu, semua ini tak jadi"

Halim juga turut menyesal atas perbuatannya lalu.

***

Aiman sibuk membelek telefonnya kenapa mesejnya tak sampai kepada Zeda dan Farra. Dalam kesibukan itu, Harris tiba-tiba menjelma di hadapan Aiman.

"Huh?!"

Aiman terkejut dengan situasi itu.

Harris(Abang) menyampaikan satu mesej yang dunia yang mereka duduk sekarang hanya mimpi yang direka Anis dan Adiknya yang telah lama meninggal dunia yang menghantui asrama ketika masa dulu.

Aiman tidak sangka Hantu Domino itu ialah adik Anis. Aiman dapat memastikan yang keluarga Anis ini ialah keluarga ajaran sesat.

Harris menyatakan cara untuk keluar dari mimpi ini hanya perlu sedarkan diri. Zeda dan Farra tak mampu untuk sedarkan orang yang telah dibuai mimpi Anis.

Tak lama kemudian Harris menghilangkan diri.

"Aku kena cari cara untuk sedar"

***

Keesokannya Hafizzamin didapati terlantar di depan pintu pagar sekolah dengan darah yang berlumuran seluruh badan. Seseorang dibelakang bayang memegang sebilah pisau yang telah membunuh Hafizzamin.
Lalu dia pun menghilangkan diri.

Tak lama kemudian, badan Maimun dijumpai dengan isi kepala yang berterabur dan badannya terpusing 360 darjah.

Dan juga badan Wan yang dikerat 20 sehingga najisnya di masukkan ke dalam mulutnya.

Pelajar 5-1 yang lihat perkara itu merasakan permainan Anis sudah bermula.

Aiman mendapati salah seorang daripada orang yang dia kenali tidak ada di situ. Apabila Aiman melihat terus ke tandas, dia...

"Apa yang Anis buat dengan dia...Pisau itu..."

Aiman berasa sungguh terkejut selepas melihat orang yang dikenalinya dengan roh Anis.

Anis tersenyum lebar dan orang yang Aiman dikenali itu berwajah serius sambil menjilat pisau yang pernah menjadi lambang pembunuhan Anis.

HarrisWhere stories live. Discover now