BAB 10:HARAPAN

940 53 0
                                    

Ghost of a Smile by Egoist

Look up, to the sky
Today is surprisingly so bright
Wouldn't you mind
to take a walk with me?
I want to make up with you
That's what I've told you

But with such a face I've never seen,
You pretend not to know
I'd like to apologize
to make you so angry
By the way,
I wonder why, just now
You've been crying all the time

As if, I'm not here anymore
Always like that,
You're so mean
Tightly grasp our united hands
But still,
You never notice my existence

Hey, listen to me
I need to tell you something,
As long as we live,
we also have one or two little mistakes
No need to concern about that
Anytime, I'd be there for you

But
if you still can't be satisfied
I'll pinch your cheeks,
and if you do that to me so
then I'll go
I need to tell you,
it's a little bit embarrased but
I love you

And then, if I'm not here anymore
I believe, you can live by yourself
Wipe your tears, head up
I'll always pray
for your future happiness

No need to force a smile
for my sake
So, no need to cry
for my sake
Soon, time will heal you
and make this moment
into a story of the past

Because today is surprisingly so bright
If you don't mind,
Let's go for a walk
I miss you,
from the bottom of my heart

[Permulaan Bab 10]
16 April 2017

Iman di kejutkan dengan kejutan majlis hari jadinya yang ke-17. Hari jadinya disambut dengan meriah oleh rakan-rakannya. Tugas Zeda dan Farra terhenti buat seketika untuk menyambut hari jadi rakan kelas mereka itu, tetapi Aiman masih duduk memikirkan apakah langkah yang patut dia buat selepas ini. Beberapa hari lalu selepas balik daripada rumah Harris, Aiman dipesan oleh abang Harris supaya jangan terlalu mendesak diri untuk membongkar segala apa yang berlaku.

Harris (Adik) melihat Aiman tengah bermain-main dengan pen. Dia harap tidak ada apa-apa akan berlaku pada Aiman. Harris(Adik) menoleh ke tepi dan Nabila tengah melihatnya dengan dekat. Dia cepat-cepat menoleh pandangannya daripada Nabila. Halim sedar apa yang berlaku di hadapan matanya.

"Awak! Sini, kita makan kek. Saya suapkan"

"Thank you,awak"

"Say, aaaa..."

Halim menyuapkan sepotong kek kecil ke dalam mulut Nabila. Tiba-tiba Aiman bangun dan memberi mesej kepada ahli kelasnya.

"Korang! Jangan makan kek tu! Ada benda tak kena"

Lalu mereka pun berhenti memakannya. Aiman melihat dalam 5 orang jatuh pengsan antaranya Mazuin,Syaza,Adli,Atira dan Aina. Aiman mengambil sampel kek yang mereka makan lalu membawa sampel itu ke Cikgu Aman. Sebelum itu, 5 orang itu telah di bawa ke bilik rawatan terlebih dahulu.

Sebelum mereka pengsan,mereka seperti kehilangan keseimbangan badan lalu jatuh ke lantai. Cikgu Aman memeriksanya dan dapat memastikan yang ada kandungan racun dalam kek itu. Tetapi ramai yang memakan kek itu. Aiman berasa pelik, siapa yang buat semua ni?

"Jangan risau, racun yang mereka makan ni tak berbahaya. Mereka kena banyak minum air dan berehat. Tetapi otot mereka akan mengejang bila kekurangan air. Racun ni serap air tetapi bila racun ni menyerap banyak air, ia akan menjadi neutral"

Setelah Aiman mendengar penjelasan daripada Cikgu Aman, Aiman berasa sedikit lega. Dia kembali ke kelas untuk melihat keadaan. Dia terlihat Harris di luar kelas. Dia lihat Harris seperti resah.

"Ada apa Harris?"

Nabila menegurnya, dan kemudiannya Harris pergi dari situ. Aiman dengan perlahan-lahan berjalan di sebelah Nabila, dia terhidu bau yang dia tak pernah hidu sebelum ini. Setelah Aiman memasuki kelas, dia perasan tiada sesiapa dalam kelas. Bila dia pusing, dia terlihat Nabila sedang menyengetkan kepalanya ke kiri.

"Kenapa Aiman? Risau? Terkejut? Atau pun TA...KUT?" Nabila tersenyum dengan sangat lebar.

Aiman berjalan ke belakang dan ke belakang,tiba-tiba dia terlanggar meja lalu jatuh. Dia lihat Nabila mengeluarkan lidah,lalu menjilat bibirnya. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi tapak kaki. Nabila kembali seperti asal. Aiman menjadi kaku di tempat dia jatuh.

Perlahan-lahan keluar suara dari mulut Aiman dengan nada yang sangat rendah.

"Si...siapa k...k...kau?"

Halim memasuki kelas dan menarik Nabila pergi dari situ. Halim melihat Aiman seperti tidak sedarkan diri dan mulutnya asyik mengulang "Siapa kau?" sehinggalah dia tersedar dan hanya tinggal hanya dia seorang sahaja di dalam kelas itu.

Aiman bangun dan menyusun meja kembali. Aiman keluar dari kelas itu lalu dia pergi ke makmal komputer di sebelah kelasnya. Dia terduduk di luar sahaja kerana pintu berkunci. Aiman mengeluarkan sesuatu dari poket. Bila dikeluarkan ianya adalah rantai kunci berbentuk musang merah. Rantai kunci itu merupakan hadiah daripada Harris(abang) 1 hari sebelum dia meninggal. Tiba-tiba Aiman mengeluarkan air mata dan kemudiannya hujan pun turun. Dia menangis di situ seorang diri. Dia bukanlah seorang yang kuat mahupun seorang yang tabah. Setiap hari, setiap melihat video yang dilihatnya seorang diri, dia menangis menanyakan kenapa semua ini terjadi. Walaupun begitu, dengan adanya Cikgu Aman,Farra dan Zeda hidupnya tidak lah berseorangan.

Sementara itu, Harris(Adik) berada di kantin sedang merehatkan diri. Dia melarikan diri daripada Nabila dengan bersebab. Dia melihat disekelilingnya penuh dengan kegembiraan namun di hatinya tercatat kisah pahit. Pada 12 tahun yang lalu, dia menyanjungi ayahnya yang telah berjaya menyelamatkan 50 orang tebusan dalam rompakan bank. 7 orang perompak yang bersenjatakan senjata api mati ditembak oleh ayahnya yang merupakan seorang polis berpangkat rendah. Namun dalam beberapa hari selepas rompakan itu, ayahnya mati dikelar oleh 3 orang perompak yang tertinggal. Dan tahun berikutnya kematian abang kesayangannya yang dia anggap hero kerana menyelamatkan Aiman daripada penculik.

Selepas mengingat kisah itu, dia mengalirkan air mata lalu menundukakn kepala di atas meja.

"Abang...ayah...kenapa pergi dulu...kita tak sempat luangkan masa bersama"

Harris(adik) menangis teresak-esak. Harris(abang) hanya melihat adiknya itu dari sudut kantin sahaja. Lalu dia berlalu pergi dengan tangisan.

"Abang harap benda yang sama,adik. Abang tak akan sia-siakan kehidupan sebagai semangat ini berakhir tanpa makna"

Kisah hidup mereka bertiga pada 11 tahun yang lalu hanya menjadi sejarah sahaja. Harapan untuk bersama musnah dengan begitu sahaja. Walaupun ada kewujudan Harris(abang) pada masa ini,ia dah tak sama seperti dulu.

Hari demi hari yang mereka lalui, ia sangat bermakna. Sekarang mereka memahami kesakitan hati masing-masing dengan satu harapan.

"Mari kita lenyapkan sumpahan ini" kata mereka bertiga di tempat yang berbeza sambil menggenggam tangan.

HarrisWhere stories live. Discover now