"Sekejap je kita dah 18 tahun kan Lara" Kata Zarif dengan perlahan .
"Yup" jawab Lara .
'Kalau lah kau tau yang aku suka kau Lara' Hati Zarif mula berbicara .
"Eh jom la kita balik . Dah lama dah kita lepak dekat taman ni" Ajak Lara selepas beberapa jam mereka lepak di Taman Burung berhampiran rumah mereka .
****************************
"Tingggg..."Zarif tersentak dari lamunannya apabila lagu kesukaannya berbunyi menandakan mesej baru masuk .
Zarif berjalan dengan malas menuju ke meja untuk melihat siapa yang mesejnya malam-malam sebegini .
(Sahabatku Lara❤)
" assalamualaikum , Zarif jom teman aku pergi makan dekat Kedai Mak Jah dan aku ada hal nak cakap ""Waalaikumussalam , ok tunggu aku siap"
"Mama dah ada calon untuk anak kesayangan mama ni , nanti kita bincang tentang hal ini ok ?
Ayat itu masih terngiang-ngiang di ingatan Lara . Sesungguhnya dia tidak mahu kahwin dengan usianya yang masih muda .
******************************
"Lama ke tunggu ? " kata Zarif sehingga memeranjatkan Lara yang termenung ."Takdelah lama sangat" jawab Lara acuh tak acuh .
"Ha , hal apa yang kau nak cakapkan ?" Soal Zarif tidak sabar mahu mendengar hal yang akan disampaikan oleh Lara .
"Huh" keluh Lara .
"Kenapa ni ? Ceritalah dekat aku" kata Zarif sedikit risau dengan perangai Lara yang kelihatan sedih .
"Mak aku nak cari calon untuk aku la" Jawab Lara sayu .
"Hah ? Baguslah tu gembira aku kawan aku dah nak kahwin" Kata Zarif gembira . Sebenarnya dalam hati ? Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya Zarif setelah mengetahui cinta pertamanya akan berkahwin dengan orang lain .
"Haishh , kau je gembira aku tak . Lagipun aku tak ready lah nak kahwin and one more thing aku muda lagi tau" Jelas Lara sedih .
"Kalau kau nak kahwin , aku nak kahwin jugak lah . Tapi aku kena cari calon cepat-cepat ni . Nanti kita kahwin sama-sama tau hehe" gurauan Zarif membuatkan Lara tersenyum .
"Jom lah makan aku dah lapar ni" kata Zarif lagi .
Lara hanya tergelak dengan telatah sahabat baiknya itu .
************************
Hai , sorry kalau tak best and kalau ada typo , kesalahan ke nanti bgtau ye .
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
RandomLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...