Seusai solat zohor , Lara mencium tangan suaminya . Zarif pula mengusap ubun-ubun Lara lalu menciumnya . Lara hanya tersenyum . Dia merasakan dia sangat beruntung kerana memiliki Zarif .
"Sayang , hubby rasa .. hubby nak kerja lah" Zarif memberitahu hasrat hatinya yang telah lama dipendam dan disorok dari pengetahuan isteri terchenta ecehceh .
"Kerja ? Ada ke kerja untuk orang berumur 18 tahun hubby ku sayang.." meleret aje percakapan Lara , senyuman sinis turut dilemparkan .
"Syarikat papa hubby kan ada " Zarif memberi cadangan sambil melipat sejadah lalu disangkutkan pada tempat khas yang disediakan , kemudian dia memalingkan kepala ke arah isterinya yang membuat muka kelat . Mesti taknak duduk rumah sorang-sorang lah tu .
"Hm , lepastu nanti sayang sorang-sorang kat rumah"
Dah agak .
"Alah , takpa nanti hubby cari bibik baru . Kalau nak bawak Mak Siti datang sini , Arisya kat rumah tu mesti tak terurus" Zarif sudah menghenyakkan punggungnya di atas katil tempat di mana isterinya sedang duduk .
"Arisya ? Arisya tinggal situ lagi ? Bila dia nak berambus entah gamaknya" Lara mendengus kasar . Ey , sotong tu tak blah lagi ? Zarif ni pon baik hati sangat bagi dia duduk situ kenapa ?
"Biarlah dia duduk situ , dia bukannya ada rumah pon kan ? Takpelah , janji dia tak kacau rumah tangga kita" Zarif mencuit hidung Lara . Lara tersenyum apabila dilaku sebegitu .
"Kalau dia ganggu macam mana ?" Lara menunduk , tangannya pula bermain-main dengan rambutnya yang panjang paras bahu .
"InshaAllah tak" Zarif tersenyum lalu dia memeluk isterinya dengan erat.
"So , bila hubby nak start kerja ?" Lara sedikit mendongak melihat wajah suaminya . Almaklumlah , suami cheq lagi tinggi dari cheq .
"Lusa kot . Actually , memang papa hubby dah pelawa suruh kerja dekat syarikat dia . Tapi hubby je belum ready . But now , i'm ready" Zarif berkata dengan semangat sambil membuat simbol 'peace'
"Papa dah pelawa ? Tak bagitahu pon" Lara menjuihkan bibirnya . Aku isteri dia kot . But , dia baru bagitahu harini ?
"Kan tadi dah bagitahu" Zarif pantas mencubit kedua belah pipi Lara .
"Hm , yelah yelah" Lara akhirnya mengaku kalah . Dia mula mengangkat punggung hendak ke bilik air namun tangannya pantas digenggam oleh Zarif . Terus dia memaling ke arah Zarif sambil mengerutkan dahi .
"Merajuk ke ?"
"Mana ada"
"Yeke ?"
"Ye.......sayang nak pergi toilet je la . Takde masa nak merajuk-merajuk ni hish" Lara terus menarik genggaman suaminya lalu bergerak ke tandas .
🌸🌸
"Hubby , bangun . Sayang dah buat breakfast . Harini kan hubby mula kerja , cepat bangun !!" Lara mengejut Zarif sambil menggoncangkan tubuh sasa suaminya itu . Kalau tidak digoncang , tidak pergi ke kerja lah jawabnya .
"Hm" Zarif menyandarkan badan pada kepala katil sambil menggosok-gosok matanya .
Selepas mandi , Zarif bergerak ke dapur untuk sarapan . Dia mengambil tempat dihadapan isterinya , Lara . Lara menyapukan 'nutella' ke atas roti kemudian menuangkan air teh ke dalam cawan .
Dengan empat kali suapan , Zarif telah menghabiskan roti . Air teh diambil lalu dihirup .
"Sayang , hubby dah nak pergi ni" Zarif menjerit sedikit kuat di hadapan pintu supaya dapat didengari oleh Lara yang berada di dapur .

YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
RandomLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...