Eh , apa ni?" . Zarif terus meleraikan pelukan perempuan itu darinya .
"You ni kenapa ini I lah , Arisya . Takkan tak kenal kot . Girlfriend You jugak ." Lara yang berada di tepi katil sedikit terkejut dengan kata-kata Arisya .
"Bila masa awak jadi girlfriend saya ni ?" Soal Zarif agak kebingungan . "Takkan You tak tau kot . You lupa ? Sampai hati You kan . Takpela yang I tau I sayang You .
"Em , aku nak balik lah Zarif . Lagipun mak aku ada hal nak cakap so , kau dan bibik kau je lah jaga ARISYA ni" saja ditekankan nama Arisya .
'Zarif ? Hmm good name' Arisya berkata dalam hati
Zarif tidak membantah , dibiarkan saja Lara berlalu pergi .
Tiba-tiba Zarif bersuara "Eh Lara , kau nak naik apa ? Kan tadi aku yang ambik kau "
"Aku boleh naik teksi , bye . Kalau aku dah sampai aku call kau ok ?"
"Tapi..." belum sempat Zarif menghabiskan kata-kata , Lara telah pun menghempas pintu .
******************************
"Tinggtonggg" Puan Marina segera membuka pintu .
Sebaik sahaja Puan Marina membuka pintu , terus dipeluknya anak kesayangannya . "Kenapa lambat sangat balik sayang , kan mama ada hal nak bincang ."
"ta..tadi kitaorang terlanggar orang lah ma ."
"Ha ? Kamu dan Zarif ? Langgar orang ? Habis orang tu macam mana ? Lelaki ke perempuan ? Bertalu-talu soalan yang dikeluarkan oleh Puan Marina .
"Ye , Lara dan Zarif . orang tu ok je ma dan dia perempuan" Lara terus menjawab dengan satu nafas . Malas hendak ambil tau tentang perempuan itu .
"Ha , hal apa yang mama and papa nak bincangkan tu ?" Sambung Lara seraya menukar topik perbualan mereka .
"Ok , jom ikut mama pergi ke ruang tamu ." "Ok" jawab Lara sambil mengikut mamanya pergi ke ruang tamu .
"Baiklah , seperti sedia maklum , mama and papa akan cari calon untuk Lara . Jadi , Lara kena terima walau apa jua sekalipun" Encik Harun memulakan percakapan .
"Tak habis lagi pasal ni ke ? Lara taknak kahwin lagi la . Lara tak ready"
"Ready atau tak kena hadap jugak" Balas Encik Harun tetapi suaranya agak tegas .
Lara terus bangun dari tempat duduknya lantas dia mendaki anak tangga dan masuk ke biliknya "bummm" bunyi hentakan pintu yang kuat memeranjatkan Puan Marina dan Encik Harun .
"Apa nak jadi lah anak awak tu" adu Encik Harun .
**************************
"Goodmorning" ucap Puan Marina sambil mencium dahi anak tunggalnya itu .
"Morning" jawab Lara dengan malas .
"Meh makan ye sayang , mama masak special ni . Ayam masak merah tau" pelawa Puan Marina .
"Mama , papa kejap lagi Lara nak pergi rumah Zarif tau . Nak melawat perempuan yang kitaorang terlanggar semalam" Lara meminta izin ibu bapanya sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya yang sedang ternganga luas .
"Ok , tapi Lara naik apa ? Biar Pak Kudin hantar ye?" Tanya Puan Marina . Lara membalasnya dengan anggukan tanda setuju .
"Assalamualaikum , Zarif" Lara memberi salam sambil menekan loceng rumah yang disediakan pada tembok rumah .
"Waalaikumussalam" eh Lara masuklah" jawab Zarif apabila melihat kedatangan Lara .
"Mana Arisya ?"
"Ouh dia ada dalam bilik air , tengah mandi" jawab Zarif .
"Mandi ? Dia ada baju ke nak pakai ? Aku ada bawakan sedikit baju untuk dia " kata Lara .
"Ha tu pon dia " Kata Zarif .
"eh , siapa perempuan tu sayang ?"tanya Arisya sambil memeluk pinggang Zarif .
'Eh dia tanya aku siapa ? Aku yang selamatkan dia semalam . Tak kenang budi punya orang . ' Omel Lara di dalam hati .
Lara meluat dengan perempuan itu . Dah lah sedang berkemban . Berani dia memeluk buah hati aku yang tiada pertalian darah dengan dia . Yang paling penting , bukan muhrim . sebenarnya Lara cemburu sikit . Sikit ? Cemburu banyak lah .
"Tak manis kalau perempuan memeluk lelaki yang bukan muhrim . Lebih elok pegang khinzir dari pegang orang yang bukan muhrim" sindir Lara apabila melihat Arisya memeluk Zarif erat .
"Biarlah , You cemburu ke ? " tanya Arisya sambil melentokkan kepalanya di bahu Zarif .
Zarif terus meleraikan pelukan Arisya " betul tu tak manis lah Arisya" .
"kau berbual lah dengan Arisya dulu . aku nak mandi kejap" pelawa Zarif .
"Eh kenapa You datang sini ? You suka Zarif eh ?" . "Biarlah saya nak datang sini , saya dah kenal Zarif sejak kitaorg umur 5 tahun . Salah ke ?" Lara mula membidas .
"I akan pastikan yang Zarif akan jadi milik I ". Kata Arisya sambil berbisik di telinga Lara
"Kalau awak nak dia , hadap saya dulu . Perempuan murahan macam awak ni patut ....."belum sempat Lara menghabiskan kata-kata , satu tamparan hinggap di pipinya .
"pangg"
"Padan muka kau , lain kali mulut tu jaga sikit , Zarif tu milik aku selamanya !"
"Apa salah aku . Aku tak buat apa-apa dekat kau kan!" Adu Lara sambil mengusap pipinya yang telah ditampar oleh serigala jadian .
"Tak buat apa-apa ? kau nak aku tambah lagi satu bekas tamparan kat sebelah pipi kau ke ?" Arisya telah mengangkat tangannya tetapi belum sempat dia menampar Lara , tangannya telah dihalang oleh Zarif .
"Za..zarif . I tak berniat nak tampar dia , dia yang mulakan dulu tau" rengek Arisya .
"Saya dah nampak semuanya Arisya . Awak yang mulakan dulu" Kata Zarif .
"dah saya nak balik" Lara terus mengangkat begnya lalu beredar dari situ . Takut tangannya pula hinggap di pipi perempuan murahan itu .
"Laraaa , tunggu" Zarif menghalang pemergian Lara . Tetapi Lara tidak mengendahkan dia , kakinya laju menuju ke pintu depan .
'Kurang ajar punya perempuan , dia nak rampas Zarif dari aku pulak . Mungkin tiba masanya aku kene luahkan perasaan aku kepada Zarif ' Lara bermonolog di dalam hati .
***********************
Hey , cerita ni berbelit sikit . sbb saya pon masih baru nak buat cerita ni . Bye .
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
DiversosLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...
