Setelah Zarif memasuki Mall , kelibat seorang perempuan tinggi lampai melambai-lambai ke arah Alif . Arisya yakin bahawa itu Alif kerana wajahnya sebijik dengan gambar kat profile whatsappnya .
"Hey , sorry late . Dah lama tunggu ?" Alif menyapa Arisya .
"Takdelah , I pon baru sampai" Alif mengambil tempat di hadapan Arisya .
"So , kenapa kau nak jumpa aku ni ?" Alif menanyakan soalan sebelum dia membuat pesanan kepada pelayan di sebelahnya itu .
"I nak tahu , you cintakan Lara tak ?"
"Huh cinta tu memang cinta tapi tu lah , dia suka orang lain" Alif sekadar menunduk .
"Baguslah kalau you cintakan dia . I tahu dia suka siapa . Dia suka Zarif kawan baik dia sendiri . Jangan tanya macam mana I boleh tahu yang dia suka Zarif" Arisya menoleh ke arah pelayan di sebelahnya meletakkan minuman mereka di atas meja .
"Zarif yang ini ke ?" Alif mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihulur ke muka Arisya . Terdapat gambar Zarif dan Lara sedang ketawa riang .
"Yup , yang itu lah ! Dah tahu tanya lagi" Arisya menyinga melihat kebahagiaan di wajah Zarif dan Lara di dalam gambar itu . Jelingan tajam dihadiahkan kepada Alif yang tidak bersalah .
"I nak buat rancangan , supaya you dapat Lara dan I dapat Zarif , yes I know you akan dapat Lara sebab you bakal suami dia . Tapi kalau dia kahwin dengan you sebab terpaksa , tak jalan jugak kan ?" Arisya mengangkat kening .
"Apa rancangan kau ?" Zarif menyedut minuman yang telah dipesan tadi .
Arisya membisikkan sesuatu di telinga Alif . Senyuman sinis kedua-dua hamba Allah itu terpancar .
**
"Mama , Lara taknak kahwin dengan Alif ma" Lara merengek persis anak kecil ."Nak buat macam mana sayang , papa dah arahkan , kita tak boleh nak membantah" Puan Marina mengusap kepala anak tunggalnya perlahan . Puan Marina bukannya seorang yang kejam , sanggup mendera hati anaknya untuk mengahwini orang yang dia tak berapa kenal , tapi disebabkan suaminya yang tegas , dia akur untuk mengahwinkan Lara dengan Alif .
"Kenapa ma , Lara nak bahagia macam orang lain jugak , kahwin dengan orang yang tercinta bukan atas desakan dan terpaksa ." keluhan berat dilepaskan . Lara sedih kerana tidak dapat bahagia macam orang lain . Hampir saja air matanya gugur tetapi terbantut apabila suara garau bersuara .
"Tak payah mengada Lara . Ada aje orang bahagia sebab kahwin paksa . Papa buat semua ni untuk kebaikan Lara jugak" Encik Harun bersuara sambil mengambil tempat untuk duduk di sofa bujang .
"Hm . Ok lah pa , ma Lara naik atas dulu" Lara meminta izin kedua ibu bapanya sebelum kakinya laju berjalan menuju ke biliknya .
Berapa kali dah aku guna ayat "nya" HAHAHAHA .Di dalam bilik , kedengaran bunyi esakan kecil . Air mata Lara tidak berhenti-henti keluar dari tubir matanya . Dia sendiri keliru kenapa dia harus sedih begini sekali . Apa yang dia tahu , dia perlukan Zarif sekarang .
'Ah , mungkin dia dah bahagia dengan Arisya ' merepek apa Lara ni , Zarif bukannya nak kat Arisya tu . Dia nak kat kau seorang je Lara hoi ..
**
Zarif hanya berkurung di dalam bilik selama beberapa hari . Hatinya masih terluka dengan berita Lara bahawa dia akan berkahwin dengan Alif . Tak dia menduga , Lara akan berlalu pergi . Tinggalkan dia dengan semua mimpi dan janji . Macam lain je ek ? Abaikan la .

YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
RastgeleLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...