Bab 12

534 14 2
                                        

Selepas pengebumian Sofia selesai , sahabat handai serta saudara-mara beransur pulang . Hanya tinggal ibu bapa Sofia , Lara dan Zarif . Lara dan ibu Sofia masih lagi dengan sisa tangisan . Macam tak sangka yang Sofia akan pergi menghadap ilahi .

"Lara , Zarif . Aunty dengan uncle balik dulu ye" ayah Sofia mempamit diri untuk pulang . Zarif dan Lara sekadar mengangguk .

"Kau tunggu kat kereta lah Zarif , kejap lagi aku datang" Tangan Lara masih lagi mengusap tanah kubur Sofia .

"Okay" Zarif tersenyum pahit . Dia tahu kesedihan di hati Lara . Sofia lah kawan Lara yang sentiasa ada bersamanya tak kira susah atau senang . Tetapi kini , dia telah dijemput Ilahi . Pasti susah untuk menerima kenyataan . Tetapi kita kena redha . Allah lebih menyayangi Sofia .

Zarif mula berjalan memasuki kereta .

"Sofia , kenapa kau tinggalkan aku . Aku dah nak kahwin . Aku baru bercadang nak jadikan kau pengapit aku nanti . Aku dah nak kahwin dengan Alif . Aku mintak maaf sebab tak bagitahu engkau awal-awal . Hm , okaylah Sofia , aku balik dulu ye . Kalau ada masa , aku melawat engkau lagi . Assalamualaikum" Lara menggagahkan diri untuk sentiasa tersenyum .

Di dalam kereta Zarif , sedu-sedan Lara masih kedengaran . Susah untuk dia hadam semua sekali gus .

"Sudahlah Lara , Allah lebih menyayangi Sofia tu . Kita yang hidup ni , kenalah teruskan kehidupan . Kita kene redha . Yang dah pergi takkan kembali" Zarif menasihati Lara . Lara hanya tersenyum kelat .

Dua minggu sudah berlalu . Dua minggu juga Sofia telah menghadap ilahi . Paling tidak disangka , tinggal satu minggu lagi Lara akan berkahwin dengan Alif . Baju pengantin , dan yang lain semua hampir siap . Tinggal beberapa benda lagi yang perlu diselesaikan .

🌸🌸

Zarif dan Arisya turut datang ke rumah Lara untuk membantu apa yang patut . Zarif je yang menolong . Arisya tu nak tolong ? Ha sampai esok pon belum tentu dia nak tolong .

Arisya sedari tadi tersenyum aje . Senyum ada makna tu . Because...Lara dah nak kahwin , so..dia boleh ambil Zarif dari Lara . Muahahaha *evil laugh*

Lara menolong gitu gitu aje . Dia takda mood nak tolong . Paling penting , dia takda mood nak kahwin dengan Alif ! Dia rasa nak lari je . Tapi apakan daya , dia juga ada hati perut . Kesiankan ibu bapanya yang telah membuat segala bagai persiapan semata-mata untuk dirinya .

Ketukan pintu bilik mematikan lamunan Lara sebentar tadi .

"Masuk je , pintu tak kunci" Lara melaung dari dalam .

Bunyi pintu dikuak kedengaran . Lara sekadar menunggu gerangan yang akan memasuki biliknya . Oh Arisya rupanya . Apa lagi lah sotong ni nak .

"Hye Lara . Congrats ya . Dah nak kahwin dah kau kan" Arisya tersenyum sinis .

"Hye . Thank you . Kau bila lagi ? " sekarang Lara pula tersenyum sinis .

"Errkk" Arisya tidak tahu untuk berkata apa lagi .

"Sebab kau tak laku kan ?" boleh tahan juga mulut si Lara ni . Kalau kena tonyoh cili mesti sedap .

"Hish" Arisya terus mengangkat punggungnya dari katil Lara lantas dia keluar dari situ . Sebelum dia keluar , dia menghempas pintu Lara . Dia ingat rumah dia ke nak hempas-hempas bagai .

'Sofia , kalaulah kau masih ada engkaulah orang yang akan menggembirakan aku tika ini' Air mata yang tidak diundang mula keluar . Lara mengiringkan badannya di atas katil . Dia sedih . Sudahlah sahabat baik sudah meninggalkannya , harus berkahwin paksa pula tu . Tiada siapa yang boleh mengubati dukanya tika ini . Entah bila Lara terlelap , dia pon tak tahu . Yang dia tahu , dia sudah lena dibuai mimpi .

🌸🌸

Hari berganti hari . Isnin pergi ke Selasa . Selasa pergi ke Rabu . Rabu pergi ke Khamis ..dan seterusnya .

Akhirnya , masa yang ditunggu-tunggu telah tiba . Hari di mana Lara dan Alif akan disatukan .

Ramai tetamu mula mengerumuni rumah banglo itu . Zarif dan Arisya masih terperap dirumah seolah-olah tiada apa yang berlaku pada hari ini .

Zarif hanya melayan perasaannya di dalam bilik . Termenung jauh mengingati Lara yang jauh nun di sana . Lara akan menjadi milik orang lain . Milik orang yang mengambil hati Lara atas perbuatan syirik lagi terkutuk .  'Padan muka aku . Bukannya nak confess awal-awal , kan dah merana' Zarif mengeluh .

'Kalaulah aku boleh batalkan perkahwinan ni bagus jugak' minda Zarif memberi cadangan .
Wait ! What ? Batalkan ? Sounds good . Aku akan membongkarkan rahsia Alif . Rahsia yang dia lakukan semalam . Aku hanya mampu berdiam diri . Tetapi kini tidak lagi . Aku akan bongkarkan semuanya .

Zarif bingkas bangun dari katil lalu cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam bilik air . Usai mandi , dia memakai kemeja berwarna blue turqoise(taktau eja) dipadankan dengan seluar jeans hitam . Minyak wangi yang dirahsiakan jenamanya disembur pada satu badan . Harum .

Dari tingkat tiga , dia turun ke tinggat dua . Dari tingkat dua , dia turun ke tingkat satu . Akibat terlalu laju , adalah sesekali dia tengah turun tu , tergolek sikit la

Bunyi kereta berderum memeranjatkan Arisya yang sedang menikmati air jus oren di dapur .

"Mak Sitiiii , Zarif pergi mana tu ?" Arisya menjerit dari dapur .

"Tak tahu lah , tadi saya tengok dia cepat-cepat . Tapi tak tahulah dia pergi ke mana" Mak Siti membalas tenang .

"Kau ni semua tak tahu !" Arisya memberontak .

'Kau ingat semua pasal Zarif aku kena ambil tahu ke' Mak Siti berkata dalam hati sambil menjeling Arisya lalu menyambung tugasnya .

Di dalam kereta , Zarif menjerit kerana kesesakan lalu lintas .

"Arghh , time ni lah nak sesak jalan . Aduuh" kejap-kejap Zarif akan mengerling jam tangannya yang juga dirahsiakan jenamanya itu . Majlis Lara akan bermula sekitar 10 minit lagi . Kesesakan lalu lintas ni langsung tak menunjukkan yang dia akan bergerak (agak merepek di situ)

Dua minit sudah berlalu . Kereta Zarif hanya berada tiga meter dari tempat mula-mula tadi . Empat minit sudah berlalu . Sekarang kereta Zarif dah jauh dari tempat asalnya tadi . Enam minit . Haish tak boleh jadi ni . Lapan minit sudah berlalu . Fuh , akhirnya . Semua kereta sudah mula bergerak dengan laju . Ah orang kemalangan , patutlah sesak semacam . Tinggal lagi dua minit . Zarif pon apa lagi , terus dia pecut sepanjang perjalanannya . Rasa macam jauh je rumah Lara ni .

Setibanya di perkarangan rumah Lara , Zarif berlari anak menuju ke pintu utama .

Tok kadi sudah menghulurkan tangannya . Alif menyambut .

"Muhammad Alif Ramzan bin Luqman , aku nikahkan dikau dengan Lara Amanda binti Harun dengan mas kahwinnya 400 ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya...."Belum sempat Alif menyambung ayatnya , satu suara garau menjerit dari bahagian pintu utama .

"Stopppp!!!!!!!!!!!" Semua hadirin memandang ke arah gerangan yang menjerit itu . Merah padam muka kedua ibu bapa Zarif . Mana taknya . Anak mereka membuat majlis ini huru-hara .

------

Sorry kalau ada typo . Kalau cerita ni tak logik dan macam ada yang tak wujud , Mohon anggap ia wujud dan logik . sekian .

Kawan sampai Kahwin !Where stories live. Discover now