Lara menaip mesej "Jom teman aku makan dekat tempat biasa" . Lalu menghantar mesej itu kepada Zarif .
Zarif yang tadinya terbaring di atas katil , terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja .
"Ok" Zarif membalas mesej Lara . Lalu tangannya pantas mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi .
Setelah Zarif siap berpakaian kemas , Arisya berjalan ke arahnya lalu bertanya "You nak pergi mana ni ? I nak ikut "
"Saya nak pergi makan dengan Lara" sebaik sahaja Arisya mendengar nama Lara , dia terus berasa marah .
"I nak ikut"
"Boleh je" Arisya bersorak gembira . Lagaknya seperti anak kecil dapat mainan . Mengada terlebih namanya ni . Lifeless kot .
***
"Hai Lara" Zarif menegur Lara dengan lembut ."Hai Za.." Kata-kata Lara terhenti bila melihat Arisya yang tiba-tiba datang dan duduk di hadapan Lara .
"Kenapa , terkejut ke ?" Soal Arisya sambil tersenyum sinis .
"Takde lah . Saya ok je"
"Ok , cepatlah order makanan I dah lapar ni sayang" rayu Arisya mengada-ngada .
"Order je lah . tu pon nak suruh Zarif ke ?" Lara mula menyinga apabila terdengar perkataan "sayang" yang keluar dari mulut Arisya .
"suka hati I la . Jelous cakap la huh"
"I nak pergi tandas jap , You and Lara tunggu kejap ye , 5 minute only" pinta Arisya sambil menunjuk kan 5 menggunakan jarinya sebelum berlalu pergi .
"Kenapa kau bawak dia sekali , semak je"
"Dia nak ikut sangat tadi" sebenarnya Zarif juga meluat dengan karenah Arisya
"Kau suka dia ke ?" Tanya Lara teragak-agak .
"Takdelah . aku tak suka dia . Aku suka orang lain lah" kata Zarif sambil ketawa kecil .
'siapalah yang dia suka agaknya kan em' desis hati Lara .
Selepas siap makan , mereka semua pulang ke rumah .
"Huh" keluh Lara sambil menghempaskan badannya di atas katil . Hatinya masih bengang dengan adanya Arisya semasa mereka makan malam tadi .
***
(Sahabatku Zarif💜)
"Goodmorning". Pukul 4.30 p.m. datang rumah aku tau" .Lara hanya mengeluh selepas membaca mesej dari Zarif . Sesungguhnya dia tidak mahu bertemu dengan Arisya . Tetapi , untuk menjaga hati sahabatnya itu dia terpaksa pergi jua .
***
"Assalamualaikum" Lara memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah Zarif ."Waalaikumussalam , masuklah Lara " pelawa Zarif sambil tersenyum .
"kau duduk dulu , kejap lagi Arisya bawakkan air untuk kau" sambung Zarif lagi .
"Ha dah sampai pon tetamu ni , nah jamah sikit air yang I buat ni" pelawa Arisya sambil tersenyum sinis .
"terima kasihlah susah-susah je . Hm bibik mana ? Kenapa kau yang buat air ? Kau ni bibik baru rumah ni ke ?" Sindir Lara sambil menyuakan air ke dalam mulutnya .
"Sedap mulut kau je kan nak cakap aku bibik . Bibik Zarif cuti , dah balik Indonesia semalam"
"Jadi kau tinggal berdua dengan Arisya ? " soal Lara kepada Zarif .
"Yup tapi kau jangan risau . Aku masih tau batas agama" balas Zarif seraya tersenyum .
"Air ni manis sangat lah Arisya" komplen Lara .
"Aku dah buatkan air ni dah cukup elok lah . Kalau aku letak racun tadi ? Mati sia-sia je kau tau" . Arisya menyinga apabila ada orang yang mengomplen air tangannya .
"Dah lah , korang ni asyik bergaduh aje" Zarif menyampuk perbualan Lara dan Arisya .
Lara mengatur langkah perlahan menuju ke dapur sambil memegang cawan untuk dicucinya . Zarif juga menuruti langkah Lara . Setibanya di dapur , Lara memecahkan kesunyian suasana di dapur dengan memulakan pertanyaan
"Zarif , kau ingat tak yang kau kata , kau suka orang lain , siapa orang tu . " tangan Lara masih ligat mencuci cawan di singki .
"Adelah . It's secret " Zarif pula dengan spontan menjawab pertanyaan Lara sambil membuka peti ais dan mengeluarkan sebiji epal .
"Krapp" buah epal itu digigit Zarif dengan rakus .
"Kalau kau tak nak cerita , takpelah ." Lara sudah memuncungkan bibirnya .
"alolololololo merajuk ke ? Aku tak ready nak cerita dengan kau . Nanti kalau aku dah ready aku cerita ye ? . Kau pon kena bagitau aku siapa yang kau suka tau . " dua sahabat itu hanya tertawa .
"Ehem,ehem . Apa yang rancak sangat borak sampai ketawa terbahak-bahak ni?" Sampuk Arisya sehingga Lara dan Zarif berhenti ketawa . Sebenarnya takde terbahak-bahak sangat pon . Arisya si lifeless tu saja buat cerita
"Takde apa , aku saja nak manja-manja dengan sahabat aku ni kan Lara" mata Zarif sempat lagi mengerling ke arah Arisya yang kelihatan sudah naik angin .
Dengan keluhan berat lagi mengada , Arisya berlalu pergi dengan hati yang panas membara . Zarif hanya tersenyum puas kerana dapat menyakitkan hati Arisya .
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
RandomLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...