Hari ini , keempat-empat remaja telah bersetuju untuk hangout bersama-sama . Arisya asyik berkepit aje dengan Zarif . Lara yang melihatnya berasa marah dan cemburu . Perasaan itu bercampur menjadi satu iaitu maburu (marah+cemburu) . abaikan . Zarif pulak melayan aje si sotong tu . Actually , Zarif bukan melayan pon , cuma taknak sakitkan hati si Arisya tu je .
"Guys jom tengok wayang !" Arisya tersenyum gembira . Dah lama dia tak menonton wayang .
Zarif , Alif dan Lara berpandangan . Selepas beberapa saat , mereka semua mengangguk tanda bersetuju .
"Yes , you all sangat sporting" Arisya mula mengatur langkah . Tidak lupa juga , tangannya sempat menyambar lengan Zarif lalu ditarik bersama .
Lara still dengan muka cemberut dia tu . "Hey kenapa ni Lara ? Monyok aje ." Alif mengajukan soalan . But sebenarnya dia tahu yang Lara cemburu dengan keakraban Arisya dan Zarif .
"monyok ? Takdelah . Jom lah , diorang dah pergi depan tu" Lara berjalan sedikit laju meninggalkan Alif yang terpinga-pinga .
**
Setelah menonton wayang , mereka bercadang untuk pergi ke funfair . Lara meminta untuk menaiki roller coaster (tak tahu ejaan).Mereka semua telah pon duduk di dalam apa tah namanya tu , alah kalau korang pernah naik ha , yang korang duduk tu lah .
"arghhhhhhhhhhhhh" Arisya menjerit sekuat hati . Tangannya memaut lengan Zarif yang berada di sebelahnya . Sotong ni pengecut betul .
Lara turut menjerit walhal , dia yang mencadangkan untuk menaiki benda alah ni . Tanpa disedari , Lara memaut lengan Alif . Alif hanya tersenyum . Zarif yang memerhati mula cemburu . Walaupon dia tahu yang Alif itu bakal suami Lara , tetapi perasaan cemburu tetap ada .
Arisya hanya tersenyum jahat sebelum dia menjerit semula apabila roller coaster itu menyenget ke kanan dan kemudian ke kiri .
Selepas saja mereka turun dari benda alah tu , Arisya terus termuntah . eyy you guys nak tahu tak bau ape ? Bau durian guyssss .
"Kau makan durian ke Arisya" Alif berkata sambil tangannya menutup hidung .
Muka Arisya berubah . Malu lettuww . Yes , memang semalam dia ada makan durian . Hahahahaha
Arisya meminta izin untuk pergi ke tandas . Setelah kelibat Arisya hilang , mereka bertiga menghamburkan tawa yang telah ditahan dari tadi .
"Bila korang nak kahwin ?" Soalan cepumas dari Arisya kepada Lara dan Alif sebaik sahaja dia balik dari tandas . Zarif juga mengangkat kening untuk mengetahui tarikh perkahwinan mereka .
"Hm , tak confirm lagi . Nanti kalau dah confirm , jangan lupa datang pulak " Alif memandang Arisya kemudian beralih ke arah Zarif . Senyuman makin meleret apabila melihat riak wajah Zarif yang berubah .
**
Dua pasang mata memerhati keempat-empat remaja itu dari jauh . Sasaran mereka adalah gadis yang berambut perang . First , mereka nak meragut then bunuh gadis itu .Dua orang lelaki berbadan tegap berjalan seperti biasa . Apabila sudah berdekatan dengan remaja tadi , dia terus mengacukan pistol ke arah mereka . Diacukan pada wajah Zarif , kemudian beralih pada Alif seterusnya Lara dan akhir sekali pada Arisya . Acu saja , tak tembak pon . Semua orang yang berada di sekeliling mereka turut menjauhkan diri . Ada yang menjerit . Ada yang berlari-lari . Ada yang menyaksikan adegan menembak itu .
"Aku nak dia ni" Seorang daripada lelaki itu berkata dengan tegas . Tangannya menunjuk ke arah Arisya .
"Arisya pergi lari , cepat" Zarif berkata separuh berbisik .
"You..you guys macam mana ?" Arisya sudah menggigil ketakutan .
"Dia nak awak , bukan kitaorang . Lari aje Arisya . Untuk keselamatan awak . Pergii!!" Perlahan-lahan langkah Arisya diatur . Bermula pada perlahan , kemudian laju .
Lelaki berbadan tegap itu tadi mengacukan pistol pada Arisya yang sedang berlari . Sedang dia ingin menembak , sesusuk tubuh kecil yang bertudung sedikit melompat dan peluru itu terkena tepat pada bahu Lara . Lara terjatuh .
"LARAAA!!!" Suara Zarif dan Alif bergabung . Dua orang lelaki berbadan tegap itu telah melarikan diri .
"ahhh" Lara memegang bahunya dan menjerit kecil sebelum dunia menjadi gelap seketika .
**
Dahi Lara berkerut . Jari-jemari juga mula bergerak . Suara yang tidak putus-putus memanggil namanya mula kedengaran . Perlahan-lahan mata dibuka . Wajah yang amat dia kenali . Mama , papa , Zarif , bakal mertua dia , Alif dan Arisya ? Semak je sotong tu . Keluarga Zarif turut hadir . Ramainya datang nak melawat aku . Auwch terharunya . Lara terover . *muka menyampah*"Lara , Lara okay ke ?" Puan Marina berkata sambil mengusap kepala anak tunggalnya .
"Sebab ni lah papa nak Lara kahwin dengan Alif . Sekurang-kurangnya , Alif boleh lindungi Lara bila dia dah jadi suami Lara nanti , sekarang tengok ape dah jadi" Encik Harun menggelengkan kepala .
"Uncle tak boleh cakap macam tu , ni semua takdir Allah uncle . Kita kene redha" Alif berkata perlahan . Encik Harun mendengus kecil . Ada betulnya juga apa yang Alif katakan .
"Betul tu Lara , kahwinlah dengan Alif " Zarif tersenyum kelat . Puan Rozita sedar akan senyuman tidak ikhlas anaknya itu . Puan Rozita juga mengetahui bahawa Zarif mencintai Lara . Banyak kali dia nasihatkan anak terunanya itu supaya terus terang kepada Lara . Tengok sekarang ? Lara dah diambil orang . Arisya sedari tadi hanya bermain dengan telefon bimbit . Sebutir perkataan pon tidak dikeluarkan . Tak menghargai Lara langsung , walhal Lara yang selamatkan dia . Kalau tak dah mati agaknya kene tembak .
'Kenapa semua nak aku kahwin dengan Alif ni ? Yes , memanglah Alif tu handsome . Tapi , kalau rasa cinta tu tak ada , macam mana ?' Lara berdialog di dalam hati .
Seorang lelaki memakai coat putih berjalan ke arah mereka semua . "Maaf ya , semua boleh tunggu di luar , saya nak periksa pesakit " . Ahli keluarga dan sahabat handai Lara semua berlalu keluar , memberi ruang kepadanya untuk diperiksa .
Setelah diperiksa , doktor tadi pon keluar . Puan Marina berjalan laju ke arah doktor tersebut . " macam mana dengan anak saya ?"
"Anak Puan tidak ada apa yang kritikal , cuma luka kesan tembakan saja . oh ya siapa yang mahu melihat pesakit , boleh masuk , tapi jangan ramai-ramai ye . Kesian pesakit" doktor itu hanya melemparkan senyuman manis kemudian dia berlalu dari situ .
Yang lain beransur pulang , hanya tinggal Puan Marina dan Encik Harun yang menemani Lara . "Lara , we'll discuss about your wedding later okay ?" Encik Harun berkata sambil mengucup lembut dahi anaknya kemudian dia keluar dari situ .
'Aku tengah sakit pon , dia sibuk je pasal wedding tu haih' Lara melepaskan keluhan berat .
"Ma , Lara letih . Lara nak rehat . Selamat malam ma"
"Selamat malam sayang"
**
Zarif mencampakkan pandangan ke arah balkoni di tepi biliknya . Risau sungguh dia pada Lara . Ingin saja dia menemani Lara , tapi dia tahu . Dia bukan sesiapa dalam hidup Lara ."Kenapa lah mulut aku ni gatal sangat , pergi cakap kat Lara supaya dia kahwin dengan Alif" Zarif menepuk mulutnya berkali-kali .
**
"Arisya , esok saya nak tidur rumah mak ayah saya kemudian saya nak pergi melawat Lara . Kalau awak takut tidur sorang , awak boleh tidur dengan Mak Siti" Zarif menahan tawa ."Erk saya boleh tidur sorang lah , tak ingin nak tidur dengan Mak Siti . Arisya menjeling Zarif sebelum langkah diatur mendaki tangga .
**
Maaf , ayat berbelit-belit . 😂Kalau ada typo , faham-faham je lah .
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
DiversosLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...