"Tapi.." ayat Arisya tergantung apabila Zarif dengan laju memotong .
"No tapi , tapi . Saya balik ni pon sebab nak ambil baju dan barang keperluan saya . Awak boleh tinggal di rumah ni . Saya dan Lara akan pindah ke rumah lain" Zarif mengorak langkah ke biliknya . Tangannya laju mengemas pakaiannya lalu diletakkan di dalam beg sederhana besar berwarna biru muda .
Kaki Arisya seakan digam di lantai rumah . Dia hanya mampu melihat pemergian Zarif . Setelah kelibat Zarif tidak lagi kelihatan , kakinya yang seakan digam tadi terus menjadi kaki yang lemah . Ya lemah . Dia jatuh terduduk . lalu seperti biasa air mata yang tak dapat kad jemputan apa-apa , tiba-tiba saja turun .
"Kurang ajar kau Lara . Dasar perampas ! Kau tunggu je nasib kau Lara " Arisya memberi peringatan seorang diri tanpa ada Lara didepannya . Ye la , orang tak cukup kasih sayang memang cakap sorang-sorang grr . Arisya mendaki tangga menuju ke biliknya . Selimut ditarik lalu dia menyelubungi badannya . Bunyi esakan kecil kedengaran di dalam selimut itu.
Keesokan paginya , Arisya mencapai telefon bimbitnya . "Hello . Kalau kau masih nakkan Lara , jumpa aku dekat Cafe RawBerry"(rekaan semata)
"Mak Siti , kemas rumah ni lepastu basuh baju saya . One more thing , tak payah masak . Saya nak makan kat luar" Arisya mengarah Mak Siti dengan suara mendatar .
"Baiklah" Mak Siti sekadar tersenyum sambil mengangguk mendengar arahan Arisya .
🌸🌸
"Ada apa kau nak jumpa aku" Soal orang yang berada di hadapan Arisya .
"Aku nak kau bunuh Lara" Arisya ketawa .
"Ha ? Kau gila ke . Aku sayang kat Lara tau" Alif terkejut mendengar arahan bodoh Arisya .
"Chill ah , aku nak kau rampas Lara dari Zarif . Tu je supaya aku dapat Zarif semula"
"Macam mana ?"
"Kau ni bebal lah . Kau fikirlah dengan otak kau yang geliga tu" Selepas Arisya menyebut perkataan 'geliga' , tangannya dinaikkan ke atas bahu . Anak matanya pula dinaikkan ke atas . (Merepek ape)
"Okay"
Tidak sampai beberapa minit mereka berbincang , dua susuk tubuh yang mereka amat kenali memasuki cafe itu .
"Tu...tu Lara dengan Zarif kan ?" Alif menanya Arisya saat matanya tertangkap pada dua orang manusia itu .
"Yelah . Jom kita pergi join diorang" Idea Arisya ni selalu bodoh .
"Hai , Zarif" Arisya mengambil tempat di hadapan Zarif manakala Alif mengambil tempat di hadapan Lara .
"Eh Arisya . Korang buat apa kat sini ?" Zarif bertanya lalu dia berjabat tangan dengan Alif .
"Nak jual karpet bro" Alif tersenyum sinis .
"Oh , mana karpetnya ? Patutlah muka pon macam bangla . Sebab tu tak jadi kahwin kan ?" Zarif memerli .
"Eh mulut kau tu jaga sikit sebelum penumbuk aku ni hinggap dekat muka kau !" Alif sudah mencengkam leher Zarif menggunakan tangannya manakala tangannya yang sebelah lagi menggenggam penumbuk .
"Alif ! Stop it " Lara menolak bahu Alif kasar sehingga Alif terduduk kembali di atas kerusi .
"Aku datang sini , nak join korang je . Tapi mamat ni pulak mulut tak ada lesen . Cakap main lepas aje . Dah lah rosakkan majlis orang!!" Alif bangkit dari kerusi lalu menolak meja cafe itu sedikit kasar kemudian dia berlalu keluar . Dia tekad untuk lakukan rancangan yang Arisya dan dia rancangkan ."You tak patut cakap macam tu dekat Alif" Arisya membela Alif sambil tangannya memegang tangan Zarif .
Arisya terasa diri dia diperhati oleh Lara . Pantas dia menarik semula pegangannya . "Ops sorry" Arisya meminta maaf sambil tangannya menekup mulutnya(banyaknya 'nya') . Konon-kononnya rasa bersalah lah tu .
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
AlteleLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...