"Stopppp!!!!!!!!!!!" Semua hadirin memandang ke arah gerangan yang menjerit itu . Merah padam muka kedua ibu bapa Zarif . Mana taknya . Anak mereka membuat majlis ini huru-hara .
"Lara , jangan kahwin dengan Alif . Dia dah buat benda tak baik pada kau" Zarif berkata separuh menjerit .
"Apa bukti kau ha ?" Alif pula menjerit
"Ni , ni bukti aku" Zarif mengeluarkan telefonnya lalu dia membuka video yang dia rakam semalam . Dia menayangkan pada khalayak ramai .
Alif sudah menelan air liur . Perbuatannya semalam telah diketahui orang .
"Erk , ah apa yang kau buat kat rumah Lara malam-malam macam tu" Alif masih lagi mahu menegakkan benang yang dah basah .
"Aku pergi ke rumah Lara sebab nak hantar baju yang pernah dia pinjamkan kepada Arisya . Kemudian aku ternampak kau menanam sesuatu di bahagian rumput tepi rumah Lara kan . Rasanya benda itu seperti tangkal ." Akhirnya hikayat rahsia Alif terbongkar juga .
"Betul ke semua ni Alif" Ayah Alif seakan tidak percaya atas perbuatan anaknya .
"hm , ye ye pa . Alif buat semua tu . Tapi Alif buat semua tu supaya Lara tak memberontak untuk berkahwin dengan Alif" Alif hanya menunduk . Semua hadirin yang datang mula berbisik-bisik . Mengumpatlah tu . Normal lah manusia .
"Tapi , apa yang Alif buat tu salah !" Mama Alif pula memarahi anaknya .
"Lara , kau nak majlis ni diteruskan ke ?" Alif bertanya kepada Lara yang duduk bersimpuh itu . Sekali pandang dah macam bidadari . Dua kali pandang dah macam jodoh . Eh ?
"Soalan kau ni kenapa bodoh sangat ? Mestilah dia taknak teruskan majlis ni . Lagi-lagi dengan kau" Ya itu dia Zarif .
"Lara Amanda sudikah dikau menjadi permaisuri yang bertakhta di hatiku untuk kini dan selamanya ?" Zarif sudah melutut di depan Lara .
"Kau...selama ni kau su..suka aku ke ?" Lara seakan tidak percaya .
"Ye Lara" Zarif tersenyum manis .
"Baiklah . Aku sudi" Lara tersipu-sipu malu . Ibu bapa Lara dan Zarif juga bersetuju .
Alif dan keluarganya sudah pulang ke rumah . Malu punya pasal . Hadirin di situ tak berhenti berbisik . Mengumpat apa lagi tu , berdosa bak hang...
Sekarang , Zarif sudah duduk di depan tok kadi . Zarif memberitahu nama panjangnya pada tok kadi itu .
"Zarif Iqwan binti Hashim"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Lara Amanda binti Harun dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai.."
"Aku terima nikahnya Lara Amanda binti Harun dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai"
"Sah ?"
"Sah!!"
Dengan sekali lafaz , Zarif dan Lara sudah sah menjadi suami isteri .
Tiba masanya sesi pembatalan air sembahyang . Zarif menuju ke arah Lara . Cincin yang sepatutnya disarung oleh Alif , kini disarung oleh Zarif . Nama dah nak sama pulak . Sekarang , Lara pula menyarungkan cincin di jari Zarif kemudian , Zarif mencium dahi Lara . Cahaya dan bunyi kamera tidak berhenti-henti mengambil gambar mereka berdua .
🌸🌸
Di rumah Alif , dia mencampakkan semua peralatan di dalam biliknya ke atas lantai . Telefon bimbit di atas meja dicapai .
"Hello" suara perempuan menyapa .
"Hey perempuan . Disebabkan idea bodoh kau aku tak jadi kahwin dengan Lara . Kau suruh aku letak tangkal bagai . Dah terbongkar rahsia aku tahu tak . " Alif memaki Arisya di dalam talian .
"Hey , chill ok . Alah bukan jadi apa pon kalau rahsia tu terbongkar" Arisya menenangkan Alif .
"Chill kepala mangkuk kau ! Zarif dah ambil tempat aku sebagai pengantin lelaki kau tahu tak!"
"What !!? Diorang dah kahwin ? Shit !" Arisya menjerit serupa orang gila . Arisya terus mematikan talian .
Arisya seolah tidak percaya . Dia duduk di penjuru dinding biliknya . Dia mengusutkan rambut panjangnya . Sekali pandang dah macam hantu Kak Limah pon ada . Dia menjerit sekuat hati sehingga burung di atas bumbung pon bertempiaran terbang .
Alif dan Arisya dah tak tahu nak buat apa . Masing-masing melepas . Aku rasa elok Arisya dengan Alif tu kahwin je . Sama-sama jahat . Nanti mesti dapat anak syaitan . Allahu .
🌸🌸
Tetamu mula beransur pulang . Penat tak terkira . Macam-macam ujian yang dilalui Lara dan Zarif hari ini . Apa-apa pon , mereka happy !
"Zarif , Lara meh sini . Mama nak cakap sikit" Puan Marina mempelawa Lara dan Zarif .
Zarif dan Lara saling berpandangan sebelum kaki diatur . Lara dan Zarif melabuhkan punggung di atas sofa .
"Kamu berdua ni memang saling cinta ke ?" Encik Harun bertanya gaya detektif .
"Ye" jawab Zarif dan Lara serentak . Keluarga Zarif dan Lara berpandangan . Senyuman terukir .
"Kenapa tak cakap awal-awal Lara . Kalau tak , takdelah papa suruh kamu kahwin dengan Alif tu" Encik Harun berkata sambil tersenyum .
"Dah lah , bagi pengantin ni rehat ye . Lara , Zarif pergilah masuk bilik dan berehat" Puan Marina mengarahkan mereka berdua masuk ke bilik .
Di dalam bilik , Lara memecahkan kesunyian . "Tak sangkanya . Kita dah berkawan dari 5 tahun , lepastu kahwin "
Zarif hanya ketawa ."Tu lah kan . Macam-macam ujian kita dah tempuhi"
🌸🌸
Arisya mundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan Zarif . Jam menunjukkan pukul 10.00 malam . Tetapi kelibat Zarif langsung tidak kelihatan apatah lagi keretanya . Arisya risau jika Zarif tidur di rumah Lara . Memang hakikatnya Zarif akan tidur di rumah isteri dia lah cik sotong oii .
Banyak kali Arisya cuba menghubungi Zarif namun satu panggilan pon tidak dijawab . Mesej pula tidak dibalas .
'Kau dah hapuskan kebahagiaan aku Lara . Kau tunggu aku musnahkan rumah tangga kau' Arisya berbisik di dalam hati sambil tersenyum jahat . Penumbuk sudah digenggam .
"Argghhh" Arisya menjerit . Jeritan bergema di dalam rumah banglo itu . Rak buku di ruang tamu dia terbalikkan . Majalah-majalah di atas meja sudah berterabur di atas lantai .
"Ke..kenapa ni cik ? Mak Siti bertanya lembut . Dia takut ditengking oleh serigala mengamuk di depannya sekarang .
"Kau diam!! . Kau kemas semua ni SEKARANG !" Kan dah kata . Pasti ditengking oleh serigala ni aduhai .
"B...baik" kan dah tergagap-gagap Mak Siti menjawab .
Perlahan-lahan Mak Siti mengangkat semula rak yang terbalik di atas lantai . Majalah yang berterabur dia kutip lalu menyusunnya semula di atas meja .
Arisya menangis semahu-mahunya di dalam bilik . Dia mahu menghacurkan rumah tangga Lara dan mendapatkan Zarif semula . Disebabkan Lara , dia dan Zarif berjauhan . Sebab Lara , dia ditinggalkan oleh Zarif.
Sudah tiga hari Zarif tak balik rumah . Arisya dah jadi macam orang gila . Nasib baik tak gila lagi .
Bunyi deruman kereta Zarif terus ditangkap oleh telinga Arisya . Pantas dia berlari menuju ke pintu depan . Kononnya nak sambut kepulangan Zarif lah tu .
"Assalamualaikum" Zarif memberi salam sambil membuka kasutnya .
"Hai Zarif . You dah balik ! I miss you" Arisya dengan gaya sotongnya , dia memaut lengan Zarif .
"Arisya , behave . Saya dah jadi suami orang" Zarif masih bertutur dengan lembut .
"Tapi.."
---
macam biasa , sorry kalau ada typo and cerita ni menyerabutkan otak anda-_-
YOU ARE READING
Kawan sampai Kahwin !
LosoweLara Amanda dan Zarif Iqwan merupakan sahabat baik sejak mereka berumur 5 tahun . "aku suka dia , tapi macam mana kalau aku bertepuk sebelah tangan je ?"-Zarif Iqwan "nak bagitau ke tak ? hm , tapi aku rasa dia tak suka aku"-Lara Amanda Kemunculan A...