Monolog kata hati ku yang sering kali disalah anggap akan kebenaranya dengan kepalsuan. Lebih dalam engkau pergi, lebih gelap tempatnya yang engkau baca. Boleh kah engkau nampak isi hati ku di tempat yang sunyi dan suram ini? Hanya mata dari hati mu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Actually, penulisan aku ni lebih ke arah meluahkan perasaan. Sebab, kadang-kadang otak aku ni tak boleh senyap. Ada je bende yang nak di sampaikan, nak di teorikan, nak di kisahkan.
Memandang kan hidup aku ni sorang-sorang, sepi tak ramai kawan (mungkin tak ada langsung) so, aku memang suka left-left note yang mengarut-ngarut ni. Jadi, kalau korang ada terbaca bende ni, korang memang bertuah la. Ideologi-Ideologi yang aku nak ketengahkan ni memang tak akan dapat dekat mana-mana, melainkan muncul sendiri dalam kepala otak aku. Ilham dari tuhan, mungkin.
Kadang-kadang aku suka bercakap sorang-sorang dalam bahasa English. Mungkin aku dah biasa hidup sorang-sorang, takda orang nak bersembang dengan aku, jadi aku banyak habis kan masa bersembang dengan diri sendiri je lah.
Tapi, aku rasa benda tu Normal la kan?Ramai je orang yang ada habit bercakap sorang-sorang ni. Sebab, orang-orang macam ni tak ada keberanian dan perhatian yang dia orang perlukan macam orang lain. Takda orang yang nak kata dia cantik, takda orang nak kata dia baik, takda orang nak jadi reflection pada diri dia.
Benda-benda ni la yang buat aku rasa terpinggir dari dunia luar. Aku lebih suka hidup sorang-sorang, kunci diri dalam bilik dan buat benda yang aku suka.
Well, nampak macam diri aku ni gila. Aku tak tau sama ada aku buat-buat gila tau memang ada masalah mental. Tapi, korang rasa, korang boleh ke hidup menyepi macam aku ni?