Dah bertahun-tahun baca Yassin kan? Tapi tahu tak dalam surah Yassin tu ada kisah seorang lelaki. Dia bukan Nabi, dia bukan orang alim, mahu pun seorang wali. Tapi dia hanya lah seorang lelaki biasa, berkerja sebagai tukang kayu yang tinggal di kampung sahaja.
Dalam surah Yassin Allah sebut 'Rojulun' bermaksud seorang. lelaki ini seorang diri sahaja. Tiada yang teman dia dan tiada juga yang bantu. Satu hari Allah hantarkan tiga orang Nabi ke bandar, untuk berdakwah, akan tetapi ramai yang kufur. Apa yang lelaki tukang kayu ini buat bila dia tahu orang yang hidup di bandar ini mendustakan pesuruh Allah? Dalam surah Yassin Allah sebut 'Yas 'a' bermaksud bergesa-gesa. Dia seorang diri, turun ke bandar yang dipenuhi oleh orang-orang kufur, mengajak orang-orang di bandar tadi untuk kembali ke pangkal jalan dan beriman kepada Nabinya.
Lelaki ini bukan siapa-siapa. Nama pun tidak disebut Allah di dalam Quran, tapi Allah puji dia dalam surah Yassin sebab dia seorang yang beriman. Pengajarannya ramai orang tak nampak dalam surah ni. tapi Allah nak beritahu pada kita, tak kisah lah kita ni terkenal atau pun kaya. Hidup sorang-sorang tiada kawan mahupun miskin. Tak alim ataupun tak berserban. Tapi kalau kita nampak orang lain melakukan kemungkaran yang besar hendak lah kita bersegera membantu selamatkan dengan memperbetulkan mereka. Bukannya kita tangguh-tangguh esok baru nak tegur, tunggu orang lain yang datang atau pihak JAKIM tangkap. Kerana mati itu bila-bila masa sahaja.
Kalau orang accident tepi jalan kita boleh cepat-cepat tolong, macam mana pulak orang yang nak terjatuh ke lubang neraka? Selagi kita ada iman, kenapa perlu kita biarkan?
Sama-sama muhasabah, sebab sepanjang Ramadhan ni acap kali aku nampak anak-anak dara duduk naik motor kehulur-hilir time mak bapak diorang pergi teraweh. Mohon makcik-makcik bawang, tok-tok siak tegur la diorang ni. Guna la kepakaran mulut puaka dan kebengisan korang tu ke arah yg lebih baik. Anak dara kita semakin punah, selamatkan la mereka. Kesian tengok diorang ni. Kadang-kadang mak bapak sibuk pergi masjid, pergi surau, pergi usrah sampai terlupa anak-anak buat apa kat rumah.
Aku dah tegur dah, tapi ada ke patut dia kata muka aku mcm Capik Kyle. Hmm sabor je la..
Wallahualambissawab.
- 24 Ramadahan, 1439 AH
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA SIAPA DI SINI
De TodoMonolog kata hati ku yang sering kali disalah anggap akan kebenaranya dengan kepalsuan. Lebih dalam engkau pergi, lebih gelap tempatnya yang engkau baca. Boleh kah engkau nampak isi hati ku di tempat yang sunyi dan suram ini? Hanya mata dari hati mu...
