GURU

145 7 1
                                    

Masa umur aku enam tahun, sudah menjadi tanggungjawab ayah menghantar aku mengaji Al-Quran. Masa tu, wajib bagi budak-budak baya aku belajar tajwid sebab zaman tu kelas taekwando belum ada lagi.

Lepas saje habis waktu Isyak, bapak aku dah siap-siap hantar aku pergi jumpa pak lebai. Itu lah kali pertama aku bersemuka dengan pak lebai. Mukanya, nauzubillah. Dengan misai wak doyok dia tu sudah cukup membuatkan aku gerun nak masuk pondok mengaji.

Seperti biasa adat orang melayu, ayah aku hulurkan duit 20 ringgit sebagai yuran mengaji dengan sebekas pulut kuning berserta rotan kecil sebagai hadiah.

aku masih ingat lagi kata-kata ayah aku dekat pak lebai tu.

"Sekarang, saya serahkan anak saya kepada tuan untuk mengajarnya mengaji. Layan lah dia seperti anak tuan sendiri.. Jika dia degil atau nakal, jangan lah tuan teragak-agak mahu merotannya. Jangan sampai patah tulang dan buta matanya sudah la.."

Bergitu la butir-butir ayat yang keluar dari mulut seorang ayah. Dalam bait-bait nya itu, dia cuma mahu anak nya menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.


Mak ayah zaman sekarang ni lain perangai. Anak-anak moden ni sama aje format pembelajaran dia. Mengaji, kelas tambahan lepas tu pergi sekolah. Cuma bait-bait yang diungkapkan ibu bapa terhadap guru-guru tu yang berbeza dengan zaman dulu.

"Cikgu jaga anak saya ni baik-baik. Ajar dia betul-betul biar otak dia geliga.. Jangan pulak cikgu pergi jentik pulak telinga dia. Saya tau cikgu pukul anak saya, saya tak teragak-agak nak saman cikgu juta-juta."

Kalau anak itu bodoh, cikgu juga yang salah. Kalau anak itu nakal, cikgu juga kena tempias. kesian cikgu-cikgu nak cari makan. Selalu di ugut macam-macam. Dah la gaji mereka pun tak banyak. Nak bayar saman mak ayah murid lagi.

bertabahlah wahai guru..

Sape kata jadi guru ni senang kan?

Ape pun all the best untuk guru-guru di malaysia.

Jasa mu tetap dikenang.


TIADA SIAPA DI SINIWhere stories live. Discover now