Pada suatu masa dahulu, terdapat dua makhluk yang tinggal di langit.
Makhluk itu ialah Bulan dan Bintang..
Bulan hanya muncul pada waktu malam,
Manakala Bintang hanya muncul pada waktu siang.
Pada waktu siang, Bumi dapat melihat Bintang yang berseri.
Pada waktu malam, Bulan tidak dapat disaksikan oleh Bumi kerana malam diselebungi dengan kegelapan.
Yang hanya dapat melihat Bulan dari jauh hanya lah Bintang.
Disebabkan hanya Bintang sahaja dapat menyaksikan kecantikkan Bulan,
Bintang mula jatuh cinta pada Bulan.
Namun, apakan daya, disebabkan Bulan tidak dapat menyinari Bumi.
Dan Bumi tidak dapat melihat bulan di waktu malam.
Bumi mula menjauhkan diri daripada Bulan.
Maka setiap hari,
jarak di antara Bulan dan Bintang semakin jauh.
Bintang mula rindu pada Bulan.
Bila Bintang berasa sudah tiada harapan lagi hendak bertemu Bulan,
Bintang mula malap.
Bulan yang kesunyian dari jauh melihat cahaya Bintang semakin pudar.
Bulan mula mendekati Bintang kerana dalam diam, Bulan juga rindu akan Bintang.
Semakin dekat lah jarak Bulan kepada Bintang,
Lebih dekat daripada apa yang pernah disaksikan oleh Bintang.
Pabila Bulan dan Bintang bertemu membelakangi Bumi,
Cahaya Bintang yang malap tadi mula bersinar bersama-sama Bulan.
Terlihat lah seisi dunia akan kecantikkan Bulan.
Bintang-bintang di langit yang lain pun turut berkunjung menghiasi cakerawala, untuk melihat kecantikkan Bulan.
Kini, Bintang yang mencintai Bulan itu dikenali sebagai Matahari.
Dan mereka hidup bahagia bersama,
Menerangi Bumi, siang dan malam,
Selama-lamanya..
ANDA SEDANG MEMBACA
TIADA SIAPA DI SINI
RastgeleMonolog kata hati ku yang sering kali disalah anggap akan kebenaranya dengan kepalsuan. Lebih dalam engkau pergi, lebih gelap tempatnya yang engkau baca. Boleh kah engkau nampak isi hati ku di tempat yang sunyi dan suram ini? Hanya mata dari hati mu...
