KISAH PULAU TIKUS

43 2 0
                                        


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Seorang budak lelaki pergi ke sebuah pulau untuk melawat rumah neneknya. Pulau itu adalah milik datuknya, tetapi setelah datuknya mati neneknya saja lah yang tinggal di situ. Walaupun pulau itu kecil tetapi dia sering datang melawat.

Pada suatu musim panas, ketika berkunjung ke pulau tersebut, budak itu mendapati pulau itu telah dihuni oleh beratus-ratus ekor tikus. Puncanya datang daripada kapal nelayan yang tidak sengaja membawa tikus-tikus itu dari bandar ketika datang untuk menjala ikan.

Habis semua buah kelapa ditebuk oleh tikus-tikus itu, tanaman juga menjadi kurang. Melihat keadaan yang kucar-kacir, lalu budak itu pun bertanya kepada neneknya.

"Nenek, bagaimanakah kita mahu menghalau semua tikus-tikus ini? Pokok kelapa nenek juga sudah hancur dimakan mereka.."

Neneknya pun memberitahu budak itu cara untuk menghentikan serangan tikus tersebut. Neneknya menyuruh budak lelaki itu menanam perangkap dibawah tanah dengan meletakkan umpan kelapa pada pemukaan penutup yang telah diikat menggunakan tali.

budak lelaki itu pun memasang perangkap seperti yang telah diberitahu oleh neneknya tadi. Tikus pun mula datang pada perangkap tersebut. Satu persatu tikus jatuh ke dalam tanah, setelah semua tikus sudah masuk ke dalam perangkap, penutup itu pun ditutup. Lalu budak itu bertanyakan lagi kepada neneknya.

"Semua tikus sudah masuk ke dalam perangkap kita, nenek? apa yang harus kita buat selepas ini.. Perlukah saya membakar semua tikus-tikus ini?"

Neneknya pun menjawab.

"Tidak perlu.. Biarkan saja tikus-tikus itu di situ.. tetapi jangan kau biarkan seekor pun terlepas dan jangan kau beri makan kepada mereka!"

Budak lelaki itu berasa hairan dengan jawapan neneknya itu, namun diturutkan saja arahannya. Setelah sekian lama tikus-tikus itu dibiarkan di dalam sangkar tanpa makanan dan minuman, tikus-tikus itu pun mula memakan sesama sendiri. Mereka mengunyah, dan mengoyakkan daging masing-masing. Budak itu hanya memerhatikan saja tingkah laku tikus-tikus tersebut.

Selepas sebulan berlalu, neneknya menyuruh budak lelaki itu untuk membuka perangkap. Sesampai saja budak lelaki itu ke perangkap tersebut, dia mendapati cuma dua ekor tikus saja yang terselamat. Budak itu pun bertanya lagi kepada neneknya.

"Hanya dua ekor tikus saja yang masih hidup nenek.. perlukan saya bunuh mereka?"

Neneknya tidak berkata apa-apa. Nenek itu pergi ke perangkap tadi, lalu mengambil dua ekor tikus yang terselamat itu lalu melepaskan mereka ke atas pokok berhampiran.

Sekarang, tikus-tikus itu tidak lagi memakan kelapa. Mereka hanya memakan daging tikus. Habitat mereka telah berubah.

Setiap kali tikus-tikus lain datang ke pulau itu, tikus-tikus yang terselamat itu lah yang akan membunuh dan memakan mereka.

Semenjak itu, pulau itu bebas daripada serangan tikus.

TIADA SIAPA DI SINICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang