Gua respect ayah gua
Ayah gua tak berikan gua apa-apa masa kecik,
Kecuali nafkahnya untuk membuatkan gua terus bernyawa.
Laptop pun ayah gua tak belikan yang baru.
Gua pakai laptop dia yang lama buat sambung belajar.
Hanphone pun gua kena tunggu 11 tahun, baru dapat pakai hanphone sendiri..
PS 1, PS 2 pun tak pernah dibelinya.
Ayah gua praktikkan cara nomad untuk mendidik gua.
Bukan kerana dia kedekut,
tetapi kerana dia mahu anak nya rasa susah dahulu sebelum senang.
Tak seperti anak orang lain, lahir-lahir dah merasa senang.
Lahir-lahir dah dapat emas.
Gua lahir-lahir je dah duduk setingang.
Dari situ gua belajar hidup anak kampung.
Main tanah, main lumpur, main hujan.
Dalam susah payahnya dia mendidik gua,
Dalan pahit getir nya kehidupan kami dibawah bumbung bocor,
namun didikan agama gua tak pernah dia lupakan.
Susah senang, gua nikmati bersama ayah.
Rotan dan tapak tangan milik dia juga sudah menjadi permainan untuk gua.
Bukan kerana dia kejam,
Tetapi kerana setiap sakit itu ada hasilnya.
No pain, no gain.
Tak seperti anak orang lain.
Lahir-lahir tiada calar, tiada luka.
Tiada benda untuk ditangis.
Semenjak gua dah jadi anak bujang,
gua dah hidup senang sikit.
Dah hidup di bandar.
Dah tinggal di rumah teres.
Adik-adik pun dah ramai.
Tak ada lagi bumbung yang bocor.
Tak ada lagi tikus melingkar.
Kawan-kawan sini pun belagak belaka.
Terima kasih kepada ayah
Kerana dia lah gua dapat kenal mana baik, mana buruk.
Mana musuh, mana lawan.
Mana duri, mana daging.
Sekali lagi, terima kasih ayah
![](https://img.wattpad.com/cover/58869866-288-k875721.jpg)
YOU ARE READING
TIADA SIAPA DI SINI
عشوائيMonolog kata hati ku yang sering kali disalah anggap akan kebenaranya dengan kepalsuan. Lebih dalam engkau pergi, lebih gelap tempatnya yang engkau baca. Boleh kah engkau nampak isi hati ku di tempat yang sunyi dan suram ini? Hanya mata dari hati mu...