CERMIN KOMUTER AJAIB

62 4 1
                                    


Satu hari tu, gua balik ke rumah gua menaiki komuter. Sudah menjadi kelaziman bagi student seperti gua balik setiap minggu untuk menjenguk mak abah gua yang berada di kampung. Nak lagi kampus gua dekat pulak dengan rumah, memang gua balik la kalau ada peluang.

Macam biasa, gua pun beli tiket pastu naik lah komuter. Hari tu orang tak ramai sangat dalam komuter. Yang ada cuma dua tiga orang warga asing duduk sangat jauh dengan gua. Mungkin sebab malu kerana hanya menumpang di negara orang.

Dalam gerak komuter dinaiki gua menuju ke kampung halaman, gua terpandang cermin tingkap dihadapan gua. Cermin tu kotor dan berkulat seperti tak dibasuh. Tetapi dalam kekotoran cermin komuter tu, terpampang biasan gua padanya yang membuatkan gua tertarik untuk menatap cermin tu lebih lama.

Dalam kelam suram takde orang melihat gua, gua pun memulakan sesi posing mosing terhadap cermin tu. Kekadang gua berselang kaki, kekadang gua berpeluk tubuh, kekadang gua menongkat dagu.

"Adorable sungguh wahai dikau.."

Tiba-tiba terdengar bisikan hati biasan gua berkata-kata kepada gua. Kata-katanya itu berselang seli dengan pujian dan sanjungan terhadap gua. Tak sangka betul biasan gua boleh kata bergitu.

Sepanjang perjalanan gua menaiki komuter, seolah-olah cermin komuter yang kotor tu ashik berbisik kepada gua mengatakan bertapa adorable nya gua di muka bumi ni. Ajaib sungguh cermin tu.

Adakah gua sedang high?

45 minit masa berlalu dan gua pun dah sampai ke destinasi yang dituju. Sebelum gua beredar meninggalkan komuter yang dinaiki, gua sempat mengucapkan terima kasih kepada cermin komuter yang dianggap sakti oleh gua.

maka berseri-seri lah muka gua time tu.

Sesudah menaiki komuter ajaib tadi, tiba-tiba perut gua berbunyi cekerik. Tahu lah gua yang gua sebenanyer tengah lapar. Yang tinggal dalam perut gua sekarang cuma lah bunyi-bunyi ungas dan cengkerik saja kedengaran. Sudah tiba lah masa nya gua bersemuka dengan abang McDonald.

Sampai je kat Mcdonald, gua pun oder la Big Mac set siap Coca Cola. Hidangan ni la yang akan menjadi santapan cekerik serta ungas dalam perut gua ni nanti agar tak bising masa nak balik kelak.

Lepas je amik order, gua amik tempat kat luar. Kurang sikit orang nak menjenguk gua sebab gua ni pemalu orangnya. Tengah nak menerkam Big Mac yang tak bersalah tadi untuk dimasukkan ke mulut gua, tetiba gua terpandang cermin yang ada di hadapan gua. Kali ni cermin nya lebih jernih dan bersih daripada cermin yang ada kat komuter tadi. Biasan nya terang benderang seolah seperti menonton saluran tv berdefinesi tinggi.

Gua perhati lama-lama biasan gua pada cermin tu. Bengis orangnya. Kerenting dan tak terurus rambutnya. Pandangannya sungguh psiko. Sekali pandang macam tiada nur je di mukanya.

"Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak hantu ke?? Muka dah la bengis, macam orang tak mandi.."

Terdengar suara hati biasan gua tadi sedang memaki gua. Dalam makiannya ada perlian. Terbelalak mata gua mendengar kata-kata biasan gua tadi. Apa yang dikatakan oleh cermin tu kali ni adalah benar belaka. Gua rasa tertipu sungguh dengan kata-kata cermin komuter tadi. Rasa nak baling je Big Mac gua ni ke cermin jernih tu bia kotor cermin tu macam cermin komuter tadi. Nanti dia boleh la bagitau yang gua ni adorable.

Disebabkan gua ni bukan lah seorang yang hipokrit, gua pun batalkan niat gua nak membaling Big Mac tadi. Perlahan-lahan gua habiskan set Big Mac tadi. Sedang gua mengunyah hidangan gua, terdengar sayup-sayup suara hati biasan di hadapan gua memaki hamun gua dengan rakus. Lepas je gua habiskan makanan, gua terus bla dari kedai Mcdonald tu.

Dalam hati, gua mengetus.

"Sialan cermin komuter ajaib! Kalau aku naik lagi komuter tu, tau la aku nak suruh mak cik cleaner situ cuci kau sampai berkilat.. Biar kau tahu nak cakap jujur!"

TIADA SIAPA DI SINIWhere stories live. Discover now