KOC WANITA

60 1 0
                                        

Pak Din merupakan seorang lelaki tua yang uzur

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pak Din merupakan seorang lelaki tua yang uzur. Pada suatu hari, dia bersama cucunya pergi menaikki komuter bagi melawat ibu cucunya di Hospital. Kebetulan pada watu itu hujung minggu, keadaan agak sesak sedikit dengan orang ramai. Nak tak nak Pak Din terpaksa  lah duduk di koc perempuan. Dalam keadaan memangku cucunya itu di tempat duduknya, tiba-tiba datang sorang perempuan menegur Pak Din.

"Atuk, ini koc perempuan. Atuk tak boleh duduk sini.."

Pak Din pun menerangkan kepada perempuan tersebut yang dia penat, dan tidak boleh berdiri lama. Perempuan tersebut tidak mengendahkan penerangan Pak Din yang lebih tua itu serta mengulangi lagi kenyataanya.

"This is a girl coach, please stand up!"

Untuk meminta simpati daripada perempuan tadi agar dibenarkan dia duduk di koc perempuan, Pak Din cuba menerangkan sekali lagi kepada perempuan tadi akan keadaannya. Dia meminta izin sekali lagi dengan baik serta meminta perempuan itu agar memahami keadaanya yang uzur. Lagi-lagi, Pak Din ketika itu sedang membawa cucunya yang kecil, dan dia takut cucunya akan menangis jika dia berdiri dan menggangu orang lain pula. Pada ketika itu, orang ramai di sekeliling Pak Din hanya buat-buat tidak tahu sahaja situasi yang dialaminya. Semuanya berpura-pura buat tak endah dan sibuk bermain telefon bimbit di tangan.

Kali ini, perempuan tadi meninggikan suaranya serta menengking Pak Din. Terasa berang dengan kebiadapan perempuan itu, Pak Din bingkas bangun dan berkata.

"Awak ni tak kesian ke kat saya? Saya ni orang tua, dukung budak kecik.. Maknya baru tadi kemalangan. Saya on the way nak ke hospital ni. Sekarang tunjukakan kat saya mana koc lelaki?"

Tergamam melihat muka Pak Din yang berang, perempuan itu pun menunjukkan lokasi koc berhampiran. Tiada signboard yang menunjukkan itu adalah koc lelaki. Berlainan daripada koc perempuan yang mempunyai warna serta tanda menunjukkan itu adalah koc wanita.

"No, that's not a men's coach, I see women and men in that coach! Now show me where is the real men coach?" Pak Din membalas semula kepada perempuan tersebut dengan berbahasa inggeris.

Melihat keadaan yang tegang itu, orang ramai mula memberikan perhatian kepada Pak Din. Terdengar juga orang ramai berbisik-bisik sesuatu dibelakangnya. Muka perempuan tadi mula menjadi merah padam. Berasa malu dengan kata-kata Pak Din sebentar tadi, perempuan tersebut menerangkan kepada Pak Din yang koc lelaki tiada. Dia juga menerangkan yang koc perempuan ini untuk perempuan yang tak selasa dengan lelaki dan kebanyakkan perempuan di Malaysia adalah Muslim yang tak boleh bercampur dengan bukan mahram.

Lepas sahaja mendengar celoteh perempuan itu yang panjang lebar, Pak Din pun duduk semula di kocnya serta berkata.

"Macam tu, kalau betul nak berasingan, buat la koc lelaki sekali. Apa guna kalau di koc perempuan ni boleh berasingan tapi di koc lain masih ada yang bercumbuan dan berpakaian tak menutup aurat? Saya tak akan pergi dari sini selagi takde koc lelaki. Idea-idea ni semua merepek dan membazir ruang. Lagi pun saya orang tua, bawa cucu. Tolong tolak ansur sikit!"

Melihat hujah-hujah Pak Din tadi yang penuh berasas, Perempuan tersebut menjadi kelu lidah untuk menjawab herdikan dan perlian Pak Din. Orang ramai di dalam koc perempuan itu pun tiada yang membantah. Berasa apa yang dikatakan oleh Pak Din tadi itu ada benarnya, Perempuan itu pun berdiam diri dan beredar ke koc yang lain.

Seorang wanita yang sedari tadi memerhatikan situasi tersebut berasa kagum dengan kepetahan Pak Din mempertahankan hujah-hujanya. Melihat keadaan sudah menjadi semakin reda, dia pun cuba menyapa Pak Din. Dia berdiri di sebelah Pak Din yang sedang duduk itu, sambil berbisik.

"Bagus Atuk buat macam tu. Biar diorang semua ni sedar sikit. Nasib baik hari ni saya pakai baju kurung dengan tudung bawal.."

Selepas itu baru lah Pak Din bertukar ke koc yang lain sambil berdiri berjam-jam lamanya sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

TIADA SIAPA DI SINITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang